Tuesday

Bekalan Susu Kambing (Tepung dan Tablet)

Bismillah..
Assalamualaikum wbt

Sukacita dimaklumkan kepada semua para pelanggan dan para rakan ternak, Jariah Agro Farm juga ada menjual produk berasaskan susu kambing yang dikeluarkan oleh syarikat Bumiputera HR Marketing Sdn Bhd. Jariah Agro Farm juga adalah wakil penjual berstatus STOKIS di daerah Shah Alam dan Klang melalui nama Pengurus JAF, Ahmad Jamhari Nasiran. Di kawasan kami, kami telah mengadakan beberapa sessi 'demonstrasi' dan ' product knowledge' berkenaan produk ini. Sekiranya ada permintaan ramai, kami tidak keberatan untuk mengadakannya sekali lagi di pejabat kami di Sungai Kandis.




Antara produk yang mendapat sambutan hangat ialah:-

1. HiGoat tepung susu kambing
SM: RM 36.60
SS: RM 41.60
2. Goat's Milk Tablet
SM: RM 22.00
SS: RM 27.00

3. SpyHRu Cafe
SM: RM 18.00
SS: RM 19.00

PELUANG PERNIAGAAN BERSAMA HR MARKETING SDN. BHD.

Stokis Dan Pengedar Dikehendaki ! HUBUNGI KAMI di talian

016-3415 345 @ 013-200 3482 @ 017-6141 420

HR Marketing Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada bulan Disember 1998 bagi menerajui perniagaan di sektor penciptaan dan pembuatan barangan kosmetik dan produk kesihatan berasaskan susu kambing asli dan tulen buatan Malaysia yang buat julung kalinya mencipta formula dengan bantuan Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM) serta mendapat pengiktirafan HALAL daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Perdana Menteri.

  • Milik Penuh Bumiputra Halal
  • Peneraju Menghasilkan Produk Berasaskan Susu Kambing
  • Syarikat Berlesen
  • Mempunyai Kilang Sendiri Bertaraf GMP
  • Memenangi ‘Anugerah Industri Komoditi’ Pada Tahun 2007
  • Komited Kepada Pengeluaran
  • Produk BERSIH, SUCI dan HALAL
  • Skim Ganjaran Menarik dan Mudah Dicapai
  • Sistem Latihan dan Bantuan Aktiviti
  • Penggunaan Teknologi Perkilangan Yang Canggih
  • Penggunaan Bahan Mentah Yang Segar dan Terpilih
  • Amalan Ilmu Perladangan Organik Yang Memelihara Keharmonian Kesihatan Manusia dan Alam Semulajadi
  • Kawalan Biologi Tanpa Menggunakan Antibiotik Dan Bahan Kimia
  • Kombinasi Antara Tenaga Kerja Terlatih, Mesin Teknologi Terkini Dan Baka Kambing Susu Berkualiti Tinggi

Kami menggunakan 'full strength' untuk mempromosi kebaikan susu kambing kerana ianya adalah amalan dari zaman para anbiya' lagi. Ianya telah menjadi sunnah yang dilupakan pada masa kini. Kini, dengan slogan 'back to nature' kami berusaha untuk menghangatkan pasaran dengan susu kambing!



Tidak lupa juga susu kambing segar dari ladang dengan harga mampu milik RM5.00 sebotol (250ml). Potongan 10% diskaun sekiranya beli dengan kuantiti banyak !!..simpan stok anda untuk minuman kesihatan harian kerana susu yang dibekukan mampu bertahan sehingga 6bulan! Kami JAF dalam usaha meletakkan 'branding' khas untuk keluaran dari Jariah Agro Farm. Nantikan kemunculannya.


"MEMPERKUKUH EKONOMI ISLAM, MENYUSUR SUNNAH RASULULLAH"
'"You don't have to be great to start, but you have to start to be great"

Regards,
AnasJAF

Thursday

Keriangan lepas ragut


Bismillah..
Assalamualaikum wbt..

