Saturday

Kambing kasi (gelded goat) boleh buat aqiqah?


Bismillah...
Assalamualaikum wbt..

Ada sesetengah masyarakat masih tidak jelas lagi tentang status kambing yang di kasi (dibuang testis) untuk digunakan sebagai kambing aqiqah. Alasannya, kerana kambing tersebut cacat. Disini saya ada sertakan scan surat yang dikeluarkan oleh JAKIM pada 2008 yang mengatakan kambing yang di kasi untuk Aqiqah dan Qurban adalah sah.



Pada pendapat saya, kenapa ianya sah digunakan sebagai Aqiqah adalah kerana syarat aqiqah adalah memerlukan kambing yang sihat dan gemuk. Sekiranya kasi menyebabkan ianya gemuk dan banyak daging, maka ianya diharuskan. Kita mengambil contoh sekiranya kambing tersebut sihat dan mempunyai banyak daging, sedekah yang dibuat boleh lebih berpanjangan kepada orang lain. Dan sekiranya kambing tersebut kurus dan tiada daging, maka, pahala sedekah nya tidak berpanjangan.

Maka, semua para pelanggan JAF, jangan khuatir untuk menjalankan aqiqah dengan kambing yang di kasi. Ianya sah.

Harga aqiqah terkini (boer) RM650-RM700 (berat 33kg keatas)
hubungi Anas 013-2003482
Ahmad Jamhari 016-3415 345

"memperkukuh ekonomi ummah, menyusur sunnah Rasulullah"
Best Regards,
Anas Alnasrie

0 comments:

Newer Post Older Post Home