Wednesday

Ternakan JAF




Bismillah..
Assalamualaikum wbt..

Sesekali teringin juga mahu berkongsi dgn para pengunjung blog JAF akan ternakan yang JAF ada. Pada mulanya, JAF membawa masuk 70 ekor kambing 'sakit' dari kawan yang mahu cuci kandang. Kini, kambing2 tersebut sudah dipulihkan dan dijual kembali, yang mati itu semestinya kerana sakit dari kandang lama. Antaranya ada kambing Boer, Jamnapari, Kampung. Itu cerita 2 tahun lalu. Kini, JAF baru masuk bebiri Dorper dan Barbados utk dibiakkan dengan tujuan pedaging dan stok utk BBQ nnt. Selain itu, JAF juga aktif menjalankan urusan jual beli kambing utk memenuhi permintaan aqiqah, korban, kenduri, BBQ dan lain-lain. Ada juga Jamnapari dan boer berbaki. Hanya Jamnapari mahu di 'let go' kerana kandang sudah tidak cukup.

JAF juga mempunyai seeokor pejantan baka Toggenburg dari Australia utk di kahwin silang kan dengan Boer, hasilnya? terbaik...cantik..JAF juga telah menyediakan tempat khas utk urusan sembelihan dan akan datang, bengkel pemprosesan baja organik akan dibangunkan di JAF. Sumber yang ada perlu di optimize kan sebaik mungkin.

walaubagaimanapun, jualan aqiqah, jualan susu kambing, BBQ masih diteruskan, sila hubungi JAF di talian di sebelah kiri page ini. Untuk para pelanggan JAF, hadiah misteri menunggu anda.=)

pejantan Toggenburg dan Jamnapari


anak susuan..baka cantik

ini hasil 4 bulan dari kambing atas yg disusukan..Manje namanya

ini ibu kpd si Manje..slps Manje dilahirkan, lahir kembar 3, baka terbaik JAF, rekod kelahiran yang terbanyak setakat ni.

sebahagian baka biri2 Dorper yang ada

kawasan sembelihan

Klinik dan kuarantin kambing sakit

0 comments:

Newer Post Older Post Home