Thursday

Jualan Aqiqah sempena cuti sekolah bermula!

Bismillah
Assalamualaikum wbt

Cuti sekolah dah bermula, maka adalah agenda yang bermain di fikiran masing2, samada agenda untuk bercuti, buat kenduri kahwin, nikah, tunang, khatan dan xlupa juga majlis aqiqah. Kerana ini lah masa yang sesuai sempena cuti sekolah, sekurang-kurangnya ramai ahli keluarga dapat hadir. Bagi pelanggan yang mahukan bekalan aqiqah sempena cuti sekolah ini, kami ada stok yang banyak untuk tuan-tuan.

Jangan malu dan segan untuk hubungi kami Jariah Agro Farm untuk memenuhi keperluan aqiqah anak anda. Perkhidmatan masak kurma, kari, rendang dan BBQ juga disediakan dengan harga yang berpatutan. Kualiti dan rasa masakan kami tiada bandingnya kerana kami juga specialist dalam katering selama hampir 20 tahun. Untuk para pelanggan yang mahukan pakej katering, boleh minta sebut harga dari kami bergantung pada menu yang tuan minta. Bagi yang mahu terus sedekah kan pada anak yatim, juga kami boleh uruskan. Ini adalah khidmat sosial yang JAF jalankan tanpa sebarang tambahan bayaran.

Kriteria (syarat) kambing aqiqah kami:
1. Sihat dan tidak cacat
2. Gemuk dan cukup umur (patah gigi hadapan)
3. berat hidup mencecah 45kg!

Harga kambing aqiqah:
RM 800 siap lapah dan sembelih
(perlu diambil perhatian bahawa kambing yang kami bekalkan adalah cukup syarat dan berat hidup hampir 45kg)


Harga BBQ (pakej) untuk set aqiqah:
RM1250 (coleslaw, garlic bread, mesh potato,blackpepper sauce, mushroom sauce, onsite service)
* tempahan awal diperlukan, sebarang perubahan side dish akan dikurang kan harga*


Harga masak kari kurma rendang:
RM250

Masakan katering:
Nasi Beriani dan set
Nasi Minyak dan set
Nasi Putih lauk kampung
*sila hubungi kami untuk sebut harga*


Bagi yang berminat untuk membeli susu, mohon bersabar kerana stok susu kambing kini sudah habis stok. Walaubagaimanapun, harga susu yang tinggi permintaan ini berharga RM5 per botol 250ml.



Jika anda mahu membuat tempahan atau ada pertanyaan lanjut,
sila hubungi pengurus Jariah Agro Farm Haji Ahmad Jamhari ditalian 016-3415 345
atau Pegawai Pemasaran Anas Ahmad Jamhari di talian 013-2003482 atau
Hasan Ahmad Jamhari di talian 017-6141420

Wednesday

Hari Peladang Penternak dan Nelayan negeri Selangor



Bismillah
Assalamualaikum wbt

Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat Negeri Selangor telah dilaksanakan pada 19 dan 20 November 2011 di Stesen MARDI Jalan Kebun. Majlis yang pertama kali diadakan di Stesen MARDI ini telah disempurnakan oleh Dato' Seri Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Bersama delegasi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sudah tentu membuatkan tapak ekspo padat dengan orang awam. Terdapat pelbagai pameran dari JPV, Jabatan Pertanian, FAMA, MARDI dan agensi kerajaan serta agensi swasta yang lain.

Jariah Agro Farm diberi peluang untuk mempamerkan hasil ladang kambing kami di Shah Alam di bawah Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Kota Raja. Alhamdulillah dengan jualan daging kambing BBQ marinated, susu kambing segar dan baja organik membuatkan booth kami tak lekang dek pengunjung yang mahukan produk kami dan mendapatkan maklumat berkenaan dengan kambing. Jualan kami sentiasa habis setiap hari, yang paling mendapat sambutan adalah susu kambing. Permintaan yang melebihi daripada pengeluaran menyebabkan susu kambing yang kami jual 100 botol tak sampai dalam 3 jam. Alhamdulillah~

barang dagangan terdiri daripada daging biri2 muda siap diperam dengan rempah, susu kambing segar dan baja organik

bunting JAF berlatarbelakangkan booth MPPP Kota Raja, booth JAF juga.



Booth kami juga dilawati oleh Dato' Seri Noh Omar dan delegasinya untuk meninjau keadaan dan prestasi pertanian di kawasan Parlimen Kota Raja. Alhamdulillah, Dato seri tampaknya berpuas hati dan mengumumkan tambahan dana untuk pertanian di Kota Raja. Ini adalah salah satu rahmat Allah yang tidak disangka. Sempat saya memperkenalkan produk JAF kepada Dato' Seri.

Dato' Seri Noh Omar meninjau produk kami


Dato' seri diberi hadiah penghargaan dari kami


Bagi saya, ini adalah peluang untuk JAF lebih maju kehadapan dlm industri ini, yang penting perlu istiqamah dan teruskan perjuangan. Insyallah dengan plan pemasaran yang berkesan, saya yakin Jariah Agro Farm mampu pergi dengan lebih jauh lagi, samada dalam indutri ternakan ataupun industri daging dan susu. Apapun, sokongan dari pihak kerajaan dan kementerian pertanian dan industri asas tani amat diperlukan.

