Tuesday

Susu kambing di China?

Bismillah
Assalamualaikum,

Hari ini saya tidur lambat sebab nak siapkan kerja yang bakal dihantar pada hari rabu. Maklumlah, status pelajar ni mmg banyak dateline yg perlu dicapai. Dalam pada stress mengadap laptop, seorang kawan saya kongsikan gambar dan kisah penjualan susu kambing yang berlaku di China. Terhibur sedikit hati ni apabila melihat kisah yang agak lucu bagi saya.

Kalau apa yang biasa JAF jual susu kambing di sini adalah dalam bentuk botol 250 ml dan beku untuk mengelakkan daripada basi. Tetapi di China, satu kelainan yang dibuat oleh peniaga ini ialah menjual susu kambing terus dari ambing kambing tersebut.!! Perah dan Jual! wow! hebat sungguh....

Saya paparkan sedikit gambar untuk melihat apa yang peniaga tersebut lakukan.

sumbat 5 ekor sekali gus!


Fresh and steady

Bab pelanggan jangan risau, oleh kerana kelainan yang ditunjukkan, ramai yang membelinya, siap beratur lagi!


Adakah mungkin JAF akan mengikuti jejak ini?hahhaa...xmungkin~



Friday

Karnival Produk Muslim 2012


Bismillah
Assalamualaikum wbt

Aktiviti hujung minggu JAF diisi dengan penglibatan dalam Karnival Produk Muslim anjuran Masjid AlMuhsinin Kg Sg Kandis, Shah Alam. Pelbagai gerai telah dibuka dan semuanya adalah produk muslim. Antara matlamat penganjuran karnival ini adalah untuk memperkenalkan produk-produk yang orang islam hasilkan. Mungkin kita tidak mengetahui akan kehadiran produk ini. Dalam usaha kita memartabatkan produk muslim, kita juga dapat mempertingkatkan kuasa ekonomi orang islam. Disamping itu, kita juga boleh memperkemaskan gerakan pemboikotan produk yahudi yang dah bersepah sehingga kan orang islam terpaksa juga beli dek kerana tiada alternatif.

JAF seperti biasa memasarkan produk-produk ladang antaranya susu kambing segar, daging kambing perapan istimewa dan baja organik. Di gerai kami juga, ada jualan baju t-shirt muslimah, t-shirt islamic creation, tudung lycra labuh, jeli kelapa dan jeli nangka. Bagi kami, ianya adalah latihan keusahawanan yang cuba kami terapkan pada adik-adik. Sesungguhnya, berniaga itu adalah sunnah. Gerai kami dikendalikan sepenuhnya oleh adik- adik saya. Ini sekaligus melatih mereka tidak segan menghadapi pelanggan dan cuba berinteraksi dengan masyarakat.

Semasa karnival juga terdapat aktiviti lain seperti pertandingan gubah bunga tanah liat, mewarna kanak-kanak, menjawikan tulisan rumi, dan lain-lain aktiviti akademik. Saya patut puji kesungguhan AJK masjid dalam khidmat sosial ini. Cuma, pihak penganjur perlu mempromosikan karnival ini dengan lebih berkesan untuk menarik lebih ramai pengunjung. Selain daripada itu, karnival ini dibuat untuk mengumpul dana bagi membina tempat wudhuk dan tandas wanita. Bagi sesiapa yang mahu membuat sumbangan, sila hubungi secara langsung AJK masjid Al-Muhsinin Kg. Sg. Kandis, Sekyen 36, Shah Alam. (Untuk pengetahuan tuan puan, masjid ini berusia lebih 100 tahun dan merupakan antara masjid tertua di daerah shah alam dan klang.)

Saya ada kongsikan sedikit gambar semasa karnival tersebut, enjoy!







duta kecil dirhams!

Newer Posts Older Posts Home