Tuesday

BBQ event Mr & Mrs Khairul Shah Alam Seksyen 7




Assalamualaikum

Tempahan kambing panggang makin rancak, alhamdulillah. Mulut pelanggan xlekang dari memuji kambing panggang istimewa kami yang enak dan lembut. Dipadankan sekali dengan sos lada hitam dan side dish yang lain seperti mashed potato, coleslaw, garlic bread, dan garden salad, ianya pasti adalah makanan yang cukup mengenyangkan dan berkhasiat, cukup seimbang.

Mashed potato mempunyai karbohidrat, coleslaw dan garden salad mempunyai vitamin dan serat, coleslaw juga mempunyai mayonis dalam kuantiti yang sedikit, cukup sekadar memenuhi keperluan lemak dalam badan. Manakala daging kambing pula mempunyai protien yang rendah lemak tepu. Garlic bread pula sumber karbohidrat dan garam serta lemak tidak tepu yang sedikit.

Event kali ini mengaqiqahkan anak Mr & Mrs Khairul (suami isteri bernama khairul). Anak mereka ini kembar lelaki yang juga bernama Khairul. Menarik kan? Dua ekor kambing di aqiqah kan selepas pelanggan memilih sendiri kambing di ladang ternakan kami. Disembelih secara halal oleh penyembelih bertauliah, ditempat yang bersih dan diperlakukan kambing tersebut dengan baik.

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar sehingga ke petang, macam biasa, kambing panggang kami tidak pernah berlebihan. Ada seorang tetamu ( Dr perubatan) yang datang ambil sedikit pada mulanya kerana alasan mahu merasa, beliau datang lagi ke grill kami untuk menambah! bkn 2 kali, tetapi 3,4 kali, siap kikis-kikis tulang mencari daging! sedap sangat ke Dr ?? hehe, Apa pun kami merasa puas dapat menyediakan kambing panggang halal dari awal sembelihan hingga proses masakan (panggang).

Terima kasih tetamu dan pelanggan kami!
Untuk melihat gambar lagi, LIKE pada page kami dan lihat albumnya disini

p/s:
Untuk tempahan kambing panggang aqiqah mahupun untuk majlis kesyukuran, hubungi kami:
Anas 013-2003482
Hj Ahmad Jamhari 016-3415 345

Hanya untuk Facebook Fans sekitar Klang dan Shah Alam, kami ada promosi untuk anda disini

 Jangan lupa LIKE page kami dahulu!


Newer Posts Older Posts Home