Regards,
Anas

Thursday

Hari Raya Qurban 1432H



Bismillah
Assalamualaikum wbt,

Hari Raya Eiduladha atau lebih dikenali sebagai Raya Qurban telah melabuhkan tirainya semalam (rabu), ianya meliputi raya pertama dan Hari Tasyriq pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah, bermaksud, tiada lagi ibadah qurban pada selepas tarikh ini utk tahun 1432H. Insyallah dipanjangkan umur, kita dapat berjumpa kembali pada tahun akan datang. Qurban atau udhiyyah ini melatih diri daripada sifat bakhil dan mendekatkan diri kepada Pencipta Rabbul Jalil Allah SWT. Islam sangat menggalakkan umatnya yang mampu untuk melakukan ibadah ini sekaligus menyucikan harta yang diperolehi selain daripada zakat.

Daripada Aisyah R.Anha, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

"Amal yang paling disukai Allah pada hari penyembelihan ialah mengalirkan darah haiwan qurban, sesungguhnya haiwan-haiwan yang dikorbankan akan datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan tulang-tulangnya. Sesungguhnya pahala yang datang dari haiwan qurban ini adalah datang dari Allah sebelum jatuh ke bumi, maka lakukanlah kebaikan ini" (HR Tarmidzi)

" Darah yang menitis jatuh ke bumi itu dapat menghapuskan dosa-dosa yang telah lalu"

Alhamdulillah Jariah Agro Farm seperti biasa membekalkan bekalan lembu dan kambing untuk sesiapa yang mahu menjalankan ibadah ini. Semua berjalan lancar dan semoga Allah menerima ibadah tuan-tuan. Apa yang menarik yang ingin dikongsikan di sini ialah, berbanding tahun-tahun lepas kami hanya menerima wang kertas sahaja. Tetapi tahun yang penuh barakah ini kami juga menerima dinar dan dirham sebagai transaksi. Syukur kerana ada beberapa pelanggan yang menggunakan matawang syariah ini untuk melakukan qurban, bertambah berkah juga ibadahnya.

Ada bekalan lembu kambing yang kami hantar ke masjid, sekolah, dan ada juga yang kami uruskan penyembelihannya di tempat kami sendiri. Daging-daging tersebut terus disedekahkan ke rumah anak yatim dan madrasah tahfiz sekitar lembah klang. Gambar yang saya sediakan ini adalah urusan penyembelihan di tempat saya dan disaksikan oleh penama-penama qurban. Ada diantara mereka adalah menggunakan dinar dan dirham sebagai transaksi.

satu bahagian dr lembu korban ini dibayar dengan 1/2 dinar oleh Mohd Firdaus dari putrajaya

lembu korban dinar dan dirham dari wakil Pn Amirah dari Damansara

lembu korban dinar dan dirham dari Pn Zaharah juga dari Damansara

Saturday

Bukti Kuasa Beli Emas (Dinar) & Perak (Dirham) kalis inflasi dari Al-Quran dan Hadis

Bismillah

Assalamualaikum wbt

Salam sejahtera pembaca sekalian,

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana kita telah di panjangkan usia dan diperkenankan olehNya untuk menimba satu lagi ilmu pengetahuan yang baru dalam mendekatkan diri kita denganNya.

Di dalam saya membuat kajian tentang kelebihan emas dan perak, terdetik di dalam diri saya, apa jua yang berlaku di dalam kehidupan manusia baik dari segi hukum agama serta muamalah semestinya telah diceritakan di dalam Al-Quran dan hadis.



Mungkin di antara kita masih tertanya-tanya adakah wujud wang atau instrumen perantaraan di zaman moden ini yang langsung tidak terpengaruh dengan inflasi.

Jawapannya: “Ada! Iaitu wang yang mempunyai nilai instrinsiknya yang sama nilai dengan nominal iaitu dalam bentuk emas dan perak ataupun disebut dinar dan dirham.”

Kemudian mungkin di antara anda bertanya lagi, wujudkah perkara ini terjadi sepanjang kehidupan manusia di muka bumi ini? Benarkah emas dan perak kalis inflasi atau kuasa belinya stabil sepanjang zaman?”

Untuk menjawab perkara ini saya akan jelaskan sebaik yang mungkin. Insya Allah..

Saya telah teringat kepada kisah ashabul kahfi yang pernah diceritakan dalam ceramah agama di masjid iaitu kisah sekumpulan lelaki yang ditidurkan oleh Allah SWT yang dalam sesetengah riwayat mereka ini telah ditidurkan selama 309 tahun.

Mereka telah di bangkitkan dari tidur dan berlaku beberapa kisah untuk membuka pintu gua tersebut.

Dalam surat al-Kahfi, Allah SWT menceritakan tiga kisah masa lalu, iaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah pertemuan Nabi Musa a.s dan Nabi Khidir a.s serta kisah Dzulqarnain. Kisah Ashabul Kahfi mendapat perhatian lebih dengan digunakan sebagai nama surah dimana terdapat tiga kisah tersebut.
Hal ini sudah tentu bukan kebetulan semata-mata, tetapi kerana kisah Ashabul Kahfi, seperti juga kisah lain di dalam al-Quran bukan merupakan kisah semata, tapi juga terdapat banyak pelajaran (ibrah atau guide) didalamnya.

Ashabul Kahfi adalah nama sekelompok orang beriman yang hidup pada masa Raja Diqyanus di Romawi, beberapa ratus tahun sebelum diutusnya nabi Isa as. Mereka hidup ditengah masyarakat penyembah berhala dengan seorang raja yang dzalim.

Ketika sang raja mengetahui ada sekelompok orang yang tidak menyembah berhala, maka sang raja marah lalu memanggil mereka dan memerintahkan mereka untuk mengikuti kepercayaan sang raja.

Tapi Ashabul Kahfi menolak dan lari, dikejarlah mereka untuk dibunuh. Ketika mereka lari dari kepungan pasukan raja, sampailah mereka di mulut sebuah gua yang kemudian dipakai tempat persembunyian.

