Friday

Jualan Aqiqah dan Masakan

Assalamualaikum wbt

Kami Jariah Agro Farm berbesar hati untuk menyediakan bekalan kambing aqiqah kepada tuan-tuan,  perkhidmatan melapah dan sembelih, perkhidmatan masakan katering, perkhidmatan BBQ dengan harga yang menarik. Hubungi kami untuk sebut harga.

Stok kambing yang ada ialah bebiri merino berat 35-40 kg, sesuai untuk BBQ dan gulai.  Perkhidmatan  katering masakan ialah set nasi beriani, ayam masak merah, daging rendang, dalca sayur, acar rampai, air kordial seuk dan buah. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa menu istimewa untuk tuan-tuan pilih. Hubungi kami!

Kami specialist untuk  perkhidmatan BBQ kambing pada hari majlis tuan-tuan. Disiapkan dengan sos lada hitam, sos cendawan, garlic bread, salad coleslaw dan mashed potato. Dibantu oleh 2 orang pelayan berpengalaman kami.



Kami sedia memenuhi keperluan tuan di sekitar Klang, Shah Alam, Subang Jaya, Petaling Jaya, Damansara, Kuala Lumpur, Putrajaya, Puchong, Banting dan lain-lain. Call kami dan tempah sekarang!

Anas 0132003482
Ahmad Jamhari 0163415345


Tuesday

JAF dalam akhbar Sinar Harian



Bismillah,
Assalamualaikum,

Hari ni mungkin dalam sejarah Jariah Agro Farm, sebab hari ini 3 April 2012 (selasa) JAF masuk dalam rencana akhbar Sinar Harian, mungkin bagi sesetengah orang ianya sesuatu yang biasa. Tapi bagi kami ianya adalah sesuatu yang amat mengujakan! Alhamdulillah, pagi tadi saya xsempat lagi beli paper Sinar Harian, ayah saya dah call, sebab seorang dari rakan ayah saya dah membacanya! terus saya keluar dan membeli satu unit, dan beli lagi satu unit pada sebelah petangnya. Terlalu teruja.

Saya ada post kan dalam facebook utk tatapan rakan2 facebook, dan respon dari mereka juga memberangsangkan. Juga ayah saya menerima dari pakcik saya yang merangkap Pengerusi Pertanian Bahagian Kota Raja UMNO, yang dia berbangga dengan kami setelah ada aktiviti pertanian yang berkembang maju di kawasannya. Insyallah, dan harap2 akan dapat bantuan nnt. Hehehe

Ramai juga rakan2 saya yang masih tak tahu aktiviti saya dalam menternak kambing ini sehingga lah artikel ini dikeluarkan. Alhamdulillah kerana ianya juga menjadi satu metod pemasaran kpd rakan2 saya diluar sana. Hari ini adalah hari sibuk melayan komen-komen, private message, call dan SMS yang berkenaan dengan artikel ini. Besar juga penangan akhbar ni ye.

Untuk artikel penuh, klik sini

Saya kongsikan sedikit gambar dan artikel di dalam Sinar Harian di sini utk tatapan tuan-tuan. Walaubagaimanapun, saya mahu mewar-warkan bahawa kami mempunyai bekalan aqiqah sepanjang tahun. Sekiranya tuan-tuan berhajat untuk menjalankan aqiqah sekitar lembah klang, meliputi Klang, Shah Alam, Subang Jaya, Petaling Jaya, Damansara, Puchong, Putrajaya danKuala Lumpur, sila hubungi kami di talian dibawah:

Ahmad Jamhari 016-3415 345
Anas 013-2003482

Dengan caj perkhidmatan minima sembelih dan melapah, masak gulai, BBQ whole lamb, perkhidmatan katering, sudah pasti memudahkan anda untuk menyelesaikan tanggungjawab aqiqah anak anda. Hubungi kami sekarang!

Sehingga berjumpa lagi!!

saya dan ayah saya di muka besar akhbar Sinar Harian

artikel yang memuatkan satu muka suku

Memang saya sangat perlu sokongan dari ibu dan bapa saya!

ternak kambing kena pada cara akan membuahkan hasil yang lumayan!

album dalam facebook saya, mendapat 'like' yang tidak pernah sy dapat sebelum ini, thanks kwn2!

