Wednesday

Tawaran Aqiqah Kurban



Syarikat Jariah Agro Farm sedia menyediakan pembekalan lembu serta kambing untuk ibadah kurban dan aqiqah. Harga istimewa yg mampu bagi pelanggan akan diberikan (mengikut pada berat).Sila hubungi saudara anas 017-3433194/013-2003482, ahmad jamhari 016-3416345 atau hassan 017-6141420/019-8281240.

Salam E'dul Adha


Salam E'dul Adha...

Salam Hari raya E'dul Adha daripada kami (jariah Agro Farm) kepada seluruh Rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam.

Hari Raya Korban E'dul Adha merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam sedunia bagi menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di Mekah, yang merupakan rukun Islam kelima yang terakhir bagi mereka yang mampu, dan menandakan bermulanya ibadat korban untuk dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin.

E'dul Adha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan E'dul Adhadha ialah ibadat korban. Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Bersama- samalah kita Rakyat Malaysia menghayati erti kata sebenar Pengorbanan dengan saling menghormati sesama masyarakat.

Disamping itu sama-sama kita mendoakan agar umat Islam yang berada di Tanah suci Mekah berada pulang selamatkan selepasa mengerjakan Ibarat Haji.

Newer Posts Older Posts Home