Dengan izin Allah mereka kemudian ditidurkan selama 309 tahun di dalam gua, dan dibangkitkan kembali ketika masyarakat dan raja mereka sudah berganti menjadi masyarakat dan raja yang beriman kepada Allah SWT.

(Ibnu Katsir; Tafsir al-Quran al-’Adzim; jilid:3 ; hal.67-71).

Di pendekkan cerita salah seorang daripada mereka bernama Tamlikha di utus ke pasar untuk membeli makanan dan sebagainya (walhal mereka tidak sedar yang mereka telah hidup di zaman yang berbeza). Dengan beberapa kepingan dinar dan dirham di tangan beliau pergi ke pasar.

Melihatkan suasana kota yang begitu berbeza/asing untuknya beliau menjadi kehairanan. Apabila sampai ke gerai roti berlaku dialog antaranya dengan penjual roti tersebut,

“Hai tukang roti, apakah nama kota ini?”

“Aphesus,” sahut penjual roti itu.

“Siapakah nama raja kalian?” tanya Tamlikha lagi. “Abdurrahman,” jawab penjual roti.

“Kalau yang kau katakan itu benar,” kata Tamlikha, “urusanku ini sungguh aneh sekali! Ambillah wang ini dan berilah makanan kepadaku!”

Melihat wang dinar itu, penjual roti kehairanan disebabkan wang yang dibawa Tamlikha itu adalah wang zaman lampau yang ukurannya lebih besar dan lebih berat.

Pendeta Yahudi yang bertanya itu kemudian berdiri lagi, lalu berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali, kalau benar-benar engkau mengetahui, cuba terangkan kepadaku berapa nilai wang dinar lama itu dibanding dengan wang baru!”

Imam Ali menerangkan:

“Kekasihku Muhammad Rasul Allah s.a.w. menceritakan kepadaku, bahwa wang yang dibawa oleh Tamlikha dibanding dengan wang baru, ialah setiap dirham lama bersamaan dengan sepuluh dan dua pertiga dirham baru!” (10 kali ganda)

Saidina Ali kemudian melanjutkan ceritanya: Penjual Roti lalu berkata kepada Tamlikha: “Aduhai, alangkah beruntungnya aku! Rupanya engkau baru menemukan harta karun! Berikan sisa wang itu kepadaku! Kalau tidak, engkau akan ku hadapkan kepada raja!”

“Aku tidak menjumpai harta karun,” jawab Tamlikha. “Wang ini ku dapat tiga hari yang lalu hasil dari hasil penjualan buah kurma berharga tiga dirham! Aku kemudian meninggalkan kota kerana orang-orang semuanya menyembah berhala Diqyanius!”

Penjual roti itu marah. Lalu berkata: “Apakah setelah engkau menemukan harta karun masih juga tidak rela menyerahkan sisa wangmu itu kepadaku?

Lagi pula engkau telah menyebut-nyebut seorang raja durhaka yang mengaku diri sebagai tuhan, padahal raja itu sudah mati lebih dari 300 tahun yang silam! Apakah dengan begitu engkau hendak memperolok-olok aku?”

Dan seterusnya…. (Boleh dibaca di sini: Saidina Ali menceritakan Ashabul Kahfi)


VERSI DARI AL-QURAN

Firman Allah SWT

Dan demikianlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: “Berapa lama kamu tidur?” (sebahagian dari) mereka menjawab: “Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari”. (Sebahagian lagi dari) mereka berkata: “Tuhan kamu lebih menengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak (dirham) kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu.


Ayat tersebut di atas menerangkan bahawa mereka meminta salah seorang rakannya untuk membeli makanan di kota dengan wang peraknya. Tidak dijelaskan jumlahnya, tetapi yang jelas wang perak (dirham).

Kalau kita mengandaikan para pemuda tersebut membawa 2-3 keping wang perak saja, maka nilai pertukarannya ke nilai Ringgit Malaysia (RM) sekarang akan sekitar RM75.00. (sumber World Islamic Mint)

Dengan wang perak yang sama sekarang (1 Dirham sekarang sekitar RM25.00) kita dapat membeli makanan untuk beberapa orang. Jadi setelah lebih kurang 18 abad, kuasa beli wang perak secara relatifnya adalah sama.

Cuba bandingkan pada akhir tahun 70-an, dengan duit bekal RM0.50 sudah mencukupi sebagai bekalan untuk membeli nasi lemak serta air bungkus. Apakah sekarang ada lagi ke ibu bapa yang memberi nilai wang RM0.50 kepada anak-anak mereka?

Jawapannya sudah tentu TIDAK.

Jadi hanya dalam tempoh kurang dari 30 tahun saja, nilai wang kertas kita sudah amat sangat jauh perbezaan nilai atau kemampuan kuasa belinya.

Begitu juga dengan soal muamalah yang melibatkan wang dinar dan wang perak. Saya berkesempatan berkongsi pendapat dengan rakan niaga dari Brunei Darrussalam tentang penemuan menakjubkan baru-baru ini.

Dari perbualan itu juga kami baru sedar tentang konsep pinjam wang Islam. Bagaimana kalau kita berhutang 1 dinar, kalau nak bayar balik nanti hendaklah berjumlah 1 dinar juga. Tidak lebih atau tidak kurang kalau tidak ianya adalah Riba.

Mengapa dibayar 1 dinar juga mengapa bukan 1.5 dinar? Jawapannya adalah nilai dinar adalah stabil tidak berkurangan seperti wang kertas.

