Selamat hari wanita 2018
.
.
Abdullah bin Amr radhiallahu ‘anhuma meriwayatkan sabda Rasulullah Shallallahu'alaihi wa sallam:
.
"Sesungguhnya dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah." (HR. Muslim no. 1467)
.
.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepada Umar ibnul Khaththab radhiallahu'anhu:
.
"Mahukah aku beritakan kepadamu tentang sebaik-baik perbendaharaan seorang lelaki, iaitu istri solehah yang bila dipandang akan menyenangkannya, bila diperintah akan mentaatinya, dan bila ia pergi si isteri ini akan menjaga dirinya."
(HR. Abu Dawud no. 1417. Asy-Syaikh Muqbil rahimahullah berkata dalam Al-Jami’ush Shahih 3/57: "Hadits ini shahih di atas syarat Muslim.")
.
.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah pula bersabda:
.
"Empat perkara termasuk dari kebahagiaan, iaitu wanita (isteri) yang solehah, tempat tinggal yang luas/ lapang, tetangga yang baik, dan tunggangan (kendaraan) yang selesa.
(HR. Ibnu Hibban dalam Al-Mawarid hal. 302, dishahihkan Asy-Syaikh Muqbil dalam Al-Jami’ush Shahih, 3/57 dan Asy-Syaikh Al Albani dalam Silsilah Al-Ahadits Ash-Shahihah no. 282)
.
.
Tiga hadis di atas merupakan betapa Islam meninggikan darjat seorang wanita solehah.
.
Dari rahimnya lahir pendidik, pemimpin dan pejuang. Dengan rahim-Nya, Dia memilih wanita untuk mendidik generasi dan anak bangsa.
.
.
Wanita adalah teduhan yang mendamaikan kepada sang anak, pendamping yang menyejukkan hati sang suami. Dirinya jua adalah madrasah pertama buat anak-anak.
.
.
Teringat kami akan kalam Maulana Abul Hasan Ali al-Nadwi, "Bahkan wanitalah guru pertama yang mengajarkan tauhid kepada anak-anaknya. " Jangan dilupa bahawa dengan wanitalah terasuh generasi masa depan yang berjaya. Bagaimana wanita itu terasuh peribadi dan akhlaknya, begitu lah generasi yang wanita itu wariskan. Akhlak pekerti anak-anak adalah cerminan wanita di dalam sesebuah keluarga.
.
.
Sesungguhnya kita semua terhutang budi kepada wanita. Ucapkanlah terima kasih kepada wanita yang berjasa menjadikan siapa anda sekarang ini.
http://susukambingaslisegar.wasap.my
http://pakejkambingaqiqah.wasap.my
☪ Facebook: http://facebook.com/jariahagrofarmpage
☪ Instagram:
Jariah AgroFarm