Sunday

Temuramah JAF bersama Sinar Harian



Bismillah...
Assalamualaikum wbt

Minggu lepas saya dihubungi oleh wartawan Sinar Harian untuk ditemuramah mengenai perusahaan saya iaitu Jariah Agro Farm, penternakan kambing pedaging dan tenusu. Dengan temujanji mengejut, kami ditemuramah pada rabu lepas 28 Mac 2012 di ladang. Syukur tak terhingga kerana JAF mula dikenali di mata masyarakat sehingga menarik perhatian wartawan untuk kami ditemubual. Apa yang kami kongsikan dengan wartawan tersebut adalah serba serbi mengenai ladang kami dan misi serta matlamat kami dalam bidang pertanian ini.

Jam 10 pagi kami didatangi oleh wartawan Sinar Harian En Sofyanrizal dan jurugambar En Shahril Badri dan temubual memakan masa selama 2 jam setengah. Banyak yang kongsikan bersama mereka bermula dari tertubuhnya Jariah Agro Farm sehingga sekarang. Juga akan perancangan akan datang, misi dan visi kami. Sudah tentu kami akan besarkan perusahaan ini ke peringkat yang lebih tinggi. Saya ditanya pelbagai soalan yang saya kira soalan " apakah cabaran dan halangan yang dihadapi En Anas?" adalah soalan yang saya suka.



Sessi temuramah antara JAF dan Sinar Harian di ladang



Cabaran

Cabaran utama dikalangan penternak ialah, sikap dan daya tahan. Ramai yang membuka kandang untuk berternak kambing serta lembu. Ini adalah petanda baik untuk Malaysia merealisasikan matlamat sumber daging negara yang masih lagi di tampuk lama. Fenomena ini bermula seawal tahun 2006 sejak Perdana Menteri di pegang oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi. Beliau memang mengutamakan sektor pertanian dan banyak dana disalurkan kepada sektor pertanian untuk menambahbaik industri ini. Dana ini yang direbut oleh ramai pihak sehinggakan kandang tumbuh seperti cendawan selepas hujan.

Namun, sejak 2 tahun kebelakangan ini, saya perhati kan ramai pula yang mula tutup kandang satu per satu. Pelbagai alasan diberi dan ini lah cabaran yang paling besar yang tidak ramai penternak mampu atasi masalah ini, iaitu SIKAP. Sikap yang mudah menyerah kalah menunjukkan ramai yang tidak dapat bertahan dalam industri ini. Apabila masalah muncul seperti penyakit, tak nak belajar bagaimana untuk mengatasinya. JAF sendiri telah mengalami kerugian dan jatuh bangun dalam industri ini. Tetapi kami masih lagi bertahan sehingga hari ini. Bagi JAF sendiri, saya bersyukur kerana ayah saya memberi sokongan yang tidak belah bahagi untuk kami terus berusaha menapak ke tangga teratas. Juga, kami mempunyai ahli keluarga yang sama2 menjayakan industri ini. Kegagalan yang lepas menjadikan sebagai pengajaran dan semangat untuk terus bertahan.

Dengan pemikiran yang sentiasa positif dan mahu belajar, kami keluarga JAF sentiasa memerah otak dan keringat untuk kekal dan maju dalam sektor pertanian. Kami juga sedar akan kepentingan menyediakan kemudahan aqiqah untuk umat islam yang mana ianya menjadi fardhu kifayah buat kami. Selain itu, penghasilan susu segar dari JAF menggalakkan masyarakat untuk kembali kepada sunnah Rasulullah dengan mengamalkan meminum susu kambing.

Kembali kepada tajuk, JAF berterima kasih kepada wartawan Sinar Harian kerana sudi untuk menemuramah kami dan menjadikan JAF sebagai ladang pilihan untuk dimuatkan dalam artikel. Dalam secara tidak langsung, ianya juga akan menjadi satu kaedah pemasaran JAF kepada masyrakat. Kesempatan yang kami miliki ini, kami gunakan untuk mewar-warkan juga keterimaan kami menggunakan dinar dan dirham dalam muamalah seharian.

Difahamkan bahawa artikel ini akan dikeluarkan pada hari SELASA 3 APRIL 2012 dan diedarkan ke seluruh Malaysia dengan artikel sebanyak satu setengah muka dan bergambar warna.

Jadi, Tungggguuuuuuuuuuuuu...............!!!!!!!!!!!!!

Bergambar kenangan bersama kru Sinar Harian

Newer Posts Older Posts Home