Sunday

Temui kami di MAHA 2014

Assalamualaikum,

MAHA 2014 datang lagi, ianya bermula semalam 22 November 2014-30 November 2014, dari jam 10 pagi- 10 malam. Acara dwitahunan ini sukar untuk penternak lepaskan peluang ini. Kami sebagai penternak sudah pasti akan turut serta dalam Pameran terbesar pertanian dan penternakan Malaysia. Kali ini kami di Laman Ternakan di bawah payung Kelab Transformasi Ruminan Malaysia (GTR). Jom temui kami di Astaka Laman Ternakan Pintu 2 MAEPS Serdang. Lebih mudah kiranya tuan/puan parking di Pintu 2 sebelah lebuhraya SKVE.  Di Laman Ternakan, cari belon gergasi warna putih berlogo GTR dan Clixster. Kami di dalam Astaka di Zon Tengah. Ramai ahli kelab turut serta tapi tuan/puan cari la booth susu kami warna biru laut bertulis "GOAT MILK!".

Dapatkan percuma bag woven edisi terhad dari kami dengan pembelian susu 10 botol keatas. Juga dapatkan maklumat-maklumat tentang Jariah Agro Farm berkenaan aktiviti penternakan, perkhidmatan kami dll. Insyallah kami akan berada di MAHA sehingga 30 November 2014.

Jangan lupa datang dan berjumpa dengan kami ya!

Sebarang pertanyaan dan tempahan kambing, sila hubungi :

013-2003482 (anas- call, sms & whatapps)
016-3415345 (Hj Ahmad Jamhari- call sahaja)
013-6610121 (Arif- call, sms & whatapps)

lawati dan LIKE Fb kami di Jariah AgroFarm





Cari belon ni utk jejak lokasi kami!


Acara di Astaka GTR, teka berat karkas kambing, hadiah beg tangan ori LV!


err.."i want to touch a GOAT!!"


Black menyanyi di kandang kambing!


antara acara yang dijalankan di Astaka GTR, jom serbu!



Bag woven edisi terhad JAF


Booth susu kambing kami di MAHA 2014


Promote promote! sesak weh


ha,,,promote lagi...lagi...dan lagi

0 comments:

Newer Post Older Post Home