Saturday

Aqiqah BBQ anak kembar di Sabak Bernam

Bismillah

Assalamualaikum wbt

Hari sabtu 14 julai 2012, kami keluarga JAF menerima tempahan dari keluarga kami sendiri, iaitu aqiqah anak kepada adik bongsu ayah saya. Alhamdulillah kami dapat ahli pertama dari kalangan keluarga kami yang kembar. Oleh kerana anak kembar ini lelaki, aqiqah yang dijalankan adalah 4 ekor sekaligus! 2 ekor dibakar BBQ dan 2 ekor dimasak rendang palembang. Majlis bermula pada 11pagi hingga waktu zuhur. Menariknya, kambing bbq adalah juadah yang pertama habis, 2 ekor tidak mengambil masa yang lama untuk menghabiskannya, ianya hanya memerlukan 1 jam setengah!

Saya fikir, para tetamu pasti tidak lepas kan peluang untuk menikmati kambing bakar BBQ ini. Semua tetamu terus meluru ke dapur pemanggang kami. Saya terlambat untuk mengambil gambar, maka hanya gambar ini yang mampu saya sajikan untuk tuan-tuan.

antara tetamu yang hadir

terlambat ambil gambar, kambing dah xde kaki

ni dia kakinya..


kambing aqiqah stok kami, besar dan sihat

kepada sesiapa yang mahu menempah kambing aqiqah dan pakej masakan BBQ, kurma, kari, sila hubungi kami

Haji Ahmad Jamhari 016-3415 345
Anas 013-2003482


Aqiqah sedia untuk penduduk Lembah Klang, iaitu Shah Alam, Klang, Subang Jaya, Petaling Jaya, Kuala Lumpur, Cheras, Kajang, Bangi, Puchong, Putrajaya, Cyberjaya, Banting, Damansara dan Sungai Buloh!

Newer Posts Older Posts Home