Lama rasenya nak menyiapkan pagar kawasan ragut di kawasan ladang Jariah Agro Farm. Kesemua peralatan hanya menggunakan pokok-pokok kayu yg ditebang, tak tahu la smpi bila blh bertahan. Pagar hijau tu pun beli 2nd hand je, nk jimat punya pasal. Asal masih boleh guna ok je. Pekerja JAF mengambil masa kira2 2 mggu nk siapkan setengah ekar punya 'padang' ragut. Untuk bergantung makan dalam kawasan ni mmg xcukup la, tp sekadar nk exercise blh la..berlari2 depa..

JAF bukan lah sebesar mana, cume sekadar nk buat aktiviti family petang2 tu boleh la, perancangan nya nk jadikan TAMAN TERNAKAN di kawasan ni, siap dgn landskap, wakaf, 'warung', dan lain2. Sekurang2nya dapatla mendidik anak2 dan adik2 menyayangi haiwan dan menghargai alam.

Tapi, proses menyiapkan prasarana tu mengambil masa. So, setakat ini, begini lah keadaan JAF disamping aktiviti perniagaan berasaskan ternakan tidak dilupakan. enjoy the pics!

Monday

Qurban 1430H

Bismillah..
Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, saat entry ni ditulis, dah masuk 15 zulhijjah, bermakna hari tasyrik (11, 12, 13 zulhijjah) dah berlalu, tiada ibadah qurban selepas tarikh ni. Sepanjang hari raya qurban ni, kami dari Jariah Agro Farm telah menyelesaikan beberapa lembu dan kambing yg diwakilkan. Penyembelihan diadakan di ladang transit di klang. Kepada penama-penama wakil, kami akan email kepada anda rakaman dan gmbr2 khas utk anda. Seperti dilampirkan gambar2 sepanjang proses qurban.












Thursday

Selamat Hari Raya Aidiladha


Bismillah..
Assalamualaikum wbt

Kami dari Jariah Agro Farm mengucapkan Selamat menyambut hari raya aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat. Terima kasih kepada pembeli-pembeli haiwan qurban, samada lembu atau kambing. Kami mendoakan semoga ibadah qurban yang tuan-tuan jalankan terima Allah. Semoga kita dilindungi dari sikap kedekut dan riya'. Kepada penama-penama qurban dan aqiqah yang mewakilkan kami untuk menjalankan ibadah ini bg pihak anda, kami akan menyediakan rakaman dan gambar sepanjang proses penyembelihan. Diharapkan dengan ibadah qurban kita tahun ini menjadi alasan pengampunan dosa-dosa seperti yang dikatakan dalam hadith.

Bagi para jemaah Haji pada tahun ini, Kami Jariah Agro Farm mengucapkan selamat beribadah dgn tenang dan mudah, dan semoga mendapat ibadah haji yang diterima (haji mabrur), insyallah..Doakan kami keluarga Jariah Agro Farm akan menunaikan ibadah haji beberapa tahun lagi, kerinduan menjejak kaki di tanah suci dan kerinduan untuk pesta ibadah semakin memuncak.

Bagi sahabat2 peternak, saya menyeru diharapkan kesibukan kita menguruskan ibadah qurban tahun ini tidak menjadikan kita lebih lalai dengan nikmat dunia. Sebaliknya, dpt meningkatkan taqwa di dalam diri dengan kemurahan rezeki Allah.

Akhir sekali, SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1430H kepada seluruh umat Islam di dunia.

wsalam...

"MEMPERKUKUH EKONOMI ISLAM, MENYUSUR SUNNAH RASULULLAH"
'"You don't have to be great to start, but you have to start to be great"

Regards,
AnasJAF

Saturday

Jemputan Mengerjakan Ibadah Qurban

"Darah qurban yang menitis jatuh ke bumi itu dapat menghapuskan dosa kita yang telah lalu"


Assalamualaikum w.b.t.

Seperti tahun-tahun lepas, sekali lagi Jariah Agro Farm (JAF) (dahulunya bergerak tanpa syarikat) menjemput tuan-tuan, puan-puan untuk menyertai Skim Ibadah Qurban Jariah Agro Farm yang mana kami menawarkan haiwan qurban seperti lembu, kambing, biri-biri dan kini unta*.

