Wednesday

BBQ di Masjid Al-Hasanah Bangi sempena Dinihari Dinar



Bismillah..
Assalamualaikum wbt..

25 June 2011, Sabtu menyaksikan sekali lagi pihak penganjur Dinihari Dinar menempah BBQ kambing golek dari Jariah Agro Farm untuk menjamu para tetamu program di Masjid Al-Hasanah Bangi. Ianya di bayar dengan matawang syariah Dinar dan Dirham, sebanyak 1/2 dinar KGT dan 18 dirham KGT. Juga ianya hasil infak para tetamu dan pihak penganjur, semoga Allah murahkan rezeki kalian. Oleh kerana pada sessi lepas, ramai yang tidak dapat merasa keenakan BBQ kami, kali ini, saya datangkan kambing yang lebih besar hampir 19 kilo untuk tetamu Dinihari Dinar. ALhamdulillah, semua tetamu dan pihak penganjur dapat makan dengan puas. Kali ini, JAF menawarkan promosi tambahan menu garlic bread dan mushroom cream soup dengan tambahan bayaran RM100. Promosi ini akan berlanjutan sehingga akhir tahun 2011 yang mana selepas ini caj menu garlic bread dan mushroom soup adalah RM150. Jadi, cepat hubungi kami untuk menempah perkhimatan BBQ di rumah anda sementara promosi masih ada.

Berbalik pada BBQ di Masjid AL-Hasanah, JAF berpuas hati kerana SEMUA tetamu menyatakan feedback yang baik terhadap perkhidmatan yang JAF sediakan, semua dapat makan, bahkan berlebih dan dibungkus oleh para tetamu. ALhamdulillah! licin, sehinggakan tulang pun mereka bawa balik utk dimasak sup tulang. Untuk pengetahuan tuan-tuan, selepas kami menghidangkan daging kambing BBQ, tulang-tulang yang masih tertinggal masih boleh dimasak sup kerana masih ada saki baki daging yang tak dapat dikeluarkan. Kebiasaannya, tulang tersebut diberi kepada tuan rumah utk diuruskan (dimasak sup). Rasa sungguh lazat, kerana rempah kami masih ada pada daging tersebut.


Majlis tersebut selesai pada waktu zuhur dan transaksi disempurnakan oleh sidi Irwan Ambak kepada saudara Anas dengan bayaran seperti disebutkan di atas.


Perkhimatan JAF mencakupi seluruh kawasan lembah kelang tanpa sebarang caj pengangkutan. JAF menjamin keenakan BBQ yang kami sediakan. Ini kerana kebanyakkan testimonial pelanggan kami meceritakan segalanya. Pakej BBQ kami sediakan adalah seekor kambing, blackpepper sauce, mint sauce, mayonis, salad dan 2 orang pelayan, kami juga membawa bersama stall pemanggang, pinggan polistrin, meja dan tray untuk memudahkan tuan rumah.

Kenapa JAF menerima Dinar Dirham dalam urusniaga?

Saya selalu ditujukan soalan ini daripada pelanggan saya, apa yang saya katakan ialah, dinar dan dirham adalah matawang syariah yang bebas dari spekulasi dan amalan riba. Matawang ini stabil dan dapat mengelakkan krisis inflasi. JAF mengambil tindakan ini adalah kerana berpandangan jauh supaya dapat mempersiapkan diri di kala kesempitan akibat krisis inflasi. Harga emas (dinar) juga meningkat saban tahun menyebabkan keputusan ini adalah yang terbaik kami lakukan. Selain itu, JAF juga merasakan bahawa urusniaga menggunakan Dinar Dirham ini adalah amalan sunnah Rasulullah, sama seperti membela kambing, pasti ada hikmahnya sekiranya melaksanakan apa yang Rasulullah lakukan. Menternak kambing merupakan tarbiyah Rasulullah, berniaga sunnah Rasulullah, urusniaga menggunakan Dinar Dirham juga sunnah Rasulullah, apa yang kami lihat adalah keberkatan dalam urusniaga sejajar dengan mengamalkan sunnah Rasulullah. Ini adalah selari dengan tagline JAF iaitu " memperkukuh ekonomi ummah, menyusur sunnah Rasulullah"

Sehingga berjumpa lagi,

Best regards,
Anas Alnasrie

Monday

Sambutan Isra' dan Mikraj dan "saya xmkn kambing"

Bismillah..

Assalamualaikum wbt..

