Pasca 3 month
Assalamualaikum w.b.t.
Rasanya lama sangat saya xupdate blog ni..lebih sebulan, ramai gak yg tanya bila nak update.. abandoned ke ape?..hehe,bukan apa, kekangan masa yang membataskan utk saya update blog ni..maklumla, buat masa ni mmg xde pekerja lagi..dari A sampai Z saya yg buat..dari bancuh makanan, sapu kandang, tanam napier, tebang pokok kat padang ragut, suntik menyuntik, buat pagar padang ragut..mcm2 la..memang xsempat nak update..
Apa yang saya lakukan ini adalah untuk memahami dan mengenali bagaimana rasanya menternak kambing. Nanti bila dah ada pekerja, xblh la dorang nak tipu kita. Pengalaman ditipu cukuplah untuk dijadikan pedoman. Insyallah dalam bulan ini ada seorang pekerja yang akan bekerja di kandang, ringan la jgk beban nnt. Berkata tentang pengalaman, sepanjang 3bulan saya terjun dalam bidang peternakan ni, banyak jgk yang saya dapat
1. Kawan dan network bisnes yang mengkagumkan. Memang menakjubkan apabila ramai rakan-rakan peternak lain samada dari Selangor atau dari negeri lain datang melawat dan di situ ukhwah terjalin. Semuanya tak kenal. Dari sini saya terfikir, hebatnya meternak kambing sehingga kan jalinan silaturrahim sesama Muslim dapat dibina.
2. Pengalaman berdepan dengan kerenah-kerenah pelanggan dan permintaan market. Begitu mencabar, sehinggakan permulaan bisnes kami ini ditafsirkan sebagai kesilapan besar apabila membeli baka yang salah. (bukan baka yang terbaik untuk breed). Alhamdulillah, berkat ukhwah rakan-rakan ternak yang lain yang memberi nasihat, saya dalam proses untuk rolling kewangan supaya boleh tukar baka yang lebih baik.
3. Kematian dan kelahiran. Ini berlaku pada kambing batch pertama masuk, kebanyakkannya anak-anak mati. Punca kematian tidak dapat dipastikan. Tapi kesimpulan yang dibuat adalah banyak yang perlu dipelajari dan memantapkan lagi pengurusan kambing. Terutamanya dari segi kesihatan dan pemakanan. Kalau nak kira rugi, memang rugi, tapi pengalaman tidak dapat dibayar dengan wang ringgit. Kelahiran pertama di kandang JAF (Jariah Agro Farm) adalah si biri-biri. Seekor je anaknya. Lahir pada 21 mac lepas. Cepat betul membesar. Alhamdulillah bila tengok dia membesar dengan sihat. Melompat-lompat dia..hehe
4. Ilmu. Yang ini memang kena cari dan timba dari orang-orang yang dah berpengalaman. Apa yang menakjubkan ialah banyak sangat ‘mazhab’. Contohnya dari pemakanan kambing, ada yang kata molasses xelok, sedangkan JPV syorkan. Kemudian, ada yang kata jangan bagi makan kulit pisang, ada yang kata boleh, ada yang kata soya hull xbagus kerana tiada khasiat, walaupun saya tahu ianya memang bagus. Apa pun, kami ambil apa yang patut sambil2 melakukan eksperimen sendiri.
5. Dan akhir sekali, apa yang saya dpt sepanjang 3bulan ini ialah peningkatan aktiviti sel-sel melanosit di muka saya. Sel-sel ini mempunyai pigmen melanin (eumelanin dan pheomelanin) yang akan menjadikan kulit anda ‘gelap’…aduyaiii…ni disebabkan bekerja dibawah terik matahari walaupun dari Januari hingga sekarang..asyik hujan je petang2..dah bertambah2 gelap la ambo..hehe..nnt pakai ‘fair n lovely’ ok la kot..huhu
Dalam 3 bulan ini juga lah saya ada buat beberapa ‘business tour’ samada bersama ayah saya ataupun bersama rakan-rakan peternak. Tidak lain tidak bukan adalah untuk menimba ilmu dan pengalaman mereka. Dari Yong Peng, Kluang, Lenggeng, Marang, Kuala Terengganu, Dungun, Paka, Sepang, Labohan Dagang, Kapar, Meru, Shah Alam semua saya redah. Untuk melebarkan rangkaian perniagaan dan menimba ilmu. Dari situ la timbulnya banyak ‘mazhab’..hehe
Untuk memantapkan aliran kewangan, saya dan pengarah projek (ayah saya) decide untuk start ber’trading’ kambing smada kambing daging ataupun aqiqah. Ini kerana aliran kewangan yang lembab, asyik duit je kuar, duit masuk kurang…yela orang kata, ROI paling awal pun 2tahun..tp nak tggu 2tahun tu brape puluh ribu lagi yang akan dilaburkan. Semoga Allah mudahkan segala urusan saya dalam bidang peternakan ni dan semoga diberkati segala usaha saya untuk meningkatkan ekonomi keluarga khasnya dan ekonomi ummah umumnya…amennn….
Minggu ni kambing baka jamnapari dan anglo pure akan masuk ke kandang JAF. Saya akan postkan gmbar2 terbaru nnti.
Sehingga berjumpa lagi