Friday

Maulidurrasul dan Kambing Golek

Bismillah..

Assalamualaikum wbt..

Selawat dan salam buat penghulu para pejuang, Rasul tercinta Muhammad s.a.w., para sahabat dan keluarga baginda, serta mereka yang mengikuti jalannya serta mencontohi perilaku baginda hingga ke hari pembalasan.

Sesungguhnya perasaan kita penuh dengan kerinduan kepada Rasulullah s.a.w. Sebagai seorang yang mencintai baginda, tentu sekali kita senantiasa terkenang akan sirah perjuangan dan lakaran pengorbanan Rasulullah s.a.w. sehingga kita semua dapat menerima cahaya keIslaman dan hidayah dari Allah untuk mengecapi nikmat berharga iman dan Islam. Sebagaimana yang kita tahu, semalam (27feb) adalah hari keputeraan junjungan besar kita Rasulullah SAW, kita digalakkan utk berselawat ke atas baginda bukan pada maulid sahaja, tetapi setiap masa, dengan harapan kita dpt sedikit belas syafaat baginda di hari pengadilan nnt.

Baginda Rasulullah s.a.w. telah pergi meninggalkan kita, dengan sama sekali tidak mewariskan kepada kita harta pusaka kekayaan, tetapi yang diwariskan adalah ilmu yang menjadi panduan hakiki, akhlak yang terpuji, sebuah perjuangan suci dan sebuah cara hidup yang sempurna.

Maulidurrasul tahun ini dimeriahkan lagi dengan 6ekor kambing yang diniatkan oleh customer sy (Dr Alias) utk sedekahkan kepada pelajar tahfiz di Dusun Tua dan Seri Petaling. Selesai kerja2 sembelih dan lapah pada hari khamis, karkas dihantar ke lokasi utk di perap dan dipanggang golek pada jumaat esoknye iaitu pada cuti hari maulid. Alhamdulillah sy berkesempatan utk menyertai majlis tersebut di Dusun Tua walaupun agak terlewat. Chef yg memanggang mmg terbaik, kambing hbs dlm masa singkat, cukup rasa, bak org kata, rangup diluar, berjus di dalam.

Disertai dengan sos lada hitam dan mint, salad serta garlic bread cukup membuatkan pelajar2 tahfiz Dusun Tua terliur. Keenakan dan kepuasan menjamah kambing segar panggang sudah pasti melebihi kambing frozen. Kami dari Jariah Agro Farm sedia menyediakan perkhidmatan seperti ini di setiap lokasi yang dikehendaki. Dengan kepakaran chef kami, tentu anda puas menjamah atau sedekahkan kepada yg diniatkan.

Saya ada sertakan beberapa gambar untuk tatapan pelanggan-pelanggan. Hanya yang segar dari Jariah Agro Farm.








Newer Posts Older Posts Home