Di tempat saya, iaitu Kg Sg Kandis telah mengadakan majlis isra' dan mikraj pada malam tadi, 26 June 2011. Ianya diisi dengan majlis ilmu dari selepas magrib sehingga lajak waktu isyak. Ustaz yang memberi ceramah juga cukup menarik dengan susunan ayat dan bijak mengambil perhatian pendengar. Tak hairan lah ianya mampu menarik jemaah seramai 200 orang pada mlm tersebut. Selepas itu, ada sedikit jamuan yang disediakan oleh pihak masjid.

Apa yang menarik yang saya nk kongsikan disini ialah kesemua masakan dan lauk tersebut bukan dimasak oleh pihak masjid. Tetapi ianya adalah hasil masakan dari Jariah Agro Farm. Menu yang disediakan adalah nasi putih, sayur campur, tempe goreng, ikan bulu ayam, kari daging kambing dan daging kambing masak rendang palembang, yang mana rendang ini merupakan menu istimewa dari Jariah Agro Farm.

Sebanyak 2 ekor kambing di tumbangkan. Daging kambing yang dimasak adalah hasil daging aqiqah atas nama makcik saya (meninggal selepas lahir) seekor dan seekor lagi adalah hasil infak salah seorang jemaah masjid. Semoga Allah merahmati beliau. Rata-rata jemaah yang tidak makan daging kambing, mula belajar makan daging kambing kerana daging yang JAF masak tiada bau kambing langsung, terutamanya rendang palembang.

Ramai orang mengatakan bahawa daging kambing yang berbau adalah disebabkan oleh si penyembelih. Sesetengah orang juga mengatakan si pemasak tidak pandai masak. Untuk pengetahuan tuan-puan para pembaca sekalian, kambing-kambing JAF hanya disembelih oleh saya sendiri dan dimasak oleh ibu saya sendiri.

Petua? untuk saya yang menyembelih, tiada petua khsusus, saya hanya sembelih atas nama Allah dan niatkan pada si penama aqiqah, itu sahaja. Bagi ibu saya yang memasak rendang palembang, juga tiada petua, kerana dah tentu ibu saya masak sedap, dipuji ramai. Mana tidaknya, kalau masakan tak sedap, mana blh buat perniagaan katering. (Ibu saya mempunyai syarikat katering dengan pengalaman masak hampir 17 tahun). Apa yang kami boleh kata, hanya pujian kepada Allah kerana perkhidmatan yang kami sediakan memuaskan hati semua pelanggan kami. Tiada bau kambing pada produk kami.

Baru-baru ini juga, JAF ada menerima tempahan BBQ kambing di Masjid Al-Hasanah Bangi. Ada seorang kakak yang mengatakan dia tak makan kambing kerana baunya tidak tahan. Maka, saya menyuruh dia mencuba secubit daging BBQ yang kami panggang untuk rasa. Dengan rasa takut, die mencuba dan alhamdulillah, selepas itu, die terus ambil pinggan dan makan seperti orang biasa. Dia kata " daging tak berbau langsung!, rempah yang enak dan membuatkan seperti saya mahu tambah lagi". Rugi betul tak makan awal2...."

Apa yang ditekankan disini ialah, kambing (produk) yang keluar dari Jariah Agro Farm, kami pastikan ianya memenuhi citarasa pelanggan dan memuaskan hati pelanggan. Kalau nk cuba, tempah lah kambing dari kami dan biar kami masak samada BBQ, rendang palembang atau kari/kurma. Kami sedia membantu anda mendapatkan yang terbaik untuk majlis anda. Dengan upah serendah RM250 anda mampu memperolehi rasa rendang palembang yang enak, kari/kurma yang menyelerakan dan RM500 untuk BBQ siap di rumah anda (Harga kambing adalah berasingan).

Sempena bulan Rejab ini dan Syaaban yang bakal menyusul, Jariah Agro Farm mempunyai stok kambing Aqiqah yang sedia untuk dipotong dan bagus untuk sedekah kan pada masyarakat, jamu jemaah masjid dan anak yatim. Dengan harga serendah RM700 seekor kambing, anda layak mendapat kambing cukup umur, sihat tubuh badan, tiada penyakit, gemuk dan berat 40kg (berat hidup). Cepat, sebelum stok kambing aqiqah yang besar2 disambar orang.