Haiwan qurban boleh dibawa ke tempat tuan-tuan ataupun disembelih di tempat kami. Kami memberi pilihan kepada tuan-tuan yang mana daging qurban yang telah dilapah dan dibahagi kepada 7 bahagian diambil ditempat kami atau kami diamanahkan untuk mengagihkan daging tersebut ke rumah anak yatim dan fakir miskin sekitar Selangor.

Antara haiwan qurban dan harga yang kami tawarkan:

Lembu : RM 2300-Rm3000 seekor @ RM350 satu bahagian

Kambing : RM 630

Biri-biri : RM 630

Unta* : RM 4200 seekor @ RM 600 satu bahagian

*Unta hanya akan dijalankan di Bumi Anbiya' Mesir melalui wakil kami di sana. Gambar akan diberi kepada tuan-tuan sepanjang proses qurban.

Kami juga menerima tempahan qurban (kambing dan biri-biri) di Mesir sekiranya tuan-tuan berminat. Daging qurban akan diagihkan ke fakir miskin dan fi sabilillah di sana. Tahun depan insyallah Skim Ibadah Qurban JAF akan melebar ke Kemboja sebagai negara ke2 selepas Mesir Bumi Anbiya'. Sebarang pertanyaan sila hubungi Anas (013-2003482)





Friday

Hakikat Ibadah Qurban

Definisi korban

Qurban ialah penyembelihan binatang qurban yang dilakukan pada Hari Raya Haji (selepas solat 'Idil Adhha) dan hari-hari Tasyriq iaitu ,11,12 dan 13 Zulhijjah kerana beribadah kepada Allah s.w.t. , iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Dalil tentang ibadah Qurban

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dan telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syi'ar Allah, kamu memperolehi kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur."(surah al-Haj:36)

Dari Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:

"Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu."

(Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)


Hukum Ibadah Qurban

Hukumnya Sunnat Muakkad(Sunnat yang dikuatkan) atas orang yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

1- Islam
2- Merdeka (Bukan hamba)
3- Baligh lagi berakal
4- Mampu untuk berqurban


Fadhilat/Kelebihan Ibadah Qurban

1- Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s.
2- Mendidik jiwa kearah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
3- Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta kejalan Allah s.w.t.
4- Menghapuskan dosa dan mengharap keredhaan Allah s.w.t.
5- Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik.
6- Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim diakhirat kelak. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:"Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu dititian pada hari kiamat."
7- Syarat untuk melakukan Ibadah Qurban secara jamaah (beramai2).

Pengurusan hendaklah dilakukan dengan betul, dengan penuh amanah dan tanggungjawab.
Harga yang dikenakan hendaklah dinyatakan termasuk kos pengurusan (Penyembelihan, kenderaan, upah menyembelih, melapah dan sebagainya jika memerlukan upah).
Hendaklah diadakan aqad atau ijab dan qabul antara orang yang melakukan qurban atau aqiqah dengan pihak pelaksana (AJK Qurban/ Aqiqah atau AJK Masjid/ Surau/ Badan Kebajikan/ Orang perseorangan).


Persoalan tentang Ibadah Qurban.


Adakah daging qurban yang kita buat untuk si mati contohnya bapa yg telah meninggal, kena disedekahkan kesemuanya atau boleh diambil sebahagiannya?


Berqurban atas nama orang lain menurut mazhab Syafi'i mengatakan tidak sah tanpa keizinan orang tersebut, demikian atas nama orang yang telah meninggal tidak sah bila tanpa dasar wasiat. Ulama Maliki mengatakan makruh berqurban atas nama orang lain. Ulama Hanafi dan Hanbali mengatakan sah saja.

“Kamu makan, kamu berikan kepada yang lain dan kamu simpan” - [Hadith riwayat al-Bukhaari].Pada dasarnya, 1/3 simpan, 1/3 makan dan 1/3 sedekah.



Bolehkan daging Qurban dijual?

Haram hukumnya menjual daging Qurban, ia hendaklah disedekahkan!

