Saturday

Bukti Kuasa Beli Emas (Dinar) & Perak (Dirham) kalis inflasi dari Al-Quran dan Hadis

Bismillah

Assalamualaikum wbt

Salam sejahtera pembaca sekalian,

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana kita telah di panjangkan usia dan diperkenankan olehNya untuk menimba satu lagi ilmu pengetahuan yang baru dalam mendekatkan diri kita denganNya.

Di dalam saya membuat kajian tentang kelebihan emas dan perak, terdetik di dalam diri saya, apa jua yang berlaku di dalam kehidupan manusia baik dari segi hukum agama serta muamalah semestinya telah diceritakan di dalam Al-Quran dan hadis.



Mungkin di antara kita masih tertanya-tanya adakah wujud wang atau instrumen perantaraan di zaman moden ini yang langsung tidak terpengaruh dengan inflasi.

Jawapannya: “Ada! Iaitu wang yang mempunyai nilai instrinsiknya yang sama nilai dengan nominal iaitu dalam bentuk emas dan perak ataupun disebut dinar dan dirham.”

Kemudian mungkin di antara anda bertanya lagi, wujudkah perkara ini terjadi sepanjang kehidupan manusia di muka bumi ini? Benarkah emas dan perak kalis inflasi atau kuasa belinya stabil sepanjang zaman?”

Untuk menjawab perkara ini saya akan jelaskan sebaik yang mungkin. Insya Allah..

Saya telah teringat kepada kisah ashabul kahfi yang pernah diceritakan dalam ceramah agama di masjid iaitu kisah sekumpulan lelaki yang ditidurkan oleh Allah SWT yang dalam sesetengah riwayat mereka ini telah ditidurkan selama 309 tahun.

Mereka telah di bangkitkan dari tidur dan berlaku beberapa kisah untuk membuka pintu gua tersebut.

Dalam surat al-Kahfi, Allah SWT menceritakan tiga kisah masa lalu, iaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah pertemuan Nabi Musa a.s dan Nabi Khidir a.s serta kisah Dzulqarnain. Kisah Ashabul Kahfi mendapat perhatian lebih dengan digunakan sebagai nama surah dimana terdapat tiga kisah tersebut.
Hal ini sudah tentu bukan kebetulan semata-mata, tetapi kerana kisah Ashabul Kahfi, seperti juga kisah lain di dalam al-Quran bukan merupakan kisah semata, tapi juga terdapat banyak pelajaran (ibrah atau guide) didalamnya.

Ashabul Kahfi adalah nama sekelompok orang beriman yang hidup pada masa Raja Diqyanus di Romawi, beberapa ratus tahun sebelum diutusnya nabi Isa as. Mereka hidup ditengah masyarakat penyembah berhala dengan seorang raja yang dzalim.

Ketika sang raja mengetahui ada sekelompok orang yang tidak menyembah berhala, maka sang raja marah lalu memanggil mereka dan memerintahkan mereka untuk mengikuti kepercayaan sang raja.

Tapi Ashabul Kahfi menolak dan lari, dikejarlah mereka untuk dibunuh. Ketika mereka lari dari kepungan pasukan raja, sampailah mereka di mulut sebuah gua yang kemudian dipakai tempat persembunyian.

Dengan izin Allah mereka kemudian ditidurkan selama 309 tahun di dalam gua, dan dibangkitkan kembali ketika masyarakat dan raja mereka sudah berganti menjadi masyarakat dan raja yang beriman kepada Allah SWT.

(Ibnu Katsir; Tafsir al-Quran al-’Adzim; jilid:3 ; hal.67-71).

Di pendekkan cerita salah seorang daripada mereka bernama Tamlikha di utus ke pasar untuk membeli makanan dan sebagainya (walhal mereka tidak sedar yang mereka telah hidup di zaman yang berbeza). Dengan beberapa kepingan dinar dan dirham di tangan beliau pergi ke pasar.

Melihatkan suasana kota yang begitu berbeza/asing untuknya beliau menjadi kehairanan. Apabila sampai ke gerai roti berlaku dialog antaranya dengan penjual roti tersebut,

“Hai tukang roti, apakah nama kota ini?”

“Aphesus,” sahut penjual roti itu.

“Siapakah nama raja kalian?” tanya Tamlikha lagi. “Abdurrahman,” jawab penjual roti.

“Kalau yang kau katakan itu benar,” kata Tamlikha, “urusanku ini sungguh aneh sekali! Ambillah wang ini dan berilah makanan kepadaku!”

Melihat wang dinar itu, penjual roti kehairanan disebabkan wang yang dibawa Tamlikha itu adalah wang zaman lampau yang ukurannya lebih besar dan lebih berat.