Hubungi Jariah Agro Farm di talian:
016-3415 345 Haji Ahmad Jamhari
013-2003482 Anas

"memperkukuh ekonomi ummah, menyusur sunnah Rasulullah"
Anas Alnasrie

Tuesday

Bengkel Pemprosesan Baja

Bismillah..
Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah sekali lagi Jariah Agro Farm membuat pembaharuan dalam industri ternakan iaitu pemprosesan baja organik. Memandangkan ianya satu industri hiliran yang agak menguntungkan, JAF bertindak untuk mencuba dalam pemprosesan baja organik. Pembinaan bangsal pemprosesan baja organik ini dimulakan pada 20 Mei 2011 dan siap sepenuhnya pada 18 June 2011. Tapak bangsal ini adalah tapak cadangan pembesaran kandang yang bakal dibangunkan pada tahun 2012, tapi oleh kerana bangsal baja organik lebih memerlukan kawasan, adalah lebih baik mengutamakan bangsal pemprosesan baja organik yang dapat menjana pendapatan JAF.

Baja organik yang dikeluarkan oleh JAF adalah 100% organik, tiada campuran bahan kimia sintetik, malah ditambah dengan bakteria baik untuk proses penguraian mineral dalam tanah dengan lebih efektif. Kapur pertanian (CaCl2) juga ditambah bagi meneutralkan tanah yang berasid dan menambahkan lagi mineral dalam baja organik kami. Campuran habuk kayu dicampurkan sedikit sebagai medium pengudaraan dan mengekalkan kelembaban tanah. Tanah yang dibaja oleh baja organik ini akan sentiasa kaya dengan mineral dan amat subur. Ianya menghidupkan semula biologi tanah, mempertingkatkan hasil tanaman, memperbaiki struktur tanah dalam keadaan asal dan yang paling penting adalah ianya tanamannya sangat selamat dimakan tanpa kehadiran bahan kimia. Antara kandungan nutrien/unsur dalam baja organik adalah:

1. Nitrogen (N) >1.8%
2. Pottasium (P) >1.89%
3. Kalium (K) > 1.96%
4. Kalsium (Ca) >2.96%
5. Magnesium (Mg) > 0.70%

Kaedah menggunakan baja organik adalah:

1. Tanaman pasu: 50-100gram setiap pasu bergantung pada saiz pasu dan jenis tanaman.
2. Kelapa sawit, getah dan buah-buahan: 2.5 - 5 kg pada akar, 2 kali setahun.
3. Jagung, kacang tanah dan sayuran: 2 - 2.5 tan / hektar disekeliling tanaman.
4. Tanaman padi : 1 - 2 tan per hektar

Kenapa anda perlu beralih dari baja kimia ke baja organik?antara kebaikan baja organik adalah seperti dibawah:

1. Memeperbaiki struktur tanah dan pH tanah.
2. Meningkatkan mikroorganima tanah
3. Menyuburkan tanah secara semulajadi
4. Mengurangkan serangan hama dan penyakit
5. Sesuai dengan semua jenis tanaman samada tanaman jangka pendek atau panjang
6. boleh menggantikan atau mengefektifkan baja kimia
7. Bebas dari benih rumput dan tanaman liar
8. Bebas dari patogen, parasit dan phytotoxin
9. Tidak berbau dan mudah digunakan
10. Meningkatkan hasil tanaman 10 - 30%
11. Meningkatkan daya tahan tanah terhadap hakisan
12. Berfungsi sebagai 'growth stimulant' dan ' soil conditioner'

Baja organik JAF dijual runcit dalam bungkusan 1kg dengan harga RM5 dan pembelian 3kg dengan harga RM12. Bagi jualan borong pula, baja organik JAF dijual pada harga RM30 bagi setiap guni berat 10-12kg. Bagi pembelian seberat 1 tan keatas, sila hubungi kami untuk mendapatkan harga terbaik. Dapatkan baja organik untuk kesihatan jangkamasa panjang.

Dibawah adalah sedikit gambar perjalanan pembinaan bangsal baja organik Jariah Agro Farm dari awal pembinaan sehingga akhir.







"memperkukuh ekonomi ummah, mneyusur sunnah Rasulullah"
Anas Alnasrie

Monday

Signboard ke JAF


Bismillah..
Assalamualaikum wbt

Jariah Agro Farm merasakan perlunya ada papan tanda bagi memudahkan para pelanggan untuk datang ke ladang. Maka, pada 1 June 2011, papan tanda telah dinaikkan di 3 tempat strategik iaitu di persimpangan Masjid Dato Dagang, persimpangan Kg Sg Kandis dan di hadapan office JAF. JAF bernasib baik kerana persimpangan Masjid Dato Dagang, Kg Jawa adalah tanah milik family kami, jadi ianya memudahkan urusan kerana Pihak Berkuasa Tempatan tidak berhal mengganggu papan tanda kami.

