Sunday

Kambing Aqiqah cuti sekolah Klang, Shah Alam, Petaling Jaya, Subang Jaya, Kuala Lumpur!

Assalamualaikum wbt.


Cuti sekolah akhir tahun sessi 2014 datang lagi. Diharap cuti ini dapat mengisi waktu-waktu yang terluang dengan perkara-perkara yang berfaedah. Sebagai contoh, 22-30 Nov 2014 ni ada MAHA 2014 di MAEPS Serdang. Bawa la anak-anak untuk bermain dgn kambing, rusa, lembu dll, mendapat maklumat tentang pertanian dan penternakan dll.

Bagi yang merancang untuk membuat majlis aqiqah di musim cuti sekolah ni, cepat-cepat hubungi kami Jariah AgroFarm untuk booking kambing, booking tarikh majlis. Cuti sekolah ni ramai ibubapa yang merancang buat kenduri aqiqah, jd anda perlu jadi antara orang yang terawal untuk booking tarikh dengan kami (jika order pakej BBQ). Untuk pengetahuan tuan/puan, kami tidak dpat menerima tempahan jika slot tempahan telah penuh ataupun last minit. Kami menjangkakan setiap hujung minggu kami penuh dengan tempahan kambing aqiqah/kambing golek. JADI, cepat booking!! hehe

Namun, sekiranya tuan/puan hanya nk masak gulai/kari kurma, boleh tempah seminggu awal sbb ini juga kami perlu atur masa sbb pack jadual nnt. Tetapi jika tuan/puan hanya berhajat untuk menempah kambing aqiqah siap sembelih, lapah dan cincang sahaja, kandang kami sedia menerima bila-bila masa sahaja. Stok ternakan pun banyaaaaaak...anda boleh pilih sendiri, malah boleh sembelih sendiri, xde masalah. 

Ladang kami mendapat pengiktirafan dari kerajaan Australia 'animal handling' ESCAS dan kami juga adalah penyembelih yang bertauliah dari JAIS. Haiwan ternakan yang dibekalkan juga cukup syarat:

-cukup umur
-sihat
-tidak cacat
-berat hidup 35-40 kg
-Rumah sembelihan yang bersih dan teratur

Kami juga menawarkan sekiranya tuan/puan nk sedekah kan kepada rumah anak-anak yatim/ madrasah tahfiz/ rumah asnaf. Kami sedia menguruskan sedekah tuan/puan.

Pakej BBQ kami lengkap dengan side dishes dan peralatan:
-Mashed potato
-garlic bread.
-coleslaw
-sos lada hitam
-garden salad with thousand island * (jika 2 ekor keatas)
-2 orang pelayan bepengalaman
-stainless steel grill stall
-pinggan polistren
-Meja hidangan side dishes
-Khemah operasi

Hubungi:
013-2003482 (Anas- call, sms & whatapps)
016-3415345 (Hj Ahmad Jamhari- Call sahaja)
013-6610121 (Arif- call, sms & whatapps)

Jangan lupa ikuti perkembangan kami di FB dan LIKE Jariah AgroFarm!





Our setup, grill on site and tidy equipments (stainless steel fellas!)


is there anyone drooling for this lamb roasted??


someone drooling??


owwh, againn??


Haiwan ternakan untuk aqiqah


Mega Order kambing Bakar



Kambing-kambing yang sedang diperap


Temui kami di MAHA 2014

Assalamualaikum,

MAHA 2014 datang lagi, ianya bermula semalam 22 November 2014-30 November 2014, dari jam 10 pagi- 10 malam. Acara dwitahunan ini sukar untuk penternak lepaskan peluang ini. Kami sebagai penternak sudah pasti akan turut serta dalam Pameran terbesar pertanian dan penternakan Malaysia. Kali ini kami di Laman Ternakan di bawah payung Kelab Transformasi Ruminan Malaysia (GTR). Jom temui kami di Astaka Laman Ternakan Pintu 2 MAEPS Serdang. Lebih mudah kiranya tuan/puan parking di Pintu 2 sebelah lebuhraya SKVE.  Di Laman Ternakan, cari belon gergasi warna putih berlogo GTR dan Clixster. Kami di dalam Astaka di Zon Tengah. Ramai ahli kelab turut serta tapi tuan/puan cari la booth susu kami warna biru laut bertulis "GOAT MILK!".

