Monday

Tempahan Barbeque (BBQ)


Bismillah...
Assalamualaikum wbt

18 hb dan 19 hb, sabtu dan ahad seperti biasa tempahan BBQ yang diuruskan oleh Jariah Agro Farm mendapat sambutan. Kebiasaannya musim cuti sekolah dan hujung minggu memang menyesakkan kami untuk menguruskan tempahan. Kami berkongsi dengan para pelanggan mengenai BBQ yang kami jalankan hujung minggu semasa cuti sekolah lepas.










Harga dari RM900 (pakej salad, garlic bread, blackpepper sauce, mint sauce, mayonis, western marinated frozen baby lamb, 2 persons onsite service)

RM1150 (pakej Aqiqah-kambing (RM650 inclusive) western marinated, pakej salad, garlic bread, blackpepper sauce, mint sauce, mayonis, 2 persons onsite service)

untuk pelanggan yang mahu membuat tempahan, sila hubungi kami, Jariah Agro Farm
013-200 3482 (anas)
017-6141 420 (hasan)
016-3415 345 (Haji Ahmad Jamhari)


Wednesday

Tawaran Aqiqah Kurban



Syarikat Jariah Agro Farm sedia menyediakan pembekalan lembu serta kambing untuk ibadah kurban dan aqiqah. Harga istimewa yg mampu bagi pelanggan akan diberikan (mengikut pada berat).Sila hubungi saudara anas 017-3433194/013-2003482, ahmad jamhari 016-3416345 atau hassan 017-6141420/019-8281240.

Salam E'dul Adha


Salam E'dul Adha...

Salam Hari raya E'dul Adha daripada kami (jariah Agro Farm) kepada seluruh Rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam.

Hari Raya Korban E'dul Adha merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam sedunia bagi menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di Mekah, yang merupakan rukun Islam kelima yang terakhir bagi mereka yang mampu, dan menandakan bermulanya ibadat korban untuk dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin.

E'dul Adha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan E'dul Adhadha ialah ibadat korban. Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Bersama- samalah kita Rakyat Malaysia menghayati erti kata sebenar Pengorbanan dengan saling menghormati sesama masyarakat.

Disamping itu sama-sama kita mendoakan agar umat Islam yang berada di Tanah suci Mekah berada pulang selamatkan selepasa mengerjakan Ibarat Haji.

Thursday

Khas Ramadhan2!



Assalamualaikum wbt..

Jariah Agro Farm menyediakan perkhidmatan Barbeque (BBQ) untuk Majlis Berbuka Puasa dan Majlis Rumah Terbuka sempena Ramadhan dan Syawal nnt. Untuk pelanggan Lembah Klang, penghantaran percuma. Kami sediakan pakej yang berpatutan untuk anda merasai kelazatan daging boer premium empuk yang dibakar perlahan dan diperap dengan rempah-ratus. Disertai dengan sos lada hitam dan mint pasti membuatkan anda terliur. Pakej yang kami sediakan juga termasuk garlic bread, salad, mayonis dan onsite service.

Apa tunggu lagi, hubungi kami dan rasai kelazatan barbeque (BBQ) resepi khas dari Jariah Agro Farm!

Anas 013-2003482
Hj Ahmad Jamhari 016-3415 345

Khas Ramadhan!


Assalamualaikum wbt.

Untuk muslimin dan muslimat yang mengalami penyakit sepert gastrik dan ulser perut, sudah pastinya anda berasa sukar untuk menjalani ibadah puasa yang datang setahun sekali ini. Rugi rasanya kalau melepaskan peluang untuk berpuasa di bulan yang penuh mulia ni. Tapi apakan daya, disebabkan penyakit yang dialami, anda terpaksa melupakan untuk berpuasa (sedangkan Doktor perubatan mengatakan pasakit gastrik tidak bermasalah untuk berpuasa). Sakitnya menahan perit berlapar hanya Allah yang tahu.

Tapi kini anda tidak perlu risau lagi, kerana Jariah Agro Farm ada menjual produk yang membuat anda tidak berasa lapar semasa berpuasa, iaitu susu kambing segar. Bukan sahaja susu kambing ini menyembuhkan penyakit anda, malah ianya memberi satu 'lapisan' kepada perut anda kerana sifat susu kambing adalah alkali. Maka, jus gaster (asid hidroklorik) dapat dineutral dengan kehadiran susu kambing! Ajaib bukan?!

Selain dari itu, susu kambing segar juga mempunyai protein dan khasiat lain yang tinggi supaya memastikan anda bertenaga sepanjang hari tanpa gangguan menjalani ibadah di bulan Ramadhan ini.

