Monday

Qurban 1430H

Bismillah..
Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, saat entry ni ditulis, dah masuk 15 zulhijjah, bermakna hari tasyrik (11, 12, 13 zulhijjah) dah berlalu, tiada ibadah qurban selepas tarikh ni. Sepanjang hari raya qurban ni, kami dari Jariah Agro Farm telah menyelesaikan beberapa lembu dan kambing yg diwakilkan. Penyembelihan diadakan di ladang transit di klang. Kepada penama-penama wakil, kami akan email kepada anda rakaman dan gmbr2 khas utk anda. Seperti dilampirkan gambar2 sepanjang proses qurban.












Thursday

Selamat Hari Raya Aidiladha


Bismillah..
Assalamualaikum wbt

Kami dari Jariah Agro Farm mengucapkan Selamat menyambut hari raya aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat. Terima kasih kepada pembeli-pembeli haiwan qurban, samada lembu atau kambing. Kami mendoakan semoga ibadah qurban yang tuan-tuan jalankan terima Allah. Semoga kita dilindungi dari sikap kedekut dan riya'. Kepada penama-penama qurban dan aqiqah yang mewakilkan kami untuk menjalankan ibadah ini bg pihak anda, kami akan menyediakan rakaman dan gambar sepanjang proses penyembelihan. Diharapkan dengan ibadah qurban kita tahun ini menjadi alasan pengampunan dosa-dosa seperti yang dikatakan dalam hadith.

Bagi para jemaah Haji pada tahun ini, Kami Jariah Agro Farm mengucapkan selamat beribadah dgn tenang dan mudah, dan semoga mendapat ibadah haji yang diterima (haji mabrur), insyallah..Doakan kami keluarga Jariah Agro Farm akan menunaikan ibadah haji beberapa tahun lagi, kerinduan menjejak kaki di tanah suci dan kerinduan untuk pesta ibadah semakin memuncak.

Bagi sahabat2 peternak, saya menyeru diharapkan kesibukan kita menguruskan ibadah qurban tahun ini tidak menjadikan kita lebih lalai dengan nikmat dunia. Sebaliknya, dpt meningkatkan taqwa di dalam diri dengan kemurahan rezeki Allah.

Akhir sekali, SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1430H kepada seluruh umat Islam di dunia.

wsalam...

"MEMPERKUKUH EKONOMI ISLAM, MENYUSUR SUNNAH RASULULLAH"
'"You don't have to be great to start, but you have to start to be great"

Regards,
AnasJAF

Saturday

Jemputan Mengerjakan Ibadah Qurban

"Darah qurban yang menitis jatuh ke bumi itu dapat menghapuskan dosa kita yang telah lalu"


Assalamualaikum w.b.t.

Seperti tahun-tahun lepas, sekali lagi Jariah Agro Farm (JAF) (dahulunya bergerak tanpa syarikat) menjemput tuan-tuan, puan-puan untuk menyertai Skim Ibadah Qurban Jariah Agro Farm yang mana kami menawarkan haiwan qurban seperti lembu, kambing, biri-biri dan kini unta*.

Haiwan qurban boleh dibawa ke tempat tuan-tuan ataupun disembelih di tempat kami. Kami memberi pilihan kepada tuan-tuan yang mana daging qurban yang telah dilapah dan dibahagi kepada 7 bahagian diambil ditempat kami atau kami diamanahkan untuk mengagihkan daging tersebut ke rumah anak yatim dan fakir miskin sekitar Selangor.

Antara haiwan qurban dan harga yang kami tawarkan:

Lembu : RM 2300-Rm3000 seekor @ RM350 satu bahagian

Kambing : RM 630

Biri-biri : RM 630

Unta* : RM 4200 seekor @ RM 600 satu bahagian

*Unta hanya akan dijalankan di Bumi Anbiya' Mesir melalui wakil kami di sana. Gambar akan diberi kepada tuan-tuan sepanjang proses qurban.

Kami juga menerima tempahan qurban (kambing dan biri-biri) di Mesir sekiranya tuan-tuan berminat. Daging qurban akan diagihkan ke fakir miskin dan fi sabilillah di sana. Tahun depan insyallah Skim Ibadah Qurban JAF akan melebar ke Kemboja sebagai negara ke2 selepas Mesir Bumi Anbiya'. Sebarang pertanyaan sila hubungi Anas (013-2003482)





Friday

Hakikat Ibadah Qurban

Definisi korban

Qurban ialah penyembelihan binatang qurban yang dilakukan pada Hari Raya Haji (selepas solat 'Idil Adhha) dan hari-hari Tasyriq iaitu ,11,12 dan 13 Zulhijjah kerana beribadah kepada Allah s.w.t. , iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Dalil tentang ibadah Qurban

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dan telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syi'ar Allah, kamu memperolehi kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur."(surah al-Haj:36)

Dari Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:

"Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu."

(Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)


Hukum Ibadah Qurban

Hukumnya Sunnat Muakkad(Sunnat yang dikuatkan) atas orang yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

1- Islam
2- Merdeka (Bukan hamba)
3- Baligh lagi berakal
4- Mampu untuk berqurban


Fadhilat/Kelebihan Ibadah Qurban

1- Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s.
2- Mendidik jiwa kearah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
3- Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta kejalan Allah s.w.t.
4- Menghapuskan dosa dan mengharap keredhaan Allah s.w.t.
5- Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik.
6- Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim diakhirat kelak. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:"Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu dititian pada hari kiamat."
7- Syarat untuk melakukan Ibadah Qurban secara jamaah (beramai2).

