Thursday

Jualan Aqiqah sempena cuti sekolah bermula!

Bismillah
Assalamualaikum wbt

Cuti sekolah dah bermula, maka adalah agenda yang bermain di fikiran masing2, samada agenda untuk bercuti, buat kenduri kahwin, nikah, tunang, khatan dan xlupa juga majlis aqiqah. Kerana ini lah masa yang sesuai sempena cuti sekolah, sekurang-kurangnya ramai ahli keluarga dapat hadir. Bagi pelanggan yang mahukan bekalan aqiqah sempena cuti sekolah ini, kami ada stok yang banyak untuk tuan-tuan.

Jangan malu dan segan untuk hubungi kami Jariah Agro Farm untuk memenuhi keperluan aqiqah anak anda. Perkhidmatan masak kurma, kari, rendang dan BBQ juga disediakan dengan harga yang berpatutan. Kualiti dan rasa masakan kami tiada bandingnya kerana kami juga specialist dalam katering selama hampir 20 tahun. Untuk para pelanggan yang mahukan pakej katering, boleh minta sebut harga dari kami bergantung pada menu yang tuan minta. Bagi yang mahu terus sedekah kan pada anak yatim, juga kami boleh uruskan. Ini adalah khidmat sosial yang JAF jalankan tanpa sebarang tambahan bayaran.

Kriteria (syarat) kambing aqiqah kami:
1. Sihat dan tidak cacat
2. Gemuk dan cukup umur (patah gigi hadapan)
3. berat hidup mencecah 45kg!

Harga kambing aqiqah:
RM 800 siap lapah dan sembelih
(perlu diambil perhatian bahawa kambing yang kami bekalkan adalah cukup syarat dan berat hidup hampir 45kg)


Harga BBQ (pakej) untuk set aqiqah:
RM1250 (coleslaw, garlic bread, mesh potato,blackpepper sauce, mushroom sauce, onsite service)
* tempahan awal diperlukan, sebarang perubahan side dish akan dikurang kan harga*


Harga masak kari kurma rendang:
RM250

Masakan katering:
Nasi Beriani dan set
Nasi Minyak dan set
Nasi Putih lauk kampung
*sila hubungi kami untuk sebut harga*


Bagi yang berminat untuk membeli susu, mohon bersabar kerana stok susu kambing kini sudah habis stok. Walaubagaimanapun, harga susu yang tinggi permintaan ini berharga RM5 per botol 250ml.



Jika anda mahu membuat tempahan atau ada pertanyaan lanjut,
sila hubungi pengurus Jariah Agro Farm Haji Ahmad Jamhari ditalian 016-3415 345
atau Pegawai Pemasaran Anas Ahmad Jamhari di talian 013-2003482 atau
Hasan Ahmad Jamhari di talian 017-6141420

Wednesday

Hari Peladang Penternak dan Nelayan negeri Selangor



Bismillah
Assalamualaikum wbt

Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat Negeri Selangor telah dilaksanakan pada 19 dan 20 November 2011 di Stesen MARDI Jalan Kebun. Majlis yang pertama kali diadakan di Stesen MARDI ini telah disempurnakan oleh Dato' Seri Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Bersama delegasi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sudah tentu membuatkan tapak ekspo padat dengan orang awam. Terdapat pelbagai pameran dari JPV, Jabatan Pertanian, FAMA, MARDI dan agensi kerajaan serta agensi swasta yang lain.

Jariah Agro Farm diberi peluang untuk mempamerkan hasil ladang kambing kami di Shah Alam di bawah Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Kota Raja. Alhamdulillah dengan jualan daging kambing BBQ marinated, susu kambing segar dan baja organik membuatkan booth kami tak lekang dek pengunjung yang mahukan produk kami dan mendapatkan maklumat berkenaan dengan kambing. Jualan kami sentiasa habis setiap hari, yang paling mendapat sambutan adalah susu kambing. Permintaan yang melebihi daripada pengeluaran menyebabkan susu kambing yang kami jual 100 botol tak sampai dalam 3 jam. Alhamdulillah~

barang dagangan terdiri daripada daging biri2 muda siap diperam dengan rempah, susu kambing segar dan baja organik

bunting JAF berlatarbelakangkan booth MPPP Kota Raja, booth JAF juga.