Jangan tunggu lagi! Hubungi kami Jariah Agro Farm di talian 016-3415 345 dan 013-200 3482

Tuesday

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak

Kami di JAF mengucapkan Selamat menyambut bulan penuh barakah bulan rahmat dan bulan maghfirah bulan Ramadhan kepada semua pelanggan dan para peternak. Semoga bulan rahmat ini menjadi satu titik tolak untuk meningkatkan ketaqwaan kita padaNya.


Monday

Harga mampu milik Jamnapari Ettawa susu!



Bismillah..

Assalamualaikum wbt..

Khas kepada para peternak yang ingin mendapatkan baka jamnapari susu, kami menawarkan anda baka terbaik jamnapari susu. Untuk pengetahuan para peternak, baka jamnapari susu ini adalah hasil breeding dari UK Farming Sdn Bhd. Hasil susu yang lumayan, kira-kira 1.5 liter susu sehari, baka yang sesuai diternak utk penghasilan susu selain dari sannen. Sila hubungi untuk harga:

kherman 016-3469212
falah 017-3103117
Anas 013-2003482



Saturday

Induk Boer utk Di jual

Bismillah..

Assalamualaikum w.b.t.

Jariah Agro Farm mempunyai stok induk Boer F2-F3 untuk dijual. Kira-kira 8 ekor semuanya dgn harga RM600 seekor. Sesuai utk diternak, umur cukup matang sedia utk dikahwinkan. Juga ada 3 ekor Pejantan Boer dgn harga bawah RM1000..harga diskaun sekiranya lump sum dengan pakej induk dengan pejantan. Hubungi kami sekiranya berminat. Lokasi Shah Alam.

Haji Ahmad Jamhari 016-3415 345
Anas 013-200 3482




Wednesday

Aktiviti JAF

Bismillah..
Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah pada 13-14hb mac lepas, JAF telah membuat satu langkah progresif dengan menyertai karnival produk muslim anjuran Masjid Al-Muhsinin, Kg Sg Kandis. Penyertaan ni adalah untuk menghebahkan kewujudan JAF disamping mempromosi produk2 JAF. Walaupun JAF sudah setahun lebih beroperasi, ianya masih belum dikenali lagi di peringkat daerah, ini kerana ketiadaan signboard dan promosi besar-besaran.

Oleh kerana itu, JAF yang dipimpin sepenuhnya oleh saudara Anas (eceyh!) dan dibantu oleh pelajar praktikal dari UUM telah bertungkus lumus menyiapkan booth seadanya. Tidak lah begitu menarik kerana ini adalah kali pertama JAF expose pada public. Insyallah, dengan pengalaman yang ada tak seberapa ni, JAF tidak akan ketinggalan bersama2 peternak-peternak besar negeri selangor menyertai apa-apa pameran peternakan selepas ni dengan appearance yang lebih menarik.

Selain tujuan utamanya utk memperkenalkan JAF pada awam, aktiviti ini juga menjadi satu modul penilaian kepada pelajar-pelajar UUM dlm aspek pemasaran. Kebolehan dan kepetahan mereka dinilai disamping hasil jualan menjadi penanda ukur. Pada hari karnival ni, pengunjung berpeluang untuk merasa susu kambing segar dengan percuma dan jualan susu segar dgn harga diskaun. Selain itu, jualan susu kambing tepung HiGoat juga memberansangkan apabila di nisbah kan dengan pengunjung yang hadir.

Ternyata rata-rata pengunjung memang tidak tahu kewujudan kami walaupun satu kampung, ekekek...so, bg JAF sendiri kne all out dlm aspek marketing..selama 2 hari booth ni dijalankan byk pengalaman yg JAF dan pelajar-pelajar UUM perolehi. Nmpk kekurangan2 yg perlu diatasi dan kelebihan JAF. Semoga pelajar-pelajar UUM tersebut dpt mengaplikasikan pengalamn ni setelah menceburkan dalam bisnes nnt. Juga tidak lupa, semoga JAF lebih agresif dan istiqomah dalam berniaga. Kami upgrade perlahan-lahan dan berhati-hati. heheehe...

Dilampirkan beberapa gambar utk tatapan tuan-tuan










good crowd

our leader testing JAF's fresh goat milk

line up UUM practical student



"MEMPERKUKUH EKONOMI UMMAH, MENYUSUR SUNNAH RASULULLAH"
'"You don't have to be great to start, but you have to start to be great"

Regards,
AnasJAF

Friday

Maulidurrasul dan Kambing Golek

Bismillah..

Assalamualaikum wbt..

Selawat dan salam buat