Wednesday

Aktiviti JAF

Bismillah..
Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah pada 13-14hb mac lepas, JAF telah membuat satu langkah progresif dengan menyertai karnival produk muslim anjuran Masjid Al-Muhsinin, Kg Sg Kandis. Penyertaan ni adalah untuk menghebahkan kewujudan JAF disamping mempromosi produk2 JAF. Walaupun JAF sudah setahun lebih beroperasi, ianya masih belum dikenali lagi di peringkat daerah, ini kerana ketiadaan signboard dan promosi besar-besaran.

Oleh kerana itu, JAF yang dipimpin sepenuhnya oleh saudara Anas (eceyh!) dan dibantu oleh pelajar praktikal dari UUM telah bertungkus lumus menyiapkan booth seadanya. Tidak lah begitu menarik kerana ini adalah kali pertama JAF expose pada public. Insyallah, dengan pengalaman yang ada tak seberapa ni, JAF tidak akan ketinggalan bersama2 peternak-peternak besar negeri selangor menyertai apa-apa pameran peternakan selepas ni dengan appearance yang lebih menarik.

Selain tujuan utamanya utk memperkenalkan JAF pada awam, aktiviti ini juga menjadi satu modul penilaian kepada pelajar-pelajar UUM dlm aspek pemasaran. Kebolehan dan kepetahan mereka dinilai disamping hasil jualan menjadi penanda ukur. Pada hari karnival ni, pengunjung berpeluang untuk merasa susu kambing segar dengan percuma dan jualan susu segar dgn harga diskaun. Selain itu, jualan susu kambing tepung HiGoat juga memberansangkan apabila di nisbah kan dengan pengunjung yang hadir.

Ternyata rata-rata pengunjung memang tidak tahu kewujudan kami walaupun satu kampung, ekekek...so, bg JAF sendiri kne all out dlm aspek marketing..selama 2 hari booth ni dijalankan byk pengalaman yg JAF dan pelajar-pelajar UUM perolehi. Nmpk kekurangan2 yg perlu diatasi dan kelebihan JAF. Semoga pelajar-pelajar UUM tersebut dpt mengaplikasikan pengalamn ni setelah menceburkan dalam bisnes nnt. Juga tidak lupa, semoga JAF lebih agresif dan istiqomah dalam berniaga. Kami upgrade perlahan-lahan dan berhati-hati. heheehe...

Dilampirkan beberapa gambar utk tatapan tuan-tuan










good crowd

our leader testing JAF's fresh goat milk

line up UUM practical student



"MEMPERKUKUH EKONOMI UMMAH, MENYUSUR SUNNAH RASULULLAH"
'"You don't have to be great to start, but you have to start to be great"

Regards,
AnasJAF

Newer Posts Older Posts Home