Event kambing Aqiqah BBQ
Assalamualaikum wbt
Seperti biasa hujung minggu pasti jadual kami dipenuhi dengan tempahan kambing bakar. Kali ini semuanya adalah kambing aqiqah. Ada dua tempat pada hari ahad lepas, Kg Kuantan yang ditempah oleh En Firdaus dan Taman Menara Maju Klang ditempah oleh sahabat lama saya Elia. Pada mulanya en Firdaus bercadang untuk aqiqah kan anaknya seekor sahaja, tetapi beliau menukar fikiran untuk menambah lagi seekor kambing aqiqah. Tiada masalah bagi kami kerana kami mempunyai sendiri ladang kambing yang mempunyai banyak stok kambing.
En Firdaus menerima satu menu percuma dari kami kerana beliau menempah 2 ekor kambing. Sudah menjadi pakej kami, sekiranya 2 ekor, pelanggan akan mendapat salad with dressing sebagai token dan menu tambahan secara percuma. Dengan menu side dish yang lain seperti mashed potato, garlic bread, coleslaw, sos lada hitam dan sos berbeku, pasti menu kambing bakar anda bertambah meriah.
Kali ini saya sendiri terpaksa turun padang untuk servis kerana beberapa petugas kami tidak hadir saat akhir. Juga tiada masalah buat kami kerana kami mahir dalam mengendalikan majlis2 seperti ini. Kami menerima maklumbalas yang baik daripada kedua-dua pelanggan. Terima kasih.
Untuk bakal pelanggan kami yang masih mencari kambing panggang atau kambing BBQ atau kambing golek atau bahasa lainnya Lamb roasted, kami sedia membantu anda. Anda boleh melawat ke ladang kami untuk memilih kambing yang besar2 dan kami akan sembelih sendiri pada 2 hari sebelum majlis untuk proses perapan. Kami juga sedia menawarkan perkhidmatan katering masakan seperti nasi beriani, dalca, ayam masak merah, daging rendang, acar rampai, air dan buah. Selain itu, kami juga menerima apa-apa jua menu seperti masakan kampung, masakan arab, BBQ party dll...
Rata-rata para pelanggan kami amat berpuas hati dengan perkhidmatan kami dan mudah kerana kami menyediakan hampir semua perkara, dari kambing, masakan dan panggang. Khemah juga boleh disediakan dengan terma dan syarat.
Bagi bakal pelanggan kami sekitar lembah klang, cepat hubungi kami untuk tempahan.
Call Haji Ahmad Jamhari 016-3415 345
atau Anas 013-2003482
www.facebook.com/jariahagrofarmpage