Monday
Assalamualaikum wbt...
Syukur alhamdulillah kepada empunya alam, kerana JAF dapat bermuamalah sekali lagi dalam matawang syariah dinar dan dirham. Ianya berlaku pada 21 Mei 2011 yang lepas di Masjid Umar Al-Khatab Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Saudara Mazli Alias selaku organizer dan aktivis Group Dinar dan Dirham (DnD) telah menempah seekor kambing BBQ untuk jamuan selepas sessi ceramah DnD. Dimaklumkan ini adalah sumbangan infak dari para aktivis DnD yang budiman, semoga Allah merahmati dan memberkati kalian. Dengan harga 30 dirham, para tetamu nyata puas dan memberi maklumbalas yang baik kepada JAF. Alhamdulillah wa syukrillah! Ternyata ada juga yang tidak sempat utk merasa BBQ kami sehingga kan tulang juga di jamahnya. Tidak mengapa tuan-tuan, lain kali ada lagi. =)
JAF juga membuka gerai menjual susu kambing segar dengan harga 1 dirham untuk 6 botol 250 ml dan seperti yang dijangka, susu kambing habis dijual kerana saya percaya bahawa sahabat-sahabat dari DnD mengetahui khasiat yang telah menjadi amalan Rasulullah kita ini. JAF mengucapkan jutaan terima kasih kepada pembeli yang menyokong urusniaga DnD yang penuh barakah ini.
Terdahulu, saya dijemput oleh pihak penganjur untuk memberi ucapan ringkas mengenai DnD dan mengapa saya menerima Dinar dan Dirham. Ditemani ayah tercinta di atas pentas, saya nyatakan bahawa JAF optimis dengan apa yang Rasulullah sebutkan dalam hadis sahih Baginda.
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda:
"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)". Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.
Hatta tertubuhnya JAF ini adalah juga kerana kami optimis dengan hadis Rasulullah, Dari Abu Said Al-Khudri r.a. dia berkata : Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda makdsudnya:
"Akan datang kepada manusia di satu zaman di mana harta terbaik yang pernah dimiliki oleh seorang muslim adalah kambing. Dia membawa kambingnya menyusur puncak-puncak bukit dan tempat-tempat turunnya hujan, untuk menjauhkan agamanya dari fitnah." (Hadis Riwayat Al-Bukhari).
Juga saya menyatakan bahawa tarbiyah pertama yang diberi kepada nabi-nabiNya adalah menternak kambing, jadi JAF ingin menyingkap apakah maksud dan tarbiyah yang Allah telah maksudkan itu. Sesuai dengan 'tagline' JAF, "memperkukuh ekonomi ummah, menyusur sunnah Rasulullah", JAF kearah keberkatan dan keredhaan Allah dalam perniagaan. Alhamdulillah ucapan saya di beri beberapa kali tepukan tanda menyokong kenyataan saya. Tiada yang lebih indah selain kemanisan berukhwah dengan sahabat-sahabat DnD.
Program di Masjid Umar Al-Khatab ditemani oleh ayah saya dan dua pelajar praktikal dari Kolej Pertanian Malaysia. Dianggarkan 40minit sahaja diperlukan untuk menghabiskan seekor kambing panggang yang kami sediakan. Sessi pembayaran di wakili oleh En Alterchronic kepada Pengurus JAF, ayah saya dengan 30 dirham tunai. Majlis selesai setelah solat zuhur berjamaah.
Saya sertakan gambar utk tatapan tuan/puan.
Wakil JAF (saudara Anas) memberi ucapan kepada pendengar
upacara penyerahan/ pembayaran/ mualamah/ transaksi 30 dirham kepada pengurus JAF (Haji Ahmad Jamhari)
Hidangan BBQ kami!
Sunday
Transaksi pertama JAF dalam Dinar dan Dirham
Assalamualaikum wbt,
14 mei 2011 merupakan sejarah bagi jual beli di JAF kerana kami menerima matawang syariah dinar dan dirham. Kejadian berlaku di Bukit Damansara selepas perjumpaan seminar Dinihari Dinar di rumah Haji Awaludin. Kami sungguh teruja ada sekumpulan manusia yang memperjuangkan matawang syariah ini biarpun masa dan keringat mereka dikorbankan. Semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah dalam urusan muamalah seharian. Matawang syariah ini mengekalkan kuasa membeli di kalangan pengguna, yang semestinya kuasa tersebut di Malaysia ini semakin berkurangan. TERBARU, harga gula sudah naik 20sen, ini sangat membebankan pengguna. Jadi, kami di JAF menyokong matawang syariah ini dan menggalakkan pelanggan kami mengunakan dinar dan dirham sebagai transaksi. Ianya sangat menguntungkan kedua-dua belah pihak!
Dengan jualan permulaan susu kambing set 6 botol berharga 1 dirham, kami berjaya jual 18 botol dalam masa yang sangat singkat, terlalu singkat! itu pun majlis dah hbs dan saya terpaksa balik ke KL (saya dtg lambat sebenarnya ke majlis tersebut). Alhamdulillah, saya harap ini adalah permulaan yang baik bagi JAF mengorak langkah dengan lebih jauh.
untuk tempahan susu kambing area KL, Damansara, Bangsar, Petaling Jaya, Shah Alam sila hubungi Anas di talian 013-2003482. Urusan penghantaran boleh diuruskan secara percuma dengan pembelian minimum 2 set susu kambing (12 botol)- untuk pembelian dirham KGT sahaja. Untuk cash money, minimum 10 botol untuk dapatkan penghantaran percuma mengikut temujanji (isnin sahaja)
Jangan lupa hubungi Anas 013-2003482 untuk mengalami anjakan khasiat susu kambing sunnah Rasulullah!