Ketika zaman Rasulullah SAW, harga seekor kambing adalah 1 Dinar. Ceritanya adalah seperti di bawah:

Dilaporkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, daripada ‘Urwah yang bermaksud:

“(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual. Lalu Rasulullah s.a.w memberi kepadaku satu dinar dan berkata: “Wahai Urwah, pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untukku seekor kambing.” Akupun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar.

Kemudian aku membawa kedua ekor kambing tersebut. Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripadaku. Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor kambing dan satu dinar lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milikmu.”

Rasulullah bertanya: Bagaimana kamu melakukannya? Akupun menceritakan kepada Baginda apa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata: “Ya Allah, berkatilah perniagaannya.”

(riwayat al‐Bukhari, no 3642).

Dinar emas keluaran Kerajaan Kelantan (1/2 dinar, 1 dinar, 2 dinar, 5 dinar, 8 dinar)

Okie.. fast forward.. ke tahun 2011. Agak-agak boleh tak kita beli seekor kambing dengan 1 dinar? :)

Jawapannya.. ya, boleh!

Untuk pengetahuan anda, dengan 1 dinar emas anda masih boleh membeli seekor kambing.

Jadi disini saya akan cerita bagaimana cara membeli kambing dengan harga 1 dinar.


Tawaran daripada JARIAH AGRO FARM (1 dinar untuk seekor kambing)


Jariah Agro Farm berpusat di Shah Alam merupakan syarikat pembekal kambing dan lembu pelbagai baka, sesuai untuk aqiqah, qurban, kenduri. Juga menyediakan perkhidmatan sembelih dan lapah, masakan katering dan BBQ. Menjual susu kambing segar dan baja organik.

Pemilik syarikat ini adalah Haji Ahmad Jamhari dan anaknya Anas Ahmad Jamhari.

Pemilik JAF Haji Ahmad Jamhari (kiri) dan Anas (kanan)

Kambing-kambing ini berharga 1 dinar sahaja seekor

susu kambing segar dengan 1 dirham 5 botol 250ml

Kami menawarkan pembelian seekor kambing dengan harga 1 dinar sahaja

Dengan harga 1 dinar anda boleh membeli seekor kambing baka farel atau bebiri atau boer kacukan cukup umur dengan berat lingkungan 30-35 kilogram. Sesuai untuk akikah, korban, majlis kenduri, buat kambing golek.

Jika anda perlukan khidmat sembelih dan lapah, maka terdapat tambahan bayaran sebanyak 2 dirham.

1 dinar untuk 2 ekor kambing.

Dengan 1 dinar anda boleh mendapat 2 ekor kambing seperti dalam gambar

Selain itu, dengan 1 dinar anda juga boleh membeli 2 ekor anak kambing.

Anak kambing berusia 6-9 bulan baka jenis boer (f3 – generasi ke 3) ini akan menjadi milik anda dengan hanya 1 dinar. Jika anda berminat menternak kambing maka bolehlah membeli anak-anak kambing ini daripada Jariah Agro Farm.

kambing 1 dinar sahaja, pilih mana yang berkenan di hati

Pakej seekor kambing golek aqiqah dengan harga 1 dinar 20 dirham*.

Jariah Agro Farm turut menawarkan pakej kambing golek dengan harga 1 dinar 20 dirham.

Kambing yang digunakan adalah daripada baka tempatan (boer @ biri biri), berumur 2 tahun dengan purata berat 30kg – 35kg. Pakej termasuk kos sembelih dan lapah, bakar golek dan penghantaran kepada pelanggan di sekitar Lembah Kelang dengan pakej (klik sini)

BBQ dari Jariah Agro Farm!


Ini adalah nombor telefon kami, jika anda berminat sila call atau sms kami di talian:

Anas (013-2003482) atau Haji Ahmad Jamhari (016-3415 345)

Alamat ladang adalah seperti berikut:

Jariah Agro Farm

Lot 4453, Batu 3,

Kg Sg Kandis,

40460 Shah Alam,

Selangor

Malah kami juga di JAF menjadi wakil pengedaran Dinar Kelantan bagi memartabatkan matawang sunnah ini. Semoga JAF menjadi satu platform untuk penyebaran Dinar dan Dirham dan menaikkan iman kita kepada Allah SWT!

Antara transaksi dinar dan dirham Jariah Agro Farm!


Subhanallah! Keajaiban Al-Quran.. Selama ini para saintis juga telah menemui keajaiban Al-Quran dengan bukti air laut bertemu air tawar, bukti planet mengelilingi matahari dan sebagainya.

Alhamdulillah melalui berniaga emas juga saya dapat menyampaikan dakwah tentang kebenaran Al-Quran dan hadis Nabi S.A.W semoga ilmu ini menjadi manfaat buat semua.

Fakta Dinar & Dirham

  • A chicken at the time of the Prophet, salla’llahu alaihi wa sallam, cost one dirham; today, 1,400 years later, a chicken costs approximately one dirham.
  • Zero inflation in 1,400 years
  • Gold and silver are the most stable currency the world has ever seen.Protect your wealth by buying gold and silver.
  • Abu Bakr ibn Abi Maryam reported that he heard the Messenger of Allah, may Allah bless him and grant him peace, say: “A time is certainly coming over mankind in which there will be nothing [left] which will be of use save a dinar and a dirham.” (The Musnad of Imam Ahmad ibn Hanbal)

Tuesday

SAMBESTARI dengan JAF!


