Thursday
Assalamualaikum wbt
Rasanya masih belum terlambat utk saya ucapkan Selamat Tahun Baru kepada tuan-tuan. Kita sudah melangkah tahun baru masihi 2012. Ia bermakna ianya memulakan buku baru untuk memperbaiki apa yang berlaku pada tahun 2011. Bagi Jariah Agro Farm sendiri, kami mempunyai azam baru utk apa yang kami lakukan dalam industri ternakan ini, dengan matlamat baru, perancangan baru. Semoga apa yang kami rancangkan berjalan dengan lancar dalam usaha utk mempertingkatkan kebolehupayaan JAF dalam industri ternakan dan makanan ini. Bagaimana dengan anda? Pastinya tahun baru dengan azam dan matlamat yang baru juga...
Seperti biasa, kami menawarkan kambing aqiqah untuk keperluan tuan-tuan pada pembukaan tahun baru ini. Kambing yang kami tawarkan adalah kambing aqiqah yang cukup umur dan berat mencapai 40kg berat hidup. Ini bermakna, karkas nya adalah 20kg. Ianya adalah besar!!
Ramai yang bertanya, kenapa besar sangat?xde yang kecil lagi?atas alasan harga. Bagi kami, harga RM800 adalah berpatutan dengan kambing yang besar dan berat. Biar kita beri yang terbaik utk anak kita, duit boleh dicari. Sedekah pun akan berpanjangan jika ramai yang akan menjamah daging hasil aqiqah anak kita. Walaubagaimana pun, kami juga ada stok kambing aqiqah yang agak kecil daripada biasa, dengan harga RM700 anda akan mendapat karkas lebih kurang 14-15 kg. Stok kecil sentiasa habis awl, bagi yang mahu kambing harga RM700, sila hubungi kami seawal yang mgkin utk tempahan.
Bagi yang mahu menempah kambing dan perkhidmatan BBQ, kami ada sediakan khidmat tersebut. Dengan harga yang berpatutan, saya yakin anda pasti akan berpuas hati dengan apa yang kami sediakan...kami sediakan side dish seperti salad coleslaw, garlic bread, mesh potato, blackpepper sauce dan mushroom sauce. Sila rujuk gambar utk melihat event yang pernah kami lakukan
kambing akan dipanggang di tempat pelanggan
salad coleslaw
mesh potato
garlic bread
daging kambing BBQ siap dihidang
siapa tak terliur tengok kambing bakar BBQ ni??
Selain itu juga, kami juga mengambil tempahan sekiranya tuan-tuan mahu masak kari dan kurma, perkhidmatan katering dan khemah. Kebiasaannya, pelanggan akan menempah set nasi beriani kami yang 'superb'!
nasi beriani yang kami sediakan, sentiasa kekal panas!
Hubungi kami utk quotation! kami sedia melayani permintaan anda di mana pun anda berada.
Hubungi :
Anas :013-2003482
Haji Ahmad Jamhari :016-3415 345
Hasan :017-6141420
Arif :013-6610121
Subscribe to:
Posts (Atom)