"memperkukuh ekonomi ummah, menyusur sunnah Rasulullah"
Best Regards,
Anas Alnasrie
Posted by Jariah Agro Farm at 7:55 AM 0 comments
Labels: dinar, dirham, kesihatan, perkhidmatan, produk, susu kambing
Saturday
Kambing kasi (gelded goat) boleh buat aqiqah?
Assalamualaikum wbt..
Ada sesetengah masyarakat masih tidak jelas lagi tentang status kambing yang di kasi (dibuang testis) untuk digunakan sebagai kambing aqiqah. Alasannya, kerana kambing tersebut cacat. Disini saya ada sertakan scan surat yang dikeluarkan oleh JAKIM pada 2008 yang mengatakan kambing yang di kasi untuk Aqiqah dan Qurban adalah sah.
Pada pendapat saya, kenapa ianya sah digunakan sebagai Aqiqah adalah kerana syarat aqiqah adalah memerlukan kambing yang sihat dan gemuk. Sekiranya kasi menyebabkan ianya gemuk dan banyak daging, maka ianya diharuskan. Kita mengambil contoh sekiranya kambing tersebut sihat dan mempunyai banyak daging, sedekah yang dibuat boleh lebih berpanjangan kepada orang lain. Dan sekiranya kambing tersebut kurus dan tiada daging, maka, pahala sedekah nya tidak berpanjangan.
Maka, semua para pelanggan JAF, jangan khuatir untuk menjalankan aqiqah dengan kambing yang di kasi. Ianya sah.
Harga aqiqah terkini (boer) RM650-RM700 (berat 33kg keatas)
hubungi Anas 013-2003482
Ahmad Jamhari 016-3415 345
"memperkukuh ekonomi ummah, menyusur sunnah Rasulullah"
Best Regards,
Anas Alnasrie
Posted by Jariah Agro Farm at 11:46 PM 0 comments
Monday
Transaksi jual beli di JAF kini dengan Dinar dan Dirham!
Assalamualaikum wbt..
dinar emas
Sebenarnya saya dah lama sedia maklum mengenai urus niaga dalam matawang syariah ini, tapi kepopularan matawang ini dahulunya tidak dicanang-canangkan dan tiada urusniaga yang menggunakan matawang ini, Saya juga berfikir, kalau kita xmulakan nya dulu, siapa lagi? Maka, dengan inisiatif mengembangkan urusniaga matawang syariah, kami di JAF menerima transaksi jual beli dengan Dinar dan Dirham. Satu evolusi peniagaan dari JAF.
Sebetulnya, inisiatif ini bermula apabila semalam saya terjumpa satu laman facebook Dinar dan Dirham dan juga teringat pada ucapan YB Dato' Paduka Husam Musa, YB Salor yang mengatakan matawang Dinar adalah sangat stabil dengan beliau mengambil contoh jualbeli kambing pada zaman rasulullah, adalah dengan harga 1 dinar. Ternyata, jika dinilai kan dengan nilai emas sekarang, ianya menyamai dengan harga kambing sekarang. Bayangkan, harga kambing pada zaman Rasulullah yang lebih 1400 tahun dahulu adalah tidak berbeza dengan harga kambing pada masa sekarang. Subhanallah!
Jadi, untuk itu, buat para pelanggan yang mahukan aqiqah, khidmat masak, susu kambing segar, khidmat BBQ, daging kambing, kami alu-alukan sekiranya dengan transaksi Dinar dan Dirham!
Harga kambing aqiqah = 1 Dinar
Susu kambing 250ml (6botol) = 1 Dirham
khidmat BBQ = 17 Dirham
daging kambing ( 1 kilo ) = 1 Dirham
Memperkukuh ekonomi ummah, menyusur sunnah Rasulullah
Regards,
Anas Alnasrie
Posted by Jariah Agro Farm at 4:40 PM 0 comments
Sunday
Cuti sekolah dan Aqiqah
Bismillah..
Assalamualaikum wbt,Cuti sekolah akan tiba tak lama lagi, dah tentu yang paling gembira adalah murid2 sekolah. Dan kebiasaannya, cuti sekolah ini lah ramai ibu bapa mengambil kesempatan untuk menjalankan ibadah aqiqah berserta kenduri untuk anaknya. Mungkin masa kelahiran tiada masa utk uruskan aqiqah anak mereka. Jangan risau dan bimbang, Jariah Agro Farm sedia memberi khidmat terbaik untuk para pelanggan kami, tuan-tuan tak perlu mempunyai masa yang banyak untuk menguruskan ibadah ini, hanya perlu sedikit masa untuk call Jariah Agro Farm dan kami akan uruskan semuanya! dari pemilihan kambing, sembelih, lapah, masak dan sedekah ke anak yatim. Insyallah tiada halangan untuk JAF membantu tuan-tuan menjalankan ibadah ini.
Sempena cuti sekolah yang bakal menjelma bulan depan, Jariah Agro Farm mempnyai stok kambing aqiqah di ladang kami untuk tuan-tuan. Harga adalah dari RM600 hingga RM700. Upah semebelih dan lapah hanya Rm50/ekor. Pakej masakan bergantung pada jenis masakan. Pakej BBQ juga disediakan (hubungi kami untuk keterangan lanjut).
Perkhidmatan penghantaran ke tumah tuan juga disediakan dengan caj minimum (20km radius). Untuk warga Shah Alam, Puchong, Klang, Subang Jaya, Damansara, jangan lepaskan peluang ini utk menjalankan ibadah aqiqah bersama Jariah Agro Farm!
Posted by Jariah Agro Farm at 1:02 AM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)