Bismillah
Assalamualaikum wbt

Isnin (semalam) 26 september 2011 merupakan hari yang saya tggu2 kerana JAF akan serve kambing golek di SAMBESTARI, iaitu bekas sekolah saya. Kepada sesiapa yang tidak mengenali SAMBESTARI, ia adalah singkatan kepada Sekolah Agama Menengah Bestari yang merupakan sekolah berprestasi tinggi diiktiraf oleh kementerian, juga adalah sekolah pilihan kerana pelajar- pelajar cemerlang dari sekolah2 JAIS ditempatkan di sekolah ini. Saya sungguh bertuah dapat menyediakan perkhidmatan kambing BBQ golek di bekas sekolah saya sendiri.

Kesempatan itu, saya berjumpa dengan beberapa guru-guru lama, sungguh rindu pada mereka, orang yang byk berjasa mendidik diri saya sehingga saya menjadi orang hari ini. Saya melangkah kembali ke sekolah lama dengan ukiran senyuman yang panjang kerana ini lah sekolah yang menggamit memori nostalgia semasa saya bersekolah di sana.

kelihatan ustzh Farhana sedang mengambil makanan.

Terdahulu, saya dihubungi oleh seorang ustazah, bernama Ustzh Aizah, guru Bahasa Arab untuk menyiapkan 2 ekor kambing golek tanpa mengetahui saya adalah bekas pelajar. Oleh kerana ini adalah bekas sekolah saya, saya memberikan menu special untuk mereka, saya pakej kan sekali manu tambahan seperti mesh potato, garlic bread, salad, sos lada hitam dan sos cendawan dengan harga istimewa.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran mantan pengetua, dan mantan GPK yang semuanya saya masih kenal mereka! Allahu Akbar! Menu adalah seperti biasa, lemang, nasi impit, kuah lodeh, sambal kacang, rendang ayam, satay, cendol, buah-buahan dan ayam bakar (dibakar oleh kami).
Dengan tambahan menu kambing golek, cukup membuatkan pelajar-pelajar dan guru-guru memberi pujian kepada kami, saya terus menerus memanjatkan hamdalah kepadaNya. Pada asalnya saya rancang untuk tidak berada di Sambest terlalu lama, kerana saya perlu ke bangi selepas itu, namun, bila berjumpa kerinduan guru-guru, saya tggu sehingga majlis habis! Majlis selesai pada jam 1 petang dan berjalan dengan lancar penuh dengan keceriaan.

Cikgu Rohaizad (depan, tudung purple) dan cikgu siti ngokison (blkg cikgu Rohaizad)

Sekiranya anda ingin menempah kambing golek kami, kami juga menjalankan sepanjang tahun tanpa mengira musim perayaan atau tidak, hanya hubungi kami di talian di bawah untuk merasa sendiri kesedapan kambing golek kami, ayuh! hubungi kami sekarang!

013-2003482 (anas)
016-3415 345 (Hj Ahmad Jamhari)

Team kambing BBQ kami


Pelajar sedang mengambil makanan


Kambing Golek lagi di Sunway


Bismillah
Assalamualaikum...

Jariah Agro Farm diberi kepercayaan utk mengendalikan BBQ di kawasan berprestij seperti di Sunway. Ditempah oleh pihak pengurusan Sunway Group untuk menyediakan kambing bakar golek BBQ dan perkhidmatan katering untuk meraikan majlis JOM RAYA! kepada anak-anak yatim. Kambing BBQ 2 ekor agak berlebihan kerana kebanyakkan tetamu adalah dari kaum cina, dipercayai adalah kakitangan Sunway. Maklumlah, kaum cina ni kurang makan kambing lagi2 perempuan, jaga badan. Huhu...


Namun, kambing golek kami xpernah tidak habis kerana selepas majlis, kakitangan sokongan seprti guard dan lain-lain sambung lenjan kambing BBQ kami. Menghidangkan sekali lemang, rendang, nasi impit, kuah lodeh, meehun sup, ABC cendol, air bandung, satay daging dan ayam, kuih beberapa jenis, ternyata, pihak penganjur berpuas hati dengan perkhidmatan kami.

Majlis direncanakan bermula pada jam 330 petang ditangguhkan sehingga jam 7 petang, disebabkan oleh tetamu VIP iaitu CEO Sunway Group tidak dapat datang tepat pada waktunya. Majlis berakhir pada jam 9 malam selepas penyampaian hadiah, duit raya kepada anak-anak yatim dan sumbangan kepada rumah anak yatim tersebut. Walaupun berlainan bangsa, sumbangan begini amat dialu2kan supaya kegembiraan hari raya dapat dikongsi bersama orang kurang bernasib baik.

Berbalik pada kambing BBQ kami, seperti yang dijangka, setelah majlis makan dimulakan, gerai kami pertama sekali di kerumuni oleh orang dan ternyata ianya mendapat pujian sekali lagi. Kali ini sungguh bermakna kerana keprofesionalan kami dan kesedapan resepi kami diiktiraf oleh Kumpulan Sunway.

1 Malaysia serbu gerai kambing golek kami, kelam kabut dibuatnya!

tapi kecekapan team kami, membuatkan semua 1 Malaysia berpuas hati!

Untuk tempahan, jangan malu jangan segan untuk hubungi kami, Jariah Agro Farm di talian:

013-2003482 (anas)
016-3415 345 (Haji Ahmad Jamhari)

Monday

Kambing Golek "Take Away"


Bismillah
Assalamualaikum wbt

Seperti yang saya janjikan dalam post sebelum ini, saya akan tunjuk bagaimana kambing golek JAF dapat dinikmati tanpa kami pergi membakar di tempat pelanggan. Kaedah ini mungkin sesuai untuk pelanggan yang mahu membuat majlis di pejabat. Khuatir dengan asap berbau harum yang mengganggu hidung orang-orang lain sehinggakan membuatkan mereka terliur, anda boleh mencuba kaedah ini. Kang kalau mereka dah terliur, dan tidak dijemput bersama (sedangkan anda hanya membuat majlis utk jabatan sendiri tnpa jabatan lain), nnt apa pula kata mereka. hehe...