Pengurusan hendaklah dilakukan dengan betul, dengan penuh amanah dan tanggungjawab.
Harga yang dikenakan hendaklah dinyatakan termasuk kos pengurusan (Penyembelihan, kenderaan, upah menyembelih, melapah dan sebagainya jika memerlukan upah).
Hendaklah diadakan aqad atau ijab dan qabul antara orang yang melakukan qurban atau aqiqah dengan pihak pelaksana (AJK Qurban/ Aqiqah atau AJK Masjid/ Surau/ Badan Kebajikan/ Orang perseorangan).


Persoalan tentang Ibadah Qurban.


Adakah daging qurban yang kita buat untuk si mati contohnya bapa yg telah meninggal, kena disedekahkan kesemuanya atau boleh diambil sebahagiannya?


Berqurban atas nama orang lain menurut mazhab Syafi'i mengatakan tidak sah tanpa keizinan orang tersebut, demikian atas nama orang yang telah meninggal tidak sah bila tanpa dasar wasiat. Ulama Maliki mengatakan makruh berqurban atas nama orang lain. Ulama Hanafi dan Hanbali mengatakan sah saja.

“Kamu makan, kamu berikan kepada yang lain dan kamu simpan” - [Hadith riwayat al-Bukhaari].Pada dasarnya, 1/3 simpan, 1/3 makan dan 1/3 sedekah.



Bolehkan daging Qurban dijual?

Haram hukumnya menjual daging Qurban, ia hendaklah disedekahkan!

Daripada saidina `Ali bin Abi Talib r.a, katanya:

”Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan aku menyembelih unta-untanya (sembelihan ketika haji). Baginda memerintahkan agar aku mensedekahkan daging, kulit dan apa yang menutupi belakang unta-unta itu (seperti pelana dan seumpamanya). Baginda juga memerintahkan agar aku tidak memberikan kepada al-Jazzar (penyembelih dan pelapah) sedikit pun darinya.”

(Riwayat al-Bukhari hadith ke-1716, Muslim, hadith ke-1317)


Siapakah yang layak menerima daging korban?

Orang yang bekorban berhak mendapatkan 1/3 dari daging korbannya, Fakir Miskin dan orang - orang Islam yang lain.


Apakah daging yang diniatkan qurban boleh dimakan oleh tuan punya yang melakukannya?

Daging qurban halal dimakan atau dimiliki oleh orang yang berqurban bahkan sunat ia mengambil satu pertiga. Akan tetapi daging “qurban wajib” atau daging “qurban nazar” haram dimakan oleh orang yang bernazar. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. dalam - Surah Al-Hajj, ayat 28 .

Daging qurban, sunat dimakan oleh orang yang berqurban selebihnya disedekahkan kepada fakir miskin dalam keadaan mentah.


Boleh atau tidak Rusa dijadikan ibadat sembelihan qurban? Berapakah bahagiannya?

Binatang sembelihan qurban ialah unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri. Tidak sah qurban yang selainnya.


Berapa bilangan (ekor/bahagian) haiwan ibadah qurban yang di galakkan?

Bagi setiap seekor lembu, unta atau kerbau itu boleh dibahagi kepada 7 bahagian. Bahgian paling sedikit yang harus dalakukan oleh seseorang itu adalah satu bahagian dan tiada batasan untuk bilangan paling banyak. Seseorang muslim itu boleh melaksanakan ibadah qurban ini sebanyak mungkin mengikut kemampuannya. Adapun bagi kambing pula, bagi seekor kambing tidak boleh dibahagi mengikut bahagian seperti lembu. Maka bagi setiap kambing itu adalah untuk seorang muslim sahaja.


Bolehkah daging qorban diberikan kepada bukan Islam dan apa hukumnya org kafir memberi bantuan/ derma untuk ibadah qorban. Adakah kita boleh menerima sumbangan mereka itu ?

Tidak harus memberi makan daging qurban dan aqiqah kepada orang kafir sama ada daging qurban wajib dan aqiqah wajib ataupun sunat. - Fatwa Negeri Selangor (Sel P.U 12) . Org kafir tidak diwajibkan melaksanakn ibadah qorban. Sumbangan yang diberikan tidak dikira sebagai ibadah qorban.


Apakah hukum mewakilkan ibadah qorban kepada org lain? NGO misalnya?

Hukum wakalah adalah harus dengan syarat-syarat seperti berikut :

i. Lafaz wakalah hendaklah secara soreh (jelas) atau kinayah (kiasan)
ii. Hendaklah mendapat izin dari muwakkil (org yg meminta utk diwakilkan)
iii. Muwakkil wajib melafzkan tawkil sama ada secara soreh atau kinayah kepada wakil yang dilantik untuk menguruskan qurban tersebut.

Secara menyerahkan tanggungan dengan berkata:

"Saya meletakkan atas tanggungan tuan untuk menghasilkan penyembelihan qurban untuk ku."

(PERINGATAN: Jika penerima tidak dapat menyempurnakan tanggungjawab yang diterima, boleh diserahkan kepada orang lain untuk menyempurnakan penyembelihan untuk orang-orang yang berakad tadi).


credit to Ust Iqbal

Newer Posts Older Posts Home