Sunday

Aqiqah dan Qurban

A1. Apa itu Aqiqah?

Q1. ‘Aqiqah ialah sembelihan binatang an‘am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah subhanahu wata‘ala.

Aqiqah berasal dari kata ‘Aqq yang bererti memutus dan melubangi, dan ada yang mengatakan bahawa aqiqah adalah nama bagi haiwan yang disembelih, dinamakan demikian kerana lehernya dipotong, dan dikatakan juga bahwa ia adalah rambut yang dibawa si bayi ketika lahir. Adapun maknanya secara syari’at adalah haiwan yang disembelih untuk menebus bayi yang dilahirkan.

A2. Apakah hukum melakukan Ibadah Aqiqah dalam Islam?

Q2. Hukum membuat 'kenduri' bagi anak yang baru lahir hukumnya harus dan hukum ibadah aqiqah itu adalah Sunat Muakkad, caranya ialah :

Membuat Aqiqah dengan menyembelih seekor kambing bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan. Jika mampu yang afdalnya bagi kanak-kanak lelaki dua ekor kambing dan sebaiknya disedekahkan daging kambing itu kepada fakir miskin dan lain-lain sesudah dimasak.

1. Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib.

2. Penyembelihan aqiqah ialah pada hari ketujuh dari kelahiran bayi atau pada hari ke empat belas atau ke dua puluh satu. Jika tidak dapat maka bila-bila masa selagi anak itu belum baligh.

3. Jika anak telah baligh, maka gugur tuntutan atas walinya dan sunnat bagi dirinya (individu yang berkenaan) mengaqiqahkan untuk dirinya sendiri. Hal ini berdasarkan hadis dari Ahmad, Abu Dawud dan al-Tabrani, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengaqiqahkan dirinya sendiri sesudah Baginda s.a.w. diangkat menjadi Rasul.

4. Anak zina, aqiqahnya sunnat atas ibunya kerana nafkah hidup anak zina itu tanggungan ibunya bukan bapanya. Demikian pendapat Syaikh Ibnu Hajar dan Syaikh Ramli, manakala Khatib Syarbini pula berpendapat, adalah tidak sunnat bagi ibu mengaqiqahkan anak zinanya meskipun si ibu memberi nafkah kepadanya.

5. Anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing.

Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi).

Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan: Bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)

Dan ini adalah pendapat Jumhur Ulama, berdasarkan anjuran Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Sallam dan praktik langsung beliau Shallallaahu alaihi wa Sallam.

“Bersama anak laki-laki ada aqiqah, maka tumpahkan (penebus)darinya darah (sembelihan) dan bersihkan darinya kotoran (Maksudnya cukur rambutnya).” (HR: Ahmad, Al Bukhari dan Ashhabus Sunan)

Perkataannya Shallallaahu alaihi wa Sallam, yang artinya: “maka tumpahkan (penebus) darinya darah (sembelihan),” adalah perintah, namun bukan bersifat wajib, karena ada sabdanya yang memalingkan dari kewajiban yaitu: “Barangsiapa di antara kalian ada yang ingin menyembelihkan bagi anak-nya, maka silakan lakukan.” (HR: Ahmad, Abu Dawud dan An Nasai dengan sanad yang hasan).

A3. Apakah waktu melaksanakan aqiqah?

Q3. Waktu melakukan ‘aqiqah adalah dari hari kelahiran kanak-kanak itu sehinggalah ia baligh. Masa yang paling afdhal untuk melakukan ‘aqiqah adalah pada hari ketujuh kelahiran kanak-kanak tersebut.

Sabda Rasullullah sallallahu ‘alayhi wasallam:

كُلُّ غُلاَمٍ رَهِيْنَةٌ بِعَقِيْقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ , وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى .

Maksudnya:
"Setiap bayi itu tergadai dengan ‘aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama."
(Riwayat Abu Daud)

Dan sekiranya tidak sempat melaksanakannya pada hari ketujuh, ianya boleh dilaksanakan pada hari ke empat belas, dan sekiranya tidak sempat juga, maka pada hari ke dua puluh satu, ini berdasarkan hadits Abdullah Ibnu Buraidah dari ayahnya dari Nabi Shallallaahu alaihi wa Sallam, beliau berkata yang ertinya:

“Haiwan aqiqah itu disembelih pada hari ketujuh, ke empat belas, dan ke dua puluh satu.” (Hadits hasan riwayat Al Baihaqiy)

Namun setelah tiga minggu masih tidak mampu, maka bila-bila sahaja pelaksanaannya sekiranya sudah mampu, kerana pelaksanaan pada hari-hari ke tujuh, ke empat belas dan ke dua puluh satu adalah sunnah dan paling utama bukan wajib. Dan boleh juga melaksanakannya sebelum hari ke tujuh.