Daripada saidina `Ali bin Abi Talib r.a, katanya:

”Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan aku menyembelih unta-untanya (sembelihan ketika haji). Baginda memerintahkan agar aku mensedekahkan daging, kulit dan apa yang menutupi belakang unta-unta itu (seperti pelana dan seumpamanya). Baginda juga memerintahkan agar aku tidak memberikan kepada al-Jazzar (penyembelih dan pelapah) sedikit pun darinya.”

(Riwayat al-Bukhari hadith ke-1716, Muslim, hadith ke-1317)


Siapakah yang layak menerima daging korban?

Orang yang bekorban berhak mendapatkan 1/3 dari daging korbannya, Fakir Miskin dan orang - orang Islam yang lain.


Apakah daging yang diniatkan qurban boleh dimakan oleh tuan punya yang melakukannya?

Daging qurban halal dimakan atau dimiliki oleh orang yang berqurban bahkan sunat ia mengambil satu pertiga. Akan tetapi daging “qurban wajib” atau daging “qurban nazar” haram dimakan oleh orang yang bernazar. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. dalam - Surah Al-Hajj, ayat 28 .

Daging qurban, sunat dimakan oleh orang yang berqurban selebihnya disedekahkan kepada fakir miskin dalam keadaan mentah.


Boleh atau tidak Rusa dijadikan ibadat sembelihan qurban? Berapakah bahagiannya?

Binatang sembelihan qurban ialah unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri. Tidak sah qurban yang selainnya.


Berapa bilangan (ekor/bahagian) haiwan ibadah qurban yang di galakkan?

Bagi setiap seekor lembu, unta atau kerbau itu boleh dibahagi kepada 7 bahagian. Bahgian paling sedikit yang harus dalakukan oleh seseorang itu adalah satu bahagian dan tiada batasan untuk bilangan paling banyak. Seseorang muslim itu boleh melaksanakan ibadah qurban ini sebanyak mungkin mengikut kemampuannya. Adapun bagi kambing pula, bagi seekor kambing tidak boleh dibahagi mengikut bahagian seperti lembu. Maka bagi setiap kambing itu adalah untuk seorang muslim sahaja.


Bolehkah daging qorban diberikan kepada bukan Islam dan apa hukumnya org kafir memberi bantuan/ derma untuk ibadah qorban. Adakah kita boleh menerima sumbangan mereka itu ?

Tidak harus memberi makan daging qurban dan aqiqah kepada orang kafir sama ada daging qurban wajib dan aqiqah wajib ataupun sunat. - Fatwa Negeri Selangor (Sel P.U 12) . Org kafir tidak diwajibkan melaksanakn ibadah qorban. Sumbangan yang diberikan tidak dikira sebagai ibadah qorban.


Apakah hukum mewakilkan ibadah qorban kepada org lain? NGO misalnya?

Hukum wakalah adalah harus dengan syarat-syarat seperti berikut :

i. Lafaz wakalah hendaklah secara soreh (jelas) atau kinayah (kiasan)
ii. Hendaklah mendapat izin dari muwakkil (org yg meminta utk diwakilkan)
iii. Muwakkil wajib melafzkan tawkil sama ada secara soreh atau kinayah kepada wakil yang dilantik untuk menguruskan qurban tersebut.

Secara menyerahkan tanggungan dengan berkata:

"Saya meletakkan atas tanggungan tuan untuk menghasilkan penyembelihan qurban untuk ku."

(PERINGATAN: Jika penerima tidak dapat menyempurnakan tanggungjawab yang diterima, boleh diserahkan kepada orang lain untuk menyempurnakan penyembelihan untuk orang-orang yang berakad tadi).


credit to Ust Iqbal

Thursday

Salam Aidilfitri


Di kesempatan ini, keluarga JARIAH AGRO FARM mengucapkan salam Aidilfitri kepada semua para pelanggan, rakan ternak, sifu2, rakan pentagro, JPV daerah, JPV negeri dan seluruh kaum muslimin dan muslimat. Semoga amal ibadah diterima Allah dan raikan lah kemenangan kita setelah berpuasa selama sebulan. Diharapkan sebulan tarbiyah ini akan mendidik diri kita menjadi hamba yang taat pada segala perintahNya. RAMADHAN, kedatanganmu dinanti, pemergianmu ditangisi.