Untuk hari ini, 19 september 2011, JAF menyediakan 2 ekor kambing untuk Suruhanjaya Sekuriti dan Kementerian Kerja Raya. Siap hantar ke pejabat anda tanpa bayaran tambahan pengangkutan. Dibungkus dengan 2 disposal tray aluminium, 3 bekas sos lada hitam, 3 bekas coleslaw dan 3 bekas salad/ garlic bread. Semuanya disposal ware sbb memudahkan kami dan pihak pelanggan. Ala-ala take away KFC gitu..hehe

walaupun begitu, sekiranya anda mahu untuk kami membakar di pejabat, mungkin blh diadakan di kawasan lapang seperti parking atau kaki lima. Cume asap nya akan membuat orang lain terliur dan menyumpah seranah sekiranya mereka tidak dijemput, hehe


2 tray daging, tulang, 3 bekas coleslaw, 2 bekas sos lada hitam, 3 bekas salad/garlic bread sedia utk dihantar ke tempat pelanggan.


Sekiranya pantri pejabat anda mempunyai mikrowave, adalah baik untuk memanaskannya terlebih dahulu supaya dapat menikmati kehangatan daging kambing yang dicecah dengan sos lada hitam istimewa kami. Untuk tempahan, hubungi kami di talian:

013-2003482 (Anas)
016-3415345 (Haji Ahmad Jamhari)

Kambing golek lagi di Dinihari Dinar Raya



Assalamualaikum

Penganjur Dinihari Dinar sekali lagi menempah kambing golek Jariah Agro Farm untuk sambutan Majlis Raya yang diadakan pada 17 hb september lepas. Kali ini dengan tempahan nasi beriani, ayam masak merah, rendang daging, dalca sayur, acar rampai, papadom, 2 jenis air sejuk, buah dan 2 jenis air panas percuma. Untuk kambing golek, penganjur menempah 3 ekor kambing untuk anggaran 300 tetamu. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar dan kambing habis licin dijamah tetamu. Ada juga menu lain seperti nasi arab, cendol dan western.

sekitar suasana majlis Dinihari Dinar Raya 2011

3 orang team JAF sedang menyiapkan kambing BBQ 3 ekor

diceriakan dengan belon hidrogen warna emas dan perak, meriah sekali!



Apa yang menarik adalah penganjur sekali lagi membayar tempahan diatas dengan transaksi Dinar dan Dirham. Total semua adalah 5 dinar 28 dirham dengan nilaian RM4950 dalam ringgit. Kami di Jariah Agro Farm berbesar hati untuk menerima DnD supaya dapat memartabatkan matawang syariah sunnah. Terima kasih saya ucapkan kepada pihak penganjur seperti Pn Alawiyah, Kak Yusmilawati, Kak Finie, Abg Khalidshah, Sidi Irwan Ambak, Sidi Mazli Alias, En Jamal, Haji Awaluddin dan nama-nama yang tak sempat saya sebutkan. Mereka pendokong dan pengamal muamalah DnD dan tidak mengharapkan pembalasan dunia melainkan di akhirat nnt.

Hasil transaksi di Dinihari Dinar 17 september 2011


Kami di JAF juga sentiasa mendokong dan menerima muamalah dlm DnD sekiranya pelanggan mahu. Aplikasinya mungkin agak sukar dizaman kebiasaan kita menggunakan wang kertas, tetapi dengan penjelasan yang kukuh, dan kefahaman yang semakin hari semakin meluas ini, menidakkan kesukarannya pada masa akan datang. Insyaallah.

syedapnyeerrrr kambing BBQ JAF!

Ada seorang tetamu yang di bawa oleh Sidi Abu Ilkiya menyatakan " Alhamdulillah, luar biasa akh! Pertama kali hadir dalam Dinihari Dinar, dapat pencerahan, silaturrahmi, melihat langsung orang bermuamalah menggunakan dirham, dan yang tidak kalah pentingnya, merasakan BBQ yang barkah ini" Demikian pengakuan saudara Saeful yang Abu Ilkiya bawa menghadiri program Dinihari Dinar semalam. Ya! ianya menjadi barkah apabila akad yang dijalankan adalah berbentuk "tunai" (dinar emas) bukannya "hutang" (wang kertas) disamping menjalankan sunnah dan menegakkan matawang syariah.

Pada keesokkan hari nya, JAF menyediakan catering di Cahaya Alam U12 di Shah Alam dengan kambing aqiqah golek, dan set nasi beriani. Terima kasih pada saudara Uzwan dan Pn Umi kalsom.

