Sunday

Profil Syarikat




Jariah Agro Farm adalah ladang ternakan kambing yang dimiliki oleh Jariah Jaya Enterprise telah ditubuhkan pada 18 Jun 2007 dengan nombor pendaftarannya SA0059396-W. Jariah Agro Farm telah beroperasi sejak 1 Januari 2009 dengan kemasukan awal kambing sebanyak 36 ekor baka kampung kacukan di atas tanah hanya berkeluasan 1.3 ekar di Kampung Sungai Kandis, Shah Alam, Selangor. Syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera ini berpusat di Shah Alam sebagai pusat jualan kambing aqiqah dan susu kambing segar. Jariah Jaya Enterprise bercadang untuk melibatkan diri secara aktif dalam industri pemakanan dan penternakan melalui Jariah Agro Farm. Ladang penternakan ini mula dibangunkan oleh En Anas sejurus selepas sahaja beliau menghabiskan pengajian Ijazah Sarjanamuda. Hasrat untuk menjalankan perniagaan tanpa mengharap pekerjaan makan gaji membuatkan hatinya terus cekal dalam bidang ini. Pada awal penubuhannya, En Anas hanya dibantu oleh ayah nya, Tuan Haji Ahmad Jamhari dalam operasi kandang. Semuanya dilakukannya sendiri bagi mendapatkan pengalaman sebelum diserahkan kepada pekerja untuk melakukan rutin harian operasi di ladang. Ditawarkan untuk menyambung pengajian Sarjana dengan pembiayan biasiswa daripada Kemeterian Pengajian Tinggi dan Universiti Sultan Zainal Abidin membuatkan beliau kini hanya memantau operasi ladang dan perjalanan syarikat dari jauh setelah semua prosedur disistemkan.

Syarikat sedang berusaha untuk menembusi perniagaan yang lebih luas didalam industri penternakan terutamanya dalam memasarkan produk daging dan susu segar terus dari ladang yang berkualiti tinggi, penghasilan baka induk yang bermutu tinggi, bekalan kambing aqiqah untuk penduduk di Lembah Klang dan pengeluaran baja organik. Lokasinya yang berada ditengah bandar dengan capaian jaringan perhubungan yang mudah, menjadikan JAF berpotensi untuk maju dan menjadi Pembekal Kambing Aqiqah dan Susu Kambing Segar No. 1 di Lembah Klang.

Syarikat juga menitik beratkan tentang keperluan dalam membekalkan produk yang selamat dan halal untuk dimakan bagi memberikan kepuasan maksima kepada pengguna dan kualiti terhadap produk yang dihasilkan. Selain mengeluarkan produk yang bermutu tinggi pada harga yang kompetitif, nilai-nilai terhadap penjagaan alam sekitar dan jaminan kebersihan (jauh dari penyakit) juga dititik beratkan oleh pihak syarikat. Antara produk yang mendapat perhatian pengguna adalah kambing perap, susu kambing, khidmat masakan kambing, khidmat masakan nasi arab kambing dan katering.

Pihak syarikat juga mendapat khidmat nasihat daripada pakar-pakar yang berpengalaman dalam bidang ternakan dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar, perunding swasta, MARDI dan agensi-agensi yang lain. Syarikat juga kerap menerima kemasukan pelajar universiti dan kolej yang mahu mejalankan latihan industri di ladang sebagai suatu khidmat masyarakat dari syarikat untuk anak bangsa dan menjadi satu platform atau wadah ilmu penternakan kepada sesiapa yang mahu belajar secara praktikal.