Semoga panjang umur untuk kita bertemu lagi dengan RAMADHAN KAREEM tahun depan..ameen.


"MEMPERKUKUH EKONOMI ISLAM, MENYUSUR SUNNAH RASULULLAH"
'"You don't have to be great to start, but you have to start to be great"

Regards,
JAF

SELAMAT MENYAMBUT IBADAH BULAN PUASA
DARI KELUARGA
JARIAH AGRO FARM
SEMOGA RAMADHAN KALI INI MENJADI TITIK TOLAK KEMAJUAN SAHSIAH KITA DALAM PERNIAGAAN

Saturday

Alhamdulillah..hujan akhirnya



Tengah hari itu tidak seperti kebiasaanya, kalau semalam teriknya membakar kulit, membakar apa sahaja yang terdedah, juga membakar semangat para petani untuk terus meyirami tanaman. Malah ianya juga membakar tanah-tanah gambut yang menyebabkan kawasan ini penuh dengan pencemaran jerebu. Tetapi hari ini lain, cahaya surianya pada pagi hari seolah-olah memberi sesuatu makna buat para petani dan peternak. Teriknya bukan seperti semalam. Cahayanya muncul redup hingga ke tengahhari. Cahayanya lahir tenang mengintai disebalik dedaun getah, sekaligus mendamaikan suasana kampung. Aman sekali. Burung-burung menyanyi riang seolah-olah berzikir pada Penciptanya. Angin berdesir lembut menerpa ke muka ku mengingatkan ada Pencipta yang Maha Agung. Awan berlari-lari anak menunjukkan cuaca sangat baik pada hari ini. Sekaligus awan pun berzikir. Angin berzikir. Haiwan-haiwan berzikir. Tumbuhan berzikir mengagungkan Tuhannya.

Rupanya, dengan kedamaian pagi itu, dengan zikir-zikir makhlukNya, Allah turunkan Rahmat. Allah turunkan hujan membasahi bumi ini. Rahmat untuk makhluk yang mengingatiNya tidak kira masa. Hujan pun berzikir menurunkan airnya ke bumi. Aku yang berada di kandang turut berzikir dan memujiNya, kerana setelah sekian masanya, hujan tidak turun. Mengeringkan tanah, mengeringkan tanaman, mengeringkan air perigi di ladang ku. Bukan kepalang makhluk-makhlukNya keriangan menyambut rahmatNya itu. Pokok napier yang baru ku tanam seolah-olah menari keriangan mendapatkan air. Melambai-lambai ditiup angin. Begitu juga dengan ternakanku. Alangkah meriahnya ladangku apabila rahmatNya disambut oleh ternakanku. Anak-anak kambing melompat ke sana ke mari. Hujan nya turun tidak lama. Hanya satu jam cuma. Tetapi cukup untuk membasahi tanah dan mnyuburkan tanaman.

Rahmat ini juga menyedarkan makhlukNya supaya terus mengingatiNya. Samada manusia, haiwan mahupun tumbuhan mempunyai tanggungjawab sebagai hamba. Malahan pula, manusia yang dilantik menjadi Khalifah mempunyai tugas yang lebih berat. Iaitu, tegakkan Islam Amar Ma'ruf Nahi Mungkar. Adakah kita Khalifah yang dilantik Allah sudah selesai tanggungjawab ini?Mahukah kita ditanya kelak mengenai tanggungjawab ini?Apakah persediaan kita untuk memikul tanggungjawab ini?


"MEMPERKUKUH EKONOMI ISLAM, MENYUSUR SUNNAH RASULULLAH"
'"You don't have to be great to start, but you have to start to be great"

Friday

Jualan susu kambing




Bismillah..
Assalamualaikum wbt.