Untuk menempah khidmat BBQ dan katering kami, sila hubungi kami JAF di talian:

013-2003482 (Anas)
016-3415345 (Haji Ahmad Jamhari)

"memperkukuh ekonomi ummah, menyusur sunnah Rasulullah"

Thursday

kambing tergolek di HUKM


Bismillah
Assalamualaikum wbt

Kambing tergolek di HUKM? ya, tergolek selepas diletakkan di atas bara api. Kami menyediakan kambing golek a.k.a kambing BBQ di Jabatan Kualiti HUKM pada 14 September (semalam). Terima kasih En Shah, pegawai tadbir dari jabatan kualiti HUKM. Pada mulanya, beliau meminta kami membakar di tingkat 2 (ofis mereka), tapi atas alasan keselamatan, kami membakar di bawah dan membawa daging yang dah siap masak ke atas. Risau gak dgn fire detector dlm ofis tu, kang xpasal2 bomba dtg ingat kebakaran. Walaupun ada tingkap, tapi asap yang dihasilkan tidak dapat dijangka. Nah, masa kami bakar di bawah, berkepul2 asap menjulang ke langit. Nasib baik xbakar di dalam.

daging dihiris nipis sebelum dijamah

Untuk pengetahuan tuan-tuan, tempat yang sesuai untuk membakar kambing golek ini adalah diluar bangunan dan di tempat yang terbuka. Supaya asap tidak mengganggu ketenteraman penghuni bangunan. Sempat saya berjumpa dengan ketua jabatan kualiti Prof Aziah (kalau xsilap saya) dan berborak mengenai akademik (memandangkan saya seorang akademia). Baik dan ramah orangnya, bab makan, beliau xberkira walaupun dgn staf bawahan. Ini contoh yang perlu diikuti.

Seperti biasa, tidak lekang pujian dari pelanggan mengenai kesedapan kambing panggang kami, syukur Alhamdulillah. TERBARU. Saya terpaksa menolak beberapa tempahan kambing bakar dari pelanggan kerana masa yang diminta sudah penuh diisi. Kepada pelanggan tersebut, saya minta maaf dan mohon membuat tempahan lebih awal memandangkan musim rumah terbuka sedang memuncak pada setiap hujung minggu. Tidak mengapa, tahun depan blh hubungi kami lagi untuk tempahan.

Hanya yang terbaik dari Jariah Agro Farm

Pada pejabat-pejabat yang merancang untuk merasai kesedapan kambing golek kami tanpa mempunyai tempat yang sesuai untuk membakar, kami ada cara nya. Kami siap potong kecil2 daging bakar tersebut dan hantar ke rumah/ pejabat siap dengan coleslaw, sos lada hitam dan garlic bread di dalam bekas pakai buang. Isnin ini 19 september saya akan menyediakan 2 ekor kambing bakar menggunakan kaedah ini ke Security Commission yang ditempah oleh Datuk Hani dan Kementerian Kerja Raya. Nantikan kemunculannya, akan saya kongsikan di laman blog ini kemudiannya.

Bagi yang mahu menempah kambing golek kami, tarikh yang available pada bulan September adalah hari bekerja sahaja. Bulan Oktober masih lagi kosong sekiranya mahu membuat jamuan hari raya selepas bulan Syawal. Tak salah kan?

HUBUNGI JARIAH AGRO FARM
013-2003482 (ANAS)
016-3415345 (HAJI AHMAD JAMHARI)

Sunday

Kambing Golek Rumah Terbuka


Bismillah
Assalamualaikum

Minggu ni juga tak lepas dari musim orang membuat rumah terbuka, dan sekali lagi, menu kambing golek JAF juga menjadi menu wajib. Rata-rata orang sekarang ni kalau nk buat rumah terbuka, pasti ada menu ini, seolah sudah menjadi trend dan kewajiban. Minggu ni team saya ke Bukit Jelutong Shah Alam untuk memanggang 2 ekor kambing. Seperti biasa, tidak lekang dari bibir-bibir pelanggan kami yang mengatakan ianya sungguh lazat (sambil menunjukkan tanda bgus dari jauh, hehe). Kami berpuas hati dapat menyediakan hidangan kambing golek yang menyelerakan bagi tekak-tekak pelanggan. Agak meriah juga majlis di bukit jelutong, mungkin kerana tuan rumahnya Dato', ramai lah sahabat handai yang menghadiri, menu seperti lontong, ketupat, rendang, ayam, sate, cendol dan lain-lain sudah menjadi kebiasaan. Begitu juga dengan kambing golek kami.

Kambing golek kami didatangkan sekali dengan coleslaw, garlic bread, mayonis dan sos lada hitam. Sekiranya anda berminat untuk menempah, sila hubungi:

013-2003482 (anas) atau
016-3415345 (Hj Ahmad Jamhari).

Sila klik di SINI untuk keterangan lanjut atau FAQ. Saya sertakan gambar semasa majlis rumah terbuka di Bukit Jelutong.

kelihatan boss besar JAF (tengah) sedang memantau perjalanan sessi membakar kambing
team BBQ JAF bertungkus lumus menyiapkan kambing bakar

Happy Syawal 1432H




Bismillah
Assalamualaikum wbt..

Rasanya tidak terlambat utk saya mengucapkan Happy Eid Mubarak (selamat hari raya aidilfitri) kepada para pelanggan dan pembaca. Semoga ini adalah hari kemenangan setelah tamat kita berpuasa selama sebulan. Raikan kemenangan ini dengan memperbanyakkan takbir, tahmid dan hamdalah serta selawat kepada Rasulullah dan para sahabat. Sesungguhnya ini adalah hari yang ditunggu oleh anak-anak kecil untuk mendapat "duit raya" daripada keluarga dan jiran-jiran. Budaya ziarah menziarahi di bulan eid ini masih lagi dikekalkan di kampung saya, Kg Sg Kandis, Shah Alam. Harapnya ianya juga terjadi di kawasan bandar.