Ianya sebenar bermula dengan draf design oleh saudara Anas, dimajukan ke pengurus JAF untuk endorsement. Setelah semuanya lancar, papan tanda ditempah dengan kos bawah RM1k untuk ketiga-tiga papan tanda tersebut. Pada 1 June 2011, sempena cuti sekolah, saudara Anas, bersama adiknya Arif dan pelajar praktikal Salim menjalankan aktiviti menanam papan tanda. Ianya agak mencabar kerana perlu menebuk lantai konkrit setebal 10cm. Semuanya berjalan lancar sehingga ke petang.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, setelah papan tanda ini dipasang, hasil jualan JAF semakin meningkat, ini juga adalah salah satu pencapaian yang positif bagi pihak JAF. Semoga bertambah lagi rezeki JAF dalam bidang penternakan ini. Sebetulnya, JAF menjalankan satu tanggungjawab fardhu kifayah menyediakan masyarakat sekeliling untuk ibadah Aqiqah. Ibadah aqiqah yang dibekalkan oleh syarikat melayu muslim. JAF sentiasa berfikir untuk mempelbagaikan kaedah pemasaran demi untuk perniagaan sunnah ini.

Sebelum papan tanda sipasang


korek2....jgn xkorek


Pemasangan papan tanda JAF dipersimpangan Kg Jawa

Pemasangan papan tanda di depan ofis JAF


memperkukuh ekonomi ummah, menyusur sunnah Rasulullah
Anas Alnasrie

Friday

Pelajar Praktikal dari Kolej Pertanian


Bismillah..
Assalamualaikum wbt..

Jariah Agro Farm sudah menerima pelajar praktikal dari Kolej Pertanian Malaysia selama 2 bulan, ada lagi sebulan untuk pelajar tersebut menghabiskan masa praktikal di JAF dan pulang dengan keputusan cemerlang. JAF amat berbesar hati dan mengalu-alukan mana-mana pelajar yang mahu praktikal di JAF dengan niat mengalami sendiri kehidupan harian sebagai seorang penternak. Terdahulu kami menerima 6 orang pelajar dari UUM dan kini hanya 1 orang sahaja dari KPM. Alhamdulillah, pencapaian yang sungguh memberansangkan, pertukaran ilmu antara kami dan pelajar berkenaan dapat dimanfaatkan kemudian hari.

Rutin harian seperti bagi makan pagi, potong rumput, bersihkan kandang, cuci lantai tinja, membuat silaj, penyelenggaraan jentera, tanam rumput, membaja, bagi makan petang, rawatan kesihatan dilalui dengan tabah selain kerja-kerja tambahan seperti memproses baja organik, mempromosi hasil ladang, menjual hasil ladang dan pemasaran. Sedikit sebanyak dapat menaiktaraf JAF dan membantu kerja-kerja ladang.

Pelajar juga dapat membina keyakinan diri dalam bidang ini yang mana banyak lagi perlu diterokai untuk menjadikan pertanian sebagai salah satu cabang perniagaan. JAF berterima kasih kepada pelajar berkenaan dan KPM kerana sudi menghantar pelajar ke JAF.

aktiviti mempromosi hasil ladang

bersih tol kalau cuci hari-hari

rawatan kesihatan


Disamping itu, jualan aqiqah diteruskan sempena musim cuti sekolah ini dengan harga dari RM650- RM750. JAF juga sedia menyediakan perkhidmatan memasak catering dan BBQ kambing sekiranya mahu. Jualan susu kambing juga diteruskan meskipun khidmat delivery susu kami setakat ini dihentikan buat sementara waktu.

BIRI-BIRI AQIQAH

KAMBING AQIQAH


Stok aqiqah sentiasa ada, hubungi kami sekarang untuk tempahan. Hadiah misteri menanti anda setiap kali transaksi aqiqah dengan JAF.

Hubungi 013-2003482 atau 016-3415345

Regards,
Memperkukuh ekonomi ummah, menyusur sunnah Rasulullah
Anas Alnasrie

Newer Posts Older Posts Home