Wednesday

Hukum dan status daging aqiqah diberi kepada non muslim

Assalamualaikum

Sepanjang kami menjalankan urusan ibadah aqiqah, kami sentiasa dihujani dgn pelbagai kemusykilan agama dan hukum hakam mengenai aqiqah. Antaranya hukum dan status daging aqiqah diberi kepada non muslim.

Apa yang saya pelajari daripada Ustaz-ustaz yang dipercayai, hukumnya adalah harus, tidak mengapa jika non muslim makan daging aqiqah kerana sememangnya kita digalakkan untuk sedekah kan daging tersebut, tidak kira muslim atau pun non muslim. Namun begitu, saya berpendapat sekiranya ada orang muslim, maka elok lah diutamakan mereka yang muslim untuk menjamah masakan daging aqiqah tersebut. Tetapi tidak menjadi salah untuk menjamu mereka yang non muslim kerana khuatir mereka ini akan berasa hati sekiranya tidak dapat menjamu masakan kambing sedangkan mereka dijemput ke majlis tuan-puan.




Saya menganggap, ini adalah salah satu cara dakwah kita tanpa mengasingkan masakan mereka supaya mereka non muslim ini melihat keindahan Islam itu sendiri tanpa membeza-bezakan. Ibadah aqiqah ini bertujuan untuk menyatakan syukur kita terhadap kehadiran cahaya mata yang Allah telah amanahkan dan ianya menjadi satu hal mendekatkan diri kepada Allah. Berkenaan dagingnya untuk disedekahkan, ianya tidak menjadi masalah untuk non muslim.

Hal ini selaras dengan pandangan Ust Zaharudin, iaitu pendakwah yang saya siqqah terhadapnya akan buah fikiran yang dikeluarkan. Saya ada sertakan komen UZAR dalam catatan saya ini yang saya cedok dalam blog peribadi beliau.

"
Kemusykilan: hidangan majlis tu ialah daging kambing akikah, boleh ke daging ibadah akikah tu diberi makan kepada orang kafir? bagaimana pula dengan daging ibadah korban

Jawapan

Aqiqah disebut dalam hadith :-

مع الغلام عقيقة فأريقوا عنه دماً وأميطوا عنه الأذى

Ertinya : " Bersama bayi yang lahir itu aqiqah, maka kerna itu mengalirkanlah darah (sembelihan) untuknya, dan jauhkan baginya segala kesakitan (godaan syaitan) ( Riwayat Al-Bukhari)


كلُّ غُلامٍ رَهينٌ بعَقيقته، تُذبَحُ عنه يومَ سابعِه ويُسمَّى فيه ويُحلق رأسُه".

ُErtinya : "Setiap anak perlu dipajakkan (terhutang) dengan aqiqah, disembelih untuknya pada hari ketujuh umurnya, dan diberi nama dan dicukur rambut kepalanya" ( Riwayat Ashabus Sunan )

Aqiqah itu pula dari sudut bahasanya adalah 'tolakan', iaitu tolakan dari gangguan dan godaan Syaitan.

Berkenaan beri kepada non muslim, saya dapati tiada dalil mahupun pendapat ulama yang meletakkan syarat bahawa si penerima adalah orang Islam sahaja. Justeru...wallahu a'lam.. saya kira ianya adalah harus.

Cuma sudah tentu yang lebih baik adalah penerima dari kalangan orang Islam kerana diharapkan adalah sipenerima memahami lalu mendoakan si kanak-kanak tadi apabila menerima hidangan hasil aqiqah itu.  Jika beri pada bukan Islam, manalah mereka faham aqiqiah tu apa ..:)

Falsafah 'aqiqah adalah sebagai tanda kesyukuran bagi anugerah cahaya mata yang dikurniakan oleh Allah SWT. Justeru ia lebih baik di kongsi sesama Islam. Ini kerana ia juga seumpama satu peringatan kpd yg lain untuk beraqiqah juga untuk anak mereka (jika belum). Non-Muslim tiada peruntukan aqiqah..

Sebagai tambahan info ; Kebanyakkan ulama menggalakkan daging dari hasil sembelihan itu dimasak terlebih dahulu sebelum di edarkan kepada faqir miskin, jiran tetangga walaupun mereka kaya.


Bagaimanapun, menurut satu pandangan :-

" Daging aqiqah dan korban haram diberi kepada bukan Islam kerana korban dan aqiqah merupakan amal ibadah kepada Allah. Ia bertujuan untuk bertaqarrub kepada Allah. Ini ada disebut dalam Fatwa Syeikh Ahmad al Fatthani.

Tapi kalau bukan Islam nak beli satu bahagian daripada daging lembu itu untuk kegunaan peribadi, bukannya utk korban, maka harus hukumnya menurut Syeikh Daud al fatthani dalam Furu'ul masaa'il. "

Komen UZAR :

Ada benarnya, ini salah satu ijtihad yang sangat boleh dipegang. Bagaimanapun, ia tidak qat'ie dan ia masih dalam kategori perkara furu'/cabang.

Jika hujjah utama oleh beberapa ulama terulung tempatan di atas adalah "ia hal taqarrub"..maka anda boleh berhujjah bahawa hal taqarrub itu adalah terhenti di ketika niatnya, sembelihan dan hidangan dibuat..adapun hal ehwal mengedarkannya tidak lagi termasuk dalam hal yang menjadi syarat kepada taqarrub itu. Ia lebih kepada hal kemasyaratan sahaja.

Seperti solat.. ia adalah hal taqarrub kpd Allah..maka ada rukun dan syaratnya untuk memenuhi taqarrub yang disasarakan demikian juga solat di tempat yang suci adalah syarat sah utk taqarrub solat ini, tapi samada sejadah itu dibeli dari kedai non muslim atau tidak.. maka ia tidak memberi kesan kpd ibadah solat...ia cuma kurang digalakkan sahaja.

Dan mengedarkannya daging aqiqah kpd muslim sahaja, bukanlah menjadi syarat sah aqiqah dalam semua mazhab (kecuali jika saya tersilap, iaitu ada mazhab yg menajdikannya syarat sah aqiqah).

Malah jika seseorang bersedeqah kepada seorang bukan Islam di ditemuinya di keadaan yang amat memerlukan. Adakah tiada pahala baginya??? Ini tidak benar sama sekali, derma dan kebaikan yang dilakukan oleh Umat Islam adalah bersifat 'taqarrub' kepada Allah, dan ia pasti diterima walaupun penerima bantuan itu seorang kafir. Cuma, jika ada dua peminta antara Muslim dan kafir, sudah tentu lebih besar pahalanya diberikan kepada si Muslim. Bagaimanapun, ia tidak menjadikan hukum HARAM untuk diberi kepada si bukan Islam.


Justeru ia kekal isu yang sangat furu' dan bebas memilih dalam kedua-dua fatwa ulama. wallahu ''lam.



sekian


UZAR

7 Dis 06


16 ZUlkaedah 1427 H "

Newer Posts Older Posts Home