Pendeta Yahudi yang bertanya itu kemudian berdiri lagi, lalu berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali, kalau benar-benar engkau mengetahui, cuba terangkan kepadaku berapa nilai wang dinar lama itu dibanding dengan wang baru!”

Imam Ali menerangkan:

“Kekasihku Muhammad Rasul Allah s.a.w. menceritakan kepadaku, bahwa wang yang dibawa oleh Tamlikha dibanding dengan wang baru, ialah setiap dirham lama bersamaan dengan sepuluh dan dua pertiga dirham baru!” (10 kali ganda)

Saidina Ali kemudian melanjutkan ceritanya: Penjual Roti lalu berkata kepada Tamlikha: “Aduhai, alangkah beruntungnya aku! Rupanya engkau baru menemukan harta karun! Berikan sisa wang itu kepadaku! Kalau tidak, engkau akan ku hadapkan kepada raja!”

“Aku tidak menjumpai harta karun,” jawab Tamlikha. “Wang ini ku dapat tiga hari yang lalu hasil dari hasil penjualan buah kurma berharga tiga dirham! Aku kemudian meninggalkan kota kerana orang-orang semuanya menyembah berhala Diqyanius!”

Penjual roti itu marah. Lalu berkata: “Apakah setelah engkau menemukan harta karun masih juga tidak rela menyerahkan sisa wangmu itu kepadaku?

Lagi pula engkau telah menyebut-nyebut seorang raja durhaka yang mengaku diri sebagai tuhan, padahal raja itu sudah mati lebih dari 300 tahun yang silam! Apakah dengan begitu engkau hendak memperolok-olok aku?”

Dan seterusnya…. (Boleh dibaca di sini: Saidina Ali menceritakan Ashabul Kahfi)


VERSI DARI AL-QURAN

Firman Allah SWT

Dan demikianlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: “Berapa lama kamu tidur?” (sebahagian dari) mereka menjawab: “Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari”. (Sebahagian lagi dari) mereka berkata: “Tuhan kamu lebih menengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak (dirham) kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu.


Ayat tersebut di atas menerangkan bahawa mereka meminta salah seorang rakannya untuk membeli makanan di kota dengan wang peraknya. Tidak dijelaskan jumlahnya, tetapi yang jelas wang perak (dirham).

Kalau kita mengandaikan para pemuda tersebut membawa 2-3 keping wang perak saja, maka nilai pertukarannya ke nilai Ringgit Malaysia (RM) sekarang akan sekitar RM75.00. (sumber World Islamic Mint)

Dengan wang perak yang sama sekarang (1 Dirham sekarang sekitar RM25.00) kita dapat membeli makanan untuk beberapa orang. Jadi setelah lebih kurang 18 abad, kuasa beli wang perak secara relatifnya adalah sama.

Cuba bandingkan pada akhir tahun 70-an, dengan duit bekal RM0.50 sudah mencukupi sebagai bekalan untuk membeli nasi lemak serta air bungkus. Apakah sekarang ada lagi ke ibu bapa yang memberi nilai wang RM0.50 kepada anak-anak mereka?

Jawapannya sudah tentu TIDAK.

Jadi hanya dalam tempoh kurang dari 30 tahun saja, nilai wang kertas kita sudah amat sangat jauh perbezaan nilai atau kemampuan kuasa belinya.

Begitu juga dengan soal muamalah yang melibatkan wang dinar dan wang perak. Saya berkesempatan berkongsi pendapat dengan rakan niaga dari Brunei Darrussalam tentang penemuan menakjubkan baru-baru ini.

Dari perbualan itu juga kami baru sedar tentang konsep pinjam wang Islam. Bagaimana kalau kita berhutang 1 dinar, kalau nak bayar balik nanti hendaklah berjumlah 1 dinar juga. Tidak lebih atau tidak kurang kalau tidak ianya adalah Riba.

Mengapa dibayar 1 dinar juga mengapa bukan 1.5 dinar? Jawapannya adalah nilai dinar adalah stabil tidak berkurangan seperti wang kertas.

Ketika zaman Rasulullah SAW, harga seekor kambing adalah 1 Dinar. Ceritanya adalah seperti di bawah:

Dilaporkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, daripada ‘Urwah yang bermaksud:

“(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual. Lalu Rasulullah s.a.w memberi kepadaku satu dinar dan berkata: “Wahai Urwah, pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untukku seekor kambing.” Akupun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar.

Kemudian aku membawa kedua ekor kambing tersebut. Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripadaku. Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor kambing dan satu dinar lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milikmu.”

Rasulullah bertanya: Bagaimana kamu melakukannya? Akupun menceritakan kepada Baginda apa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata: “Ya Allah, berkatilah perniagaannya.”