Antara perkhidmatan Jariah Agro Farm adalah:
  1. Pembekal kambing baka, aqiqah, qurban dan sembelihan
  2. Pembekal lembu qurban
  3. Perkhidmatan katering masakan kambing dan lembu (Kambing Golek, Masakan gulai)
  4. Menjual susu kambing segar
  5. Pembekal baja organik

Profil Pengusaha








NAMA : Anas bin Ahmad Jamhari

DOB : 21 September 1985

NEGERI KELAHIRAN : Klang, Selangor

LATAR BELAKANG AKADEMIK :
Ijazah SarjanaMuda Sains Kesihatan dengan kepujian dalam Kesihatan Persekitaran (UKM) 2008
Ijazah Sarjana Sains Kesihatan (BioPerubatan) (UKM) 2014

PEKERJAAN : Akademia Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu.

HARAPAN : Berhasrat untuk menjadi usahawan muda yang berjaya dalam bidang peternakan dan agroteknologi. Aplikasi bidang bioteknologi dalam penternakan dan pertanian menjadi teras kepada syarikat. Menjadi contoh kepada siswazah yang kerjaya perniagaan bukan pilihan terakhir kerana sumber rezeki 9/10 daripada perniagaan. Meluaskan skop perniagaan ke paras yang lebih tinggi samada dalam bidang berkaitan ataupun sebaliknya.

KURSUS :
-Mengikuti kursus peternakan kambing di ILPP Serdang anjuran PUGM dan MARDI
-Mengikuti kursus peternakan kambing Jamnapari Susu di Pusat Pertanian Moden, Kluang anjuran Agrobank, UK Farming dan PUGM.
-Mengikuti Seminar Cabaran dan Isu dalam Peternakan di Malaysia anjuran JPV Negeri Selangor.
-Mengikuti Seminar Aplikasi Bioteknologi dalam Keusahawanan Peternakan dan Pertanian di PKNS Petaling anjuran PKNS, PDN Resources.

SEKILAS MENGENAI PENTERNAK:

Anas Ahmad Jamhari merupakan graduan dalam bidang sains kesihatan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Memiliki ijazah sarjana dalam pengkhususan Toksikologi Persekitaran dan pada September 2015, beliau sedang menyambung pelajaran kedoktoran PhD dalam 'Atmospheric Toxicology' di UKM Kampus Sains Kesihatan. Melibatkan diri secara aktif dalam penyelidikan kesihatan manusia membuatkan beliau tidak janggal dengan kesihatan ternakan. Beliau berpendapat bahawa bidang penternakan ini perlu diiringi dengan ilmu yang mantap dengan penyelidikan-penyelidikan baharu untuk meningkatkan lagi mutu dan keberkesanan dalam menyediakan keperluan makanan manusia. Dalam sistem penternakan yang dijalankan di Shah Alam ini, beliau sungguh menitikberatkan aspek kesihatan ternakan, pemakanan sihat, kebersihan kawasan untuk mengeluarkan hasil yang terbaik dan halal.

Kini operasi ladangnya dibantu oleh bapa dan 2 orang pekerja selain daripada bantuan adik beradik yang terlibat secara tidak langsung dalam operasi pemasaran. Perniagaan yang dijalankan bersama-sama keluarga ini membuatkan hubungan bertambah erat dan seronok. Mengimbau kembali semasa permulaan penternakan ini, beliau bermula dengan kosong, ilmu di dada tidak mencukupi menyebabkan kegagalan dan seterusnya kerugian puluhan ribu ringgit. Namun, dengan sokongan moral ibubapanya, beliau bangkit terus mengorak langkah dan mencatur strategi agar perniagaan penternakan yang beliau pelopori ini mendapat hasil yang memberangsangkan. Pengalaman yang dilalui membuatkan beliau berfikir dan bertindak matang dalam membuat apa-apa keputusan.

Walaupun beliau seorang akademia, yang sibuk dengan pangajaran, penyelidikan di UniSZA, namun minat terhadap ternakan tidak dapat dipisahkan. Beliau bercadang untuk meneliti dan melihat konsep penternakan di luar negara dengan teknologi penternakan moden yang terkini. Konsep yang sesuai akan diaplikasikan di ladangnya sendiri bagi meningkatkan pengeluaran hasil ladang.

Newer Posts Older Posts Home