Dapatkan percuma bag woven edisi terhad dari kami dengan pembelian susu 10 botol keatas. Juga dapatkan maklumat-maklumat tentang Jariah Agro Farm berkenaan aktiviti penternakan, perkhidmatan kami dll. Insyallah kami akan berada di MAHA sehingga 30 November 2014.

Jangan lupa datang dan berjumpa dengan kami ya!

Sebarang pertanyaan dan tempahan kambing, sila hubungi :

013-2003482 (anas- call, sms & whatapps)
016-3415345 (Hj Ahmad Jamhari- call sahaja)
013-6610121 (Arif- call, sms & whatapps)

lawati dan LIKE Fb kami di Jariah AgroFarm





Cari belon ni utk jejak lokasi kami!


Acara di Astaka GTR, teka berat karkas kambing, hadiah beg tangan ori LV!


err.."i want to touch a GOAT!!"


Black menyanyi di kandang kambing!


antara acara yang dijalankan di Astaka GTR, jom serbu!



Bag woven edisi terhad JAF


Booth susu kambing kami di MAHA 2014


Promote promote! sesak weh


ha,,,promote lagi...lagi...dan lagi

Wednesday

Hukum dan status daging aqiqah diberi kepada non muslim

Assalamualaikum

Sepanjang kami menjalankan urusan ibadah aqiqah, kami sentiasa dihujani dgn pelbagai kemusykilan agama dan hukum hakam mengenai aqiqah. Antaranya hukum dan status daging aqiqah diberi kepada non muslim.

Apa yang saya pelajari daripada Ustaz-ustaz yang dipercayai, hukumnya adalah harus, tidak mengapa jika non muslim makan daging aqiqah kerana sememangnya kita digalakkan untuk sedekah kan daging tersebut, tidak kira muslim atau pun non muslim. Namun begitu, saya berpendapat sekiranya ada orang muslim, maka elok lah diutamakan mereka yang muslim untuk menjamah masakan daging aqiqah tersebut. Tetapi tidak menjadi salah untuk menjamu mereka yang non muslim kerana khuatir mereka ini akan berasa hati sekiranya tidak dapat menjamu masakan kambing sedangkan mereka dijemput ke majlis tuan-puan.




Saya menganggap, ini adalah salah satu cara dakwah kita tanpa mengasingkan masakan mereka supaya mereka non muslim ini melihat keindahan Islam itu sendiri tanpa membeza-bezakan. Ibadah aqiqah ini bertujuan untuk menyatakan syukur kita terhadap kehadiran cahaya mata yang Allah telah amanahkan dan ianya menjadi satu hal mendekatkan diri kepada Allah. Berkenaan dagingnya untuk disedekahkan, ianya tidak menjadi masalah untuk non muslim.

Hal ini selaras dengan pandangan Ust Zaharudin, iaitu pendakwah yang saya siqqah terhadapnya akan buah fikiran yang dikeluarkan. Saya ada sertakan komen UZAR dalam catatan saya ini yang saya cedok dalam blog peribadi beliau.

"
Kemusykilan: hidangan majlis tu ialah daging kambing akikah, boleh ke daging ibadah akikah tu diberi makan kepada orang kafir? bagaimana pula dengan daging ibadah korban

Jawapan

Aqiqah disebut dalam hadith :-

مع الغلام عقيقة فأريقوا عنه دماً وأميطوا عنه الأذى

Ertinya : " Bersama bayi yang lahir itu aqiqah, maka kerna itu mengalirkanlah darah (sembelihan) untuknya, dan jauhkan baginya segala kesakitan (godaan syaitan) ( Riwayat Al-Bukhari)


كلُّ غُلامٍ رَهينٌ بعَقيقته، تُذبَحُ عنه يومَ سابعِه ويُسمَّى فيه ويُحلق رأسُه".

ُErtinya : "Setiap anak perlu dipajakkan (terhutang) dengan aqiqah, disembelih untuknya pada hari ketujuh umurnya, dan diberi nama dan dicukur rambut kepalanya" ( Riwayat Ashabus Sunan )

Aqiqah itu pula dari sudut bahasanya adalah 'tolakan', iaitu tolakan dari gangguan dan godaan Syaitan.