(riwayat al‐Bukhari, no 3642).

Dinar emas keluaran Kerajaan Kelantan (1/2 dinar, 1 dinar, 2 dinar, 5 dinar, 8 dinar)

Okie.. fast forward.. ke tahun 2011. Agak-agak boleh tak kita beli seekor kambing dengan 1 dinar? :)

Jawapannya.. ya, boleh!

Untuk pengetahuan anda, dengan 1 dinar emas anda masih boleh membeli seekor kambing.

Jadi disini saya akan cerita bagaimana cara membeli kambing dengan harga 1 dinar.


Tawaran daripada JARIAH AGRO FARM (1 dinar untuk seekor kambing)


Jariah Agro Farm berpusat di Shah Alam merupakan syarikat pembekal kambing dan lembu pelbagai baka, sesuai untuk aqiqah, qurban, kenduri. Juga menyediakan perkhidmatan sembelih dan lapah, masakan katering dan BBQ. Menjual susu kambing segar dan baja organik.

Pemilik syarikat ini adalah Haji Ahmad Jamhari dan anaknya Anas Ahmad Jamhari.

Pemilik JAF Haji Ahmad Jamhari (kiri) dan Anas (kanan)

Kambing-kambing ini berharga 1 dinar sahaja seekor

susu kambing segar dengan 1 dirham 5 botol 250ml

Kami menawarkan pembelian seekor kambing dengan harga 1 dinar sahaja

Dengan harga 1 dinar anda boleh membeli seekor kambing baka farel atau bebiri atau boer kacukan cukup umur dengan berat lingkungan 30-35 kilogram. Sesuai untuk akikah, korban, majlis kenduri, buat kambing golek.

Jika anda perlukan khidmat sembelih dan lapah, maka terdapat tambahan bayaran sebanyak 2 dirham.

1 dinar untuk 2 ekor kambing.

Dengan 1 dinar anda boleh mendapat 2 ekor kambing seperti dalam gambar

Selain itu, dengan 1 dinar anda juga boleh membeli 2 ekor anak kambing.

Anak kambing berusia 6-9 bulan baka jenis boer (f3 – generasi ke 3) ini akan menjadi milik anda dengan hanya 1 dinar. Jika anda berminat menternak kambing maka bolehlah membeli anak-anak kambing ini daripada Jariah Agro Farm.

kambing 1 dinar sahaja, pilih mana yang berkenan di hati

Pakej seekor kambing golek aqiqah dengan harga 1 dinar 20 dirham*.

Jariah Agro Farm turut menawarkan pakej kambing golek dengan harga 1 dinar 20 dirham.

Kambing yang digunakan adalah daripada baka tempatan (boer @ biri biri), berumur 2 tahun dengan purata berat 30kg – 35kg. Pakej termasuk kos sembelih dan lapah, bakar golek dan penghantaran kepada pelanggan di sekitar Lembah Kelang dengan pakej (klik sini)

BBQ dari Jariah Agro Farm!


Ini adalah nombor telefon kami, jika anda berminat sila call atau sms kami di talian:

Anas (013-2003482) atau Haji Ahmad Jamhari (016-3415 345)

Alamat ladang adalah seperti berikut:

Jariah Agro Farm

Lot 4453, Batu 3,

Kg Sg Kandis,

40460 Shah Alam,

Selangor

Malah kami juga di JAF menjadi wakil pengedaran Dinar Kelantan bagi memartabatkan matawang sunnah ini. Semoga JAF menjadi satu platform untuk penyebaran Dinar dan Dirham dan menaikkan iman kita kepada Allah SWT!

Antara transaksi dinar dan dirham Jariah Agro Farm!


Subhanallah! Keajaiban Al-Quran.. Selama ini para saintis juga telah menemui keajaiban Al-Quran dengan bukti air laut bertemu air tawar, bukti planet mengelilingi matahari dan sebagainya.

Alhamdulillah melalui berniaga emas juga saya dapat menyampaikan dakwah tentang kebenaran Al-Quran dan hadis Nabi S.A.W semoga ilmu ini menjadi manfaat buat semua.

Fakta Dinar & Dirham

  • A chicken at the time of the Prophet, salla’llahu alaihi wa sallam, cost one dirham; today, 1,400 years later, a chicken costs approximately one dirham.
  • Zero inflation in 1,400 years
  • Gold and silver are the most stable currency the world has ever seen.Protect your wealth by buying gold and silver.
  • Abu Bakr ibn Abi Maryam reported that he heard the Messenger of Allah, may Allah bless him and grant him peace, say: “A time is certainly coming over mankind in which there will be nothing [left] which will be of use save a dinar and a dirham.” (The Musnad of Imam Ahmad ibn Hanbal)

Newer Posts Older Posts Home