Monday

Susu Kambing Ramadhan, kekal sihat bertenaga, cergas dan cerdas

Assalamualaikum,

Kak Ain ni dah menjadi pelanggan tetap kami. Saban minggu pasti ada order dr nya, delivery ke Bank Pembangunan, Kg Baru, KL. Tapi Ramadhan ni tempahan nya meningkat, sy tanya, "susu kambing ni utk kwn2 skali ke kak?"

"Taklah, utk akak sorang, nk buat stok utk bulan puasa ni, biar kekal bertenaga sepanjang hari, cewah"

Bagi mereka yg nk kekal cergas, cerdas dan bertenaga sepanjang Ramadhan, boleh la amalkan susu kambing, baru boleh bertadarus satu juzuk satu hari, terawih 20rakaat, qiamullail, dan bangun sahur. Siang bekerja, mlm lipat ganda ibadat. Baru la cenggini ha (Y)

===========================
utk tempahan susu kambing, self collect dan delivery, boleh hubungi kami!

013.200.3482 (Anas - call, msg, Whatapps)
016.3415.345 (Hj Ahmad - call sahaja)

IG & FB: Jariah Agro Farm
www.jariahagrofarm.blogspot.com

Tuesday

Kalau Risau Susu 'Menjunam' Atau Tak Larat Nak Puasa, Ibu Menyusu & Hamil Kena Rajin Buat Jus Kurma Susu Yang 'Awesome' Sangat Ni...

"Insya-Allah kurang lagi seminggu kita nak puasa. Tak tahulah larat ke tak tahun ni nak puasa. Harap sangat boleh puasa penuh sementara tengah pregnant ni."
Biasanya itulah doa para ibu hamil dan menyusukan bayi (terutama yang belum datang haid) bila Ramadan datang kembali. Semuanya berdoa agar mudah berpuasa walaupun sarat hamil dan menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu. Biarpun ada kelonggaran yang diberikan oleh Allah SWT terhadap dua golongan wanita ini namun keinginan untuk berpuasa penuh tetap tersemat dalam hati para ibu.
Sebenarnya tiada halangan untuk ibu hamil dan menyusukan anak berpuasa di bulan Ramadan. Apa yang penting mereka mesti memastikan puasa tidak akan memudaratkan diri mereka sendiri dan anak yang dikandung serta disusukan.
Lebih baik dapatkan nasihat daripada doktor yang memeriksa anda sebelum membuat keputusan untuk meneruskan puasa. Jika tahap kesihatan mengizinkan, anda boleh berpuasa seperti biasa dan perlu memenuhi keperluan kalori daripada pengambilan makanan yang seimbang. Jika tahap kesihatan tidak mengizinkan, anda ada kelonggaran untuk tidak berpuasa.
Selain mengambil makanan yang menyihatkan dan seimbang, pengambilan buah kurma di bulan Ramadan adalah satu kemestian. Bukan ibu hamil dan menyusu sahaja tetapi semua umat Islam yang berpuasa. Masing-masing nak rebut pahala sunat makan kurma!
Hakikatnya buah kurma itu sendiri mengandungi banyak vitamin dan mineral yang baik untuk ibu hamil dan menyusukan.
Menurut Pakar nutrisi, Kevin Zahri antara kebaikan buah kurma kepada ibu hamil dan menyusu iaitu:
1. Menambah tenaga
Kurma mempunyai kandungan glukosa atau gula ringkas yang sangat tinggi dan baik untuk badan. Kandungan glukosa yang tinggi berfungsi untuk membekalkan kembali tenaga dalam badan ibu yang seharian berpuasa dengan cepat. Jika memakannya ketika bersahur, kurma meningkatkan dan menambah tenaga dalam badan untuk sepanjang hari berpuasa dan melakukan aktiviti harian.
2. Tinggi serat
Kurma kaya dengan serat dan baik untuk penghadaman serta memberikan tenaga yang berpanjangan. Jadi ibu hamil dapat mengelakkkan masalah sembelit kerana kurang minum air ketika berpuasa. Selain itu serat juga sesuai untuk memperlahankan penghadaman dan tidak memberi kejutan kepada perut ibu yang kosong sebelum mengambil makanan lebih berat ketika berbuka puasa.
3. Rendah sodium (garam)
Khasiat ini penting semasa kita kekurangan air. Oleh itu bagi ibu menyusu yang berpuasa pengambilan kurma ketika berbuka dan bersahur sangat penting untuk terus mengekalkan pengeluaran susu badan. Makanan yang tinggi sodium akan mempercepatkan dehidrasi.
4. Tinggi potassium
Potassium penting dalam menyeimbangkan bendalir badan, termasuk kawalan denyutan jantung dan tekanan darah.
Bagi ibu hamil dan menyusu, pastikan pengambilan makanan anda ketika berpuasa cukup untuk membekalkan tenaga dan nutrisi yang diperlukan. Oleh kerana kurma menjadi makanan yang baik untuk membekalkan tenaga sepanjang hari serta mengekalkan pengeluaran susu ibu, apa kata cuba sediakan jus susu kurma ketika berbuka dan bersahur.



Cara membuat jus kurma susu
Bahan-bahan :
- 7 biji buah kurma, buang bijinya (untuk 1 hidangan)
- Air mineral secukupnya
- Susu UHT (boleh juga guna susu kambing)
- Tidak digalakkan menggunakan susu serbuk atau susu pekat manis
 Caranya:
- Rendam kurma yang sudah dibuang biji di dalam air mineral hingga menutup permukaan kurma selama 1 malam. Anda boleh letak di dalam peti ais jika mahu sejuk.
- Ketika waktu sahur, tuang kurma yang sudah direndam beserta air rendamannya. Tambahkan susu UHT secukupnya.
- Kisar semuanya hingga halus.
- Minum selepas selesai makan sahur.
Selamat mencuba!

RUJUKAN:
majalahpama
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Kami di Jariah Agro Farm ada menjual susu kambing segar dari ladang kami sendiri di Sungai Kandis, Shah Alam.
Nak lebih mudah lagi?kami juga ada susu kambing kurma utk anda. Ayuh lebih bersemangat dan bertenaga di bulan Ramadhan ini!
Hubungi Kami sekarang!
013.200.3482 (Anas)
016.3415.345 (Hj Ahmad)
IG: Jariah Agro Farm


Newer Posts Older Posts Home