Tuesday

Bengkel Pemprosesan Baja

Bismillah..
Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah sekali lagi Jariah Agro Farm membuat pembaharuan dalam industri ternakan iaitu pemprosesan baja organik. Memandangkan ianya satu industri hiliran yang agak menguntungkan, JAF bertindak untuk mencuba dalam pemprosesan baja organik. Pembinaan bangsal pemprosesan baja organik ini dimulakan pada 20 Mei 2011 dan siap sepenuhnya pada 18 June 2011. Tapak bangsal ini adalah tapak cadangan pembesaran kandang yang bakal dibangunkan pada tahun 2012, tapi oleh kerana bangsal baja organik lebih memerlukan kawasan, adalah lebih baik mengutamakan bangsal pemprosesan baja organik yang dapat menjana pendapatan JAF.

Baja organik yang dikeluarkan oleh JAF adalah 100% organik, tiada campuran bahan kimia sintetik, malah ditambah dengan bakteria baik untuk proses penguraian mineral dalam tanah dengan lebih efektif. Kapur pertanian (CaCl2) juga ditambah bagi meneutralkan tanah yang berasid dan menambahkan lagi mineral dalam baja organik kami. Campuran habuk kayu dicampurkan sedikit sebagai medium pengudaraan dan mengekalkan kelembaban tanah. Tanah yang dibaja oleh baja organik ini akan sentiasa kaya dengan mineral dan amat subur. Ianya menghidupkan semula biologi tanah, mempertingkatkan hasil tanaman, memperbaiki struktur tanah dalam keadaan asal dan yang paling penting adalah ianya tanamannya sangat selamat dimakan tanpa kehadiran bahan kimia. Antara kandungan nutrien/unsur dalam baja organik adalah:

1. Nitrogen (N) >1.8%
2. Pottasium (P) >1.89%
3. Kalium (K) > 1.96%
4. Kalsium (Ca) >2.96%
5. Magnesium (Mg) > 0.70%

Kaedah menggunakan baja organik adalah:

1. Tanaman pasu: 50-100gram setiap pasu bergantung pada saiz pasu dan jenis tanaman.
2. Kelapa sawit, getah dan buah-buahan: 2.5 - 5 kg pada akar, 2 kali setahun.
3. Jagung, kacang tanah dan sayuran: 2 - 2.5 tan / hektar disekeliling tanaman.
4. Tanaman padi : 1 - 2 tan per hektar

Kenapa anda perlu beralih dari baja kimia ke baja organik?antara kebaikan baja organik adalah seperti dibawah:

1. Memeperbaiki struktur tanah dan pH tanah.
2. Meningkatkan mikroorganima tanah
3. Menyuburkan tanah secara semulajadi
4. Mengurangkan serangan hama dan penyakit
5. Sesuai dengan semua jenis tanaman samada tanaman jangka pendek atau panjang
6. boleh menggantikan atau mengefektifkan baja kimia
7. Bebas dari benih rumput dan tanaman liar
8. Bebas dari patogen, parasit dan phytotoxin
9. Tidak berbau dan mudah digunakan
10. Meningkatkan hasil tanaman 10 - 30%
11. Meningkatkan daya tahan tanah terhadap hakisan
12. Berfungsi sebagai 'growth stimulant' dan ' soil conditioner'

Baja organik JAF dijual runcit dalam bungkusan 1kg dengan harga RM5 dan pembelian 3kg dengan harga RM12. Bagi jualan borong pula, baja organik JAF dijual pada harga RM30 bagi setiap guni berat 10-12kg. Bagi pembelian seberat 1 tan keatas, sila hubungi kami untuk mendapatkan harga terbaik. Dapatkan baja organik untuk kesihatan jangkamasa panjang.

Dibawah adalah sedikit gambar perjalanan pembinaan bangsal baja organik Jariah Agro Farm dari awal pembinaan sehingga akhir.







"memperkukuh ekonomi ummah, mneyusur sunnah Rasulullah"
Anas Alnasrie

0 comments:

Newer Post Older Post Home