Booth kami juga dilawati oleh Dato' Seri Noh Omar dan delegasinya untuk meninjau keadaan dan prestasi pertanian di kawasan Parlimen Kota Raja. Alhamdulillah, Dato seri tampaknya berpuas hati dan mengumumkan tambahan dana untuk pertanian di Kota Raja. Ini adalah salah satu rahmat Allah yang tidak disangka. Sempat saya memperkenalkan produk JAF kepada Dato' Seri.

Dato' Seri Noh Omar meninjau produk kami


Dato' seri diberi hadiah penghargaan dari kami


Bagi saya, ini adalah peluang untuk JAF lebih maju kehadapan dlm industri ini, yang penting perlu istiqamah dan teruskan perjuangan. Insyallah dengan plan pemasaran yang berkesan, saya yakin Jariah Agro Farm mampu pergi dengan lebih jauh lagi, samada dalam indutri ternakan ataupun industri daging dan susu. Apapun, sokongan dari pihak kerajaan dan kementerian pertanian dan industri asas tani amat diperlukan.

Regards,
Anas

Thursday

Hari Raya Qurban 1432H



Bismillah
Assalamualaikum wbt,

Hari Raya Eiduladha atau lebih dikenali sebagai Raya Qurban telah melabuhkan tirainya semalam (rabu), ianya meliputi raya pertama dan Hari Tasyriq pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah, bermaksud, tiada lagi ibadah qurban pada selepas tarikh ini utk tahun 1432H. Insyallah dipanjangkan umur, kita dapat berjumpa kembali pada tahun akan datang. Qurban atau udhiyyah ini melatih diri daripada sifat bakhil dan mendekatkan diri kepada Pencipta Rabbul Jalil Allah SWT. Islam sangat menggalakkan umatnya yang mampu untuk melakukan ibadah ini sekaligus menyucikan harta yang diperolehi selain daripada zakat.

Daripada Aisyah R.Anha, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

"Amal yang paling disukai Allah pada hari penyembelihan ialah mengalirkan darah haiwan qurban, sesungguhnya haiwan-haiwan yang dikorbankan akan datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan tulang-tulangnya. Sesungguhnya pahala yang datang dari haiwan qurban ini adalah datang dari Allah sebelum jatuh ke bumi, maka lakukanlah kebaikan ini" (HR Tarmidzi)

" Darah yang menitis jatuh ke bumi itu dapat menghapuskan dosa-dosa yang telah lalu"

Alhamdulillah Jariah Agro Farm seperti biasa membekalkan bekalan lembu dan kambing untuk sesiapa yang mahu menjalankan ibadah ini. Semua berjalan lancar dan semoga Allah menerima ibadah tuan-tuan. Apa yang menarik yang ingin dikongsikan di sini ialah, berbanding tahun-tahun lepas kami hanya menerima wang kertas sahaja. Tetapi tahun yang penuh barakah ini kami juga menerima dinar dan dirham sebagai transaksi. Syukur kerana ada beberapa pelanggan yang menggunakan matawang syariah ini untuk melakukan qurban, bertambah berkah juga ibadahnya.

Ada bekalan lembu kambing yang kami hantar ke masjid, sekolah, dan ada juga yang kami uruskan penyembelihannya di tempat kami sendiri. Daging-daging tersebut terus disedekahkan ke rumah anak yatim dan madrasah tahfiz sekitar lembah klang. Gambar yang saya sediakan ini adalah urusan penyembelihan di tempat saya dan disaksikan oleh penama-penama qurban. Ada diantara mereka adalah menggunakan dinar dan dirham sebagai transaksi.

satu bahagian dr lembu korban ini dibayar dengan 1/2 dinar oleh Mohd Firdaus dari putrajaya

lembu korban dinar dan dirham dari wakil Pn Amirah dari Damansara

lembu korban dinar dan dirham dari Pn Zaharah juga dari Damansara

Newer Posts Older Posts Home