Berkenaan beri kepada non muslim, saya dapati tiada dalil mahupun pendapat ulama yang meletakkan syarat bahawa si penerima adalah orang Islam sahaja. Justeru...wallahu a'lam.. saya kira ianya adalah harus.

Cuma sudah tentu yang lebih baik adalah penerima dari kalangan orang Islam kerana diharapkan adalah sipenerima memahami lalu mendoakan si kanak-kanak tadi apabila menerima hidangan hasil aqiqah itu.  Jika beri pada bukan Islam, manalah mereka faham aqiqiah tu apa ..:)

Falsafah 'aqiqah adalah sebagai tanda kesyukuran bagi anugerah cahaya mata yang dikurniakan oleh Allah SWT. Justeru ia lebih baik di kongsi sesama Islam. Ini kerana ia juga seumpama satu peringatan kpd yg lain untuk beraqiqah juga untuk anak mereka (jika belum). Non-Muslim tiada peruntukan aqiqah..

Sebagai tambahan info ; Kebanyakkan ulama menggalakkan daging dari hasil sembelihan itu dimasak terlebih dahulu sebelum di edarkan kepada faqir miskin, jiran tetangga walaupun mereka kaya.


Bagaimanapun, menurut satu pandangan :-

" Daging aqiqah dan korban haram diberi kepada bukan Islam kerana korban dan aqiqah merupakan amal ibadah kepada Allah. Ia bertujuan untuk bertaqarrub kepada Allah. Ini ada disebut dalam Fatwa Syeikh Ahmad al Fatthani.

Tapi kalau bukan Islam nak beli satu bahagian daripada daging lembu itu untuk kegunaan peribadi, bukannya utk korban, maka harus hukumnya menurut Syeikh Daud al fatthani dalam Furu'ul masaa'il. "

Komen UZAR :

Ada benarnya, ini salah satu ijtihad yang sangat boleh dipegang. Bagaimanapun, ia tidak qat'ie dan ia masih dalam kategori perkara furu'/cabang.

Jika hujjah utama oleh beberapa ulama terulung tempatan di atas adalah "ia hal taqarrub"..maka anda boleh berhujjah bahawa hal taqarrub itu adalah terhenti di ketika niatnya, sembelihan dan hidangan dibuat..adapun hal ehwal mengedarkannya tidak lagi termasuk dalam hal yang menjadi syarat kepada taqarrub itu. Ia lebih kepada hal kemasyaratan sahaja.

Seperti solat.. ia adalah hal taqarrub kpd Allah..maka ada rukun dan syaratnya untuk memenuhi taqarrub yang disasarakan demikian juga solat di tempat yang suci adalah syarat sah utk taqarrub solat ini, tapi samada sejadah itu dibeli dari kedai non muslim atau tidak.. maka ia tidak memberi kesan kpd ibadah solat...ia cuma kurang digalakkan sahaja.

Dan mengedarkannya daging aqiqah kpd muslim sahaja, bukanlah menjadi syarat sah aqiqah dalam semua mazhab (kecuali jika saya tersilap, iaitu ada mazhab yg menajdikannya syarat sah aqiqah).

Malah jika seseorang bersedeqah kepada seorang bukan Islam di ditemuinya di keadaan yang amat memerlukan. Adakah tiada pahala baginya??? Ini tidak benar sama sekali, derma dan kebaikan yang dilakukan oleh Umat Islam adalah bersifat 'taqarrub' kepada Allah, dan ia pasti diterima walaupun penerima bantuan itu seorang kafir. Cuma, jika ada dua peminta antara Muslim dan kafir, sudah tentu lebih besar pahalanya diberikan kepada si Muslim. Bagaimanapun, ia tidak menjadikan hukum HARAM untuk diberi kepada si bukan Islam.


Justeru ia kekal isu yang sangat furu' dan bebas memilih dalam kedua-dua fatwa ulama. wallahu ''lam.



sekian


UZAR

7 Dis 06


16 ZUlkaedah 1427 H "

Newer Posts Older Posts Home