Memandangkan semalam dan hari ini adalah hujung minggu pertama pada bulan syawal ini, kami di Jariah Agro Farm menerima beberapa tempahan kambing bakar. Antaranya di Subang Bestari ditempah oleh En Huzaidy untuk aqiqah anak ketiganya, Muhammad Fikri. Menu nasi beriani dan tambahan daging rusa inisiatif tuan rumah cukup membuatkan para tetamu tersandar kekenyangan. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dengan kehadiran tetamu yang agak ramai. Antara tetamu istimewa bagi saya ialah Mazidul Akmal Sidek, personaliti TV3 yang menjadi salah seorang tetamu tuan rumah, juga merupakan rakan sekolej mereka suatu ketika dahulu. Bro Mazidul juga mengemaskini blognya mengenai majlis berkenaan di sini. Sempat para tetamu bergelak tawa dek ceritera dari Bro Mazidul, agak menarik ceritanya, kisah Penjara pudu yang saya pun tidak tahu.



Alhamdulillah, maklumbalas yang baik diberikan daripada En Huzaidy mengenai service kami membuatkan pamplet kami habis diedarkan untuk recommendation. Kambing bakar kami habis sebelum majlis melabuhkan tirainya, bermaksud ianya enak dimakan mungkin. Setelah siap, kami minta diri dan pada petangnya pula, Jariah Agro Farm ke Putrajaya utk sessi membakar kambing di Presint 11.


saya petik sedikit gambar dari laman blog bro mazidul

Bagi yang berminat untuk mendapatkan kambing panggang dari Jariah Ago Farm, sila hubungi kami di talian 013-2003482 (anas), 016-3415345 (Hj Ahmad Jamhari). Untuk maklumat lanjut, jgn segan utk hubungi kami atau klik sini. Untuk makluman, setiap hari sabtu sepanjang bulan syawal ini, sudah habis ditempah, hanya yang tinggal ialah pada hari Ahad dan weekdays sahaja. sehingga berjumpa lagi, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari kami, Jariah Agro Farm.

regards,
anas alnasrie

Wednesday

Selamat Menyambut Ramadhan Mubarak




Bismillah
Assalamualaikum wbt



Dah berlalu 3 hari umat islam seluruh dunia menyambut kedatangan bulan mulia bulan Ramadhan. Masih berada pada 10 malam terawal yang mana pada 10 hari awalnya adalah rahmat. Jangan kita lepaskan peluang untuk melakukan ibadah sebanyak2nya sementara Allah bagi peluang keemasan ini. Dan jangan pula amalan yg di buat di bulan Ramadhan ini ditinggalkan pada bulan2 seterusnya. Kekal lah dengan amalan, insyallah ada manisnya.

Jariah Agro Farm seperti biasa menjalankan aktiviti harian penternakan dan jualan juga dijalankan seperti biasa, samada jualan ternakan hidup, aqiqah dan susu kambing segar. Cuma yang agak relevan pada masa bulan Ramadhan ini ialah susu kambing. Ini kerana susu kambing meyediakan bekalan protien yang cukup untuk kekal cergas menjalani ibadah puasa di siang hari. Amalkan bersahur dengan susu kambing segar dan kurma, pasti anda rasa segar sepanjang hari.

Bagi pengidap masalah gastrik, masalah anda untuk beribadah puasa kini dapat diselesaikan dengan amalan meminum susu kambing amalan Rasulullah ini. Ini disebabkan oleh susu kambing mampu membentuk satu lapisan protein yang melindungi perut anda dari gejala sakit perut. Jus gaster (asid hidroklorik) yang tentunya bersifat asid dineutralkan oleh susu kambing yang bersifat alkali secara semulajadi. Ini lah kebaikan yang ada pada susu kambing yang menjadi amalan junjungan besar Nabi Muhammad, kerana setiap yang dilakukan oleh baginda, pasti ada kebaikan dan ganjaran yang mungkin kita tidak dapat memikirkan secara kasar.



Bagi anak-anak yang mahu belajar berpuasa pada tahun ini, saya sarankan ibubapa untuk memberi anak-anak anda susu kambing supaya mereka yang kita sayangi ini dapat menjalankan latihan puasa dengan baik. Harapan kita adalah untuk tidak mendengar anak-anak kita merungut kelaparan dan keletihan. Insyallah dengan ikhtiar mengkonsumsi susu kambing, anda akan menjalani puasa dengan cergas dengan hari2 yang ceria. Juga, insyallah jika diniatkan menghidupkan sunnah dengan meminum susu kambing, akan digandakan pahalanya pada bulan mulia ini.




Bagi ibu-ibu yang mengandung, ibu-ibu yang selesai melahirkan anak, ini lah masanya untuk anda mengamalkan susu kambing kerana ianya memberi antibodi kepada anak secara langsung melalui breastfeeding dan ianya mudah dicernakan. Ini kerana molekul susu kambing adalah lebih kecil dan simple berbanding susu lembu atau susu formula. Oleh kerana molekul yang kecil dan simple, ianya mudah diuraikan di dalam perut selepas berinteraksi dengan enzim. Susu kambing juga dapat mengelakkan anak yang baru lahir daripada menghidap demam kuning. Bak kata pepatah, "mencegah lebih baik dari merawat". Alhamdulillah, sejarah family saya, tiada kes kuning kerana kami telah mengamalkan minum susu kambing dari awal lagi.

Apa tunggu lagi, hubungi kami untuk mendapatkan bekalan susu segar dari ladang dengan harga RM5 untuk 250ml. Bekalan boleh didapati alamat kami Jariah Agro Farm, Kg Sg Kandis (klik menu lokasi) atau hubungi kami di talian :

013-2003482 (Anas) atau
016-3415 345 (Haji Ahmad Jamhari).

Di kesempatan ini, JAF mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada muslimin dan muslimat. Semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramdhan yang terbaik utk kita mendekatkan diri kepada Sang Pencipta

Newer Posts Older Posts Home