Permintaan terhadap susu kambing amat mengkagumkan akhir2 ini, mungkin kesedaran dan keyakinan terhadap susu dari haiwan ini semakin meningkat. Kebanyakan pelanggan saya adalah dari rakan-rakan ayah saya sendiri, tanpa strategi pemasaran yang berkesan pun permintaan susu amat tinggi. Apatah lagi nnt saya akan mengorak langkah untuk memasarkannya dengan lebih berstrategi. Rata-rata pelanggan saya mengambilnya sebagai minuman kesihatan harian. Walaupun harganya agak tinggi berbanding susu lembu, tapi khasiatnya mengatasi permasalahan kewangan. Apa ertinya wang ringgit yang banyak sekiranya nikmat kesihatan tidak dirasai.

Jika dilihat dari khasiatnya, susu kambing sebenarnya lebih baik daripada susu lembu. Salah satu sebab kurangnya minat untuk mengamalkan minum susu kambing adalah tanggapan bahawa ianya boleh menyebabkan darah tinggi dan "panas".

Hakikatnya, susu kambing sebenarnya berfungsi menstabilkan tekanan darah, jantung dan banyak lagi. Tapi, masih ramai yang percaya mitos sebegini. Khasiat susu kambing ini saya sertakan dibawah artikel ini. Sedangkan para anbiya' pun mengamalkan susu kambing setiap pagi, kenapa kita sebagai seorang muslim menidakkannya?tak kan nabi-nabi mengamalkan sesuatu yang akan memudaratkan dirinya dan umatnya?ikuti la amalan yang biasa (sunnah) dilakukan oleh para anbiya', confirm akan dapat manfaatnya.

Akibat daripada kekurangan bekalan susu segar dari ladang saya, alternatifnya saya mengesyorkan kepada para pelanggan saya untuk mencuba susu kambing proses dan dibungkus di dalam sachet.

Mudah saja, hanya tambah air!

selepas itu, anda akan merasai nikmat yang sama seperti susu kambing segar. Satu kotak mengandungi 15 sachet dengan harga RM36.00 sahaja!
Harga AHLI RM29.90, (Agen Diperlukan)

Bagi anak-anak yang 'liat' nak minum susu kambing yang penuh dengan khasiat ini, kami ada tablet susu kambing berperisa (strawberi dan coklat) dengan hanya RM 22.00

Alamilah kesegaran dan khasiatnya!


Kami juga menjual susu kambing segar dari ladang (non-pasteurize). RM7.00 untuk 350ml. Penghantaran ke sekitar Shah Alam boleh dirunding. Pesanan perlu dibuat dahulu kerana stok susu sentiasa habis.

Antara khasiat dan kebaikan susu kambing:

Baik untuk mereka yang alah kepada susu lembu

Kaya dengan Protein, Enzim, Mineral & Vitamin yang penting untuk kesihatan

Menolong mencegah Kanser, merawat Gastric, Ulser Perut, Demam Kuning,

Asthma (semput), Sukar Tidur, Penyakit Kulit, Hepatitis A, Migrain, Masalah

Buah Pinggang, Awet Muda dll. Susu terbaik selepas susu ibu.

Menguatkan sistem imunisasi paru-paru, juga bersifat anti-arthritis (inflamasi sendi)

Menyeimbangkan kandungan gula dalam darah

Tingkatkan daya ingatan, kepekaan & tumpuan diri.

Kombinasi Susu Kambing, Laktosa, Gula Mikrotal, Gum Arabic

Mengandungi Protein, Lemak, Karbohidrat, Enzim, Kalsium, Zat Besi, Vit A, Vit B1, Vit

B2, Vit C, Sodium & Potassium

Sebagai makanan tambahan, amat baik untuk demam kuning, penyakit kulit,

pembentukan dan pemelihara tulang & gigi, mencegah Ulser Perut, Gastrik dll.


Malah, Ianya tidak mengandungi beta-lactoglobulin iaitu penyebab alahan yang boleh menyebabkan asma, masalah pernafasan, radang telinga, infeksi kulit dan gangguan saluran pencernaan.




Newer Posts Older Posts Home