Bayi yang meninggal dunia sebelum hari ketujuh disunnahkan juga untuk disembelihkan aqiqah untuknya, bahkan meskipun bayi yang keguguran dengan syarat sudah berusia empat bulan di dalam kandungan ibunya.

Aqiqah adalah syari’at yang ditekan kepada ayah si bayi. Namun bila seseorang yang belum di sembelihkan haiwan aqiqah oleh orang tuanya hingga ia besar, maka dia boleh menyembelih aqiqah dari dirinya sendiri.

A4. Apakah hikmah Aqiqah dalam Islam?

Q4. Hikmah aqiqah dalam Islam ialah :-

  1. Sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah kerana telah mengurniakan anak.
  2. Untuk mengisytiharkan kepada masyarakat umum tentang anugerah yang dikurniakan oleh Allah.
  3. Untuk memulakan kehidupan anak dengan perkara-perkara kebaikan.
  4. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli masyarakat dengan keluarga yang dikurniakan anak.
  5. Melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah.
  6. Dalam aqiqah ini mengandung unsur perlindungan dari syaitan yang dapat mengganggu anak yang terlahir itu, dan ini sesuai dengan makna hadits, yang artinya: “Setiap anak itu tergadai dengan aqiqahnya.” [3]. Sehingga Anak yang telah ditunaikan aqiqahnya insya Allah lebih terlindung dari gangguan syaithan yang sering mengganggu anak-anak. Hal inilah yang dimaksud oleh Al Imam Ibunu Al Qayyim Al Jauziyah "bahwa lepasnya dia dari syaithan tergadai oleh aqiqahnya".
  7. Aqiqah merupakan tebusan hutang anak untuk memberikan syafaat bagi kedua orang tuanya kelak pada hari perhitungan. Sebagaimana Imam Ahmad mengatakan: "Dia tergadai dari memberikan Syafaat bagi kedua orang tuanya (dengan aqiqahnya)".

A5. Apakah perbezaan antara Aqiqah dan Qurban?

Q5. Perbezaan antara Aqiqah dan Qurban ialah :-

  1. ‘Aqiqah tidak terikat pada masa tertentu, sedangkan qurban dilakukan pada masa-masa tertentu, iaitu selepas sembahyang dan khutbah Hari Raya ‘Aidil Adha hingga 13 Zulhijjah.
  2. Daging ‘aqiqah boleh diberi milik kepada orang kaya manakala daging qurban hanya boleh diberi kepada fakir miskin.
  3. ‘Aqiqah dilakukan sempena menyambut kelahiran anak sebagai tanda kesyukuran kepada Allah, manakala qurban dilakukan kerana memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Isma‘il.
  4. Daging qurban sunat disedekahkan secara mentah, sedangkan daging ‘aqiqah sunat disedekahkan setelah dimasak.


A6. Bagaimana pembahagian daging aqiqah?

Q6. Daging aqiqah tersebut dia (orang tua anak) boleh memakannya, menghadiahkan sebahagian dagingnya, dan mensedekahkan sebahagian lagi. Syeikh Utsaimin berkata: Dan tidak mengapa dia mensedekahkan darinya dan mengumpulkan kerabat dan tetangga untuk menyantap makanan daging aqiqah yang sudah matang. Syeikh Jibrin berkata: Sunnahnya dia memakan sepertiganya, menghadiahkan sepertiganya kepada sahabat-sahabatnya, dan mensedekahkan sepertiga lagi kepada kaum muslimin, dan boleh mengundang teman-teman dan kerabat untuk menyantapnya, atau boleh juga dia mensedekahkan semuanya. Syeikh Ibnu Bazz berkata: Dan engkau bebas memilih antara mensedekahkan seluruhnya atau sebagiannya dan memasaknya kemudian mengundang orang dari kalangan kerabat, tetangga, teman-teman seiman dan sebahagian orang faqir untuk menyantapnya.

A7. Apa yang perlu saya tahu mengenai hal-hal kelahiran bayi dan aqiqah?

Q7. PERKARA SUNAT SEMASA ‘AQIQAH

  1. Berdoa semasa hendak menyembelih:


    بِسْمِ اللهِ ، اَللهُ أَكْبَرُ ، اَللَّهُمَّ هَذَا مِنْكَ وَإِلَيْكَ عَقِيْقَةٌ ... (sebut nama anak)
    Maksudnya:
    "Dengan nama Allah, Allah Maha Besar. Ya Allah, binatang ini daripada-Mu dan kembali kepada-Mu, ini ‘aqiqah…".
  2. Menyembelih ketika matahari sedang naik.
  3. Daging ‘aqiqah dimasak terlebih dahulu sebelum disedekahkan.
  4. Tidak mematah-matahkan tulang-tulang daripada binatang ‘aqiqah, hanya mencerai-ceraikan sendi-sendinya.
  5. Menyedekahkan daging ‘aqiqah kepada fakir miskin.
  6. Memasak daging ‘aqiqah dengan cara gulai manis untuk dihidangkan kepada tetamu.

PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN KETIKA MENYAMBUT KELAHIRAN ANAK

  1. Mengazankan di telinga sebelah kanan anak yang baru lahir.
  2. Membaca iqamah di telinga sebelah kirinya.
  3. Membaca doa di kedua-dua belah telinganya, contohnya membaca surah Al-Ikhlas.
  4. Menyapu lelangit kanak-kanak tersebut dengan benda-benda yang manis seperti buah tamar atau pisang.
  5. Menamakan kanak-kanak tersebut dengan nama-nama yang baik pada hari ketujuh kelahirannya.
  6. Mengadakan jamuan dan doa kesyukuran sempena kelahirannya.
  7. Mencukur rambut kanak-kanak tersebut selepas menyembelih ‘aqiqah untuknya.
  8. Memberi sedekah emas atau perak seberat rambut kanak-kanak yang dicukur itu atau wang yang sama nilai dengan emas atau perak tersebut.
  9. Menyedekahkan daging ‘aqiqah kepada fakir miskin.

Khas Berbeque Kambing


Bismillah..
Assalamualaikum wbt..



Jariah Agro Farm (JAF) kini menawarkan pelanggan-pelanggan dengan perkhidmatan Barbeque (BBQ) dan masakan seperti rendang palembang, kari dan kurma. Ini adalah inisiatif JAF untuk memudahkan pelanggan-pelanggan dalam urusan aqiqah, majlis kenduri, majlis berbuka, majlis rumah terbuka dan lain-lain. Dengan menggunakan konsep 'from farm to table', JAF menawarkan harga terendah dan 'mampu milik' kepada para pelanggan.

Dengan kepakaran kami selama 15 tahun dalam bidang masakan, BBQ kami adalah antara yang terbaik. Diperap dengan gaya resipi barat, ditambah dengan aroma herba rosemary, rasanya tiada tolok banding. Pakej kami di datang kan bersama salad, roti perancis, unlimited sos lada hitam, unlimited sos pudina, unlimited mayonis dan 2 orang onsite service (siap dengan seragam chef) sedia untuk menghidangkan BBQ kepada tuan/puan.

Kami sedia membawa stall pemanggang ke tempat tuan/ puan dan potong siap dimakan kambing tersebut untuk pelanggan.

FAQ

Q1. Berapa lama tempoh untuk saya tempah perkhidmatan ini?

A1. Sebaik-baiknya seminggu sebelum majlis bagi memudahkan urusan kami untuk menyediakan pekerja dan ramuan. Namun begitu, sekiranya jadual kami tidak padat, 3 hari sebelum juga kami terima (bergantung pada jadual). Untuk waktu-waktu tertentu (peak season) seperti Majlis Berbuka dan Majlis Rumah Terbuka, tuan/puan dinasihatkan untuk menempah seawal yang mungkin. Ini adalah untuk kemudahan tuan/puan.

Q2. Untuk seekor kambing, berapa orang boleh makan?

A2. Ini bergantung pada tetamu yang makan. Mengikut pengalaman kami yang lepas, kebiasaannya seekor kambing berat karkas 15kg boleh menampung sehingga 50-60 orang dewasa. Perlu diingat, BBQ kambing adalah side dish kerana kebiasaanya majlis ada makanan berat yang lain. Namun begitu, sekiranya group tetamu adalah terdiri daripada orang yang suka makan kambing, seekor dinisbahkan hanya untuk 30 orang tetamu. Ini bergantung pada tetamu yang makan.

Q3. Apa pakej perkhidmatan BBQ yang JAF sediakan?

A3. Setiap pakej BBQ, kami sediakan seekor kambing muda (baby lamb) berat 15-16kg karkas, salad, roti perancis/ garlic bread, blackpepper sauce, mint sauce, mayonis dan 2 orang onsite service. Stall pemanggang diperbuat dari stainless steel akan dibawa ke tempat tuan/puan.

Q4. Saya tinggal di luar Kuala Lumpur/ Selangor, ada caj penghantaran atau tidak?

A4. Penghantaran adalah percuma sekiranya lokasi di sekitar Lembah Klang. Untuk para pelanggan di luar Lembah Klang, caj penghantaran akan dikenakan dengan kadar yang minima. Hubungi kami untuk tentukan caj tersebut mengikut lokasi tuan/puan. Setakat ini, kami pernah memenuhi permintaan pelanggan di Genting Highland, Terengganu, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Pahang.

Q5. Boleh kah jika saya nak buat aqiqah untuk anak saya dan mahu pihak JAF panggang, jika boleh, berapa harganya?

A5. Mengikut hukum Islam, daging aqiqah sebaik-baiknya (afdal) dimasak manis, dan disedekahkan, walau begitu, tiada halangan dalam islam untuk memanggang daging aqiqah. Kebanyakkan pelanggan JAF adalah daripada kambing aqiqah, manis disini bukan bermaksud meletakkan gula dalam masakan, tetapi masakan tersebut enak dan manis dimakan. Untuk resipi kami, rempah yang kami guna akan membuatkan BBQ anda menjadi manis. Tak percaya?cuba lahh..Berkenaan dengan harga, pakej BBQ aqiqah dan BBQ baby lamb adalah berlainan. Sila rujuk Q9.

Q6. Berapa lama onsite service yang pihak JAF sediakan?

A6. Onsite service yang kami sediakan adalah sehingga kambing BBQ habis dimakan. Sekiranya kambing habis di makan, kami akan bersiap-siap pulang. Untuk pengetahuan tuan/puan, mengikut pengalaman kami, seekor kambing hanya memerlukan setengah jam sahaja untuk dihabiskan.

Q7. Saya nak tambahan menu pada pakej yang JAF sediakan, ada menu tambahan lain?

A7. Kami juga turut sertakan menu tambahan pada sesiapa yang berminat seperti mesh potato dan mushroom soup.

Q8. Bagaimana cara pembayaran?

A8. Cara pembayaran adalah dengan 50% deposit semasa pengesahan tempahan. Deposit boleh di bank in ke dalam akaun Bank Islam syarikat JARIAH JAYA ENTERPRISE bernombor (12010010080392) atau akaun CIMB Anas Bin Ahmad Jamhari bernombor (12210068518528) atau akaun Maybank Anas bin Ahmad Jamhari bernombor (164098575178). Sila nyatakan jumlah dan detail transaksi kepada Anas bin Ahmad Jamhari di Talian 013-2003482. Baki 50% hendaklah diberi semasa majlis.

Q9. Berapa harga yang ditawarkan JAF?

A9. Bagi pakej BBQ aqiqah, RM1200 (bergantung pada harga semasa kambing) dan bagi pakej BBQ baby lamb, RM900 sahaja. Pakej yang anda terima adalah seperti Q3. Sekiranya anda bermuamalah menggunakan Dinar dan Dirham, set BBQ baby lamb adalah 30 dirham dan BBQ aqiqah 40 dirham.

Q10. Bagaimana saya mahu hubungi JAF untuk tempahan?

A10. JAF boleh dihubungi melalui talian En. Anas 013-2003482 atau Haji Ahmad Jamhari 016-3415345 atau En. Hasan 017-6141420 atau melalui facebook Jariah AgroFarm.

Testimonial Pelanggan





Dalam pembinaan.....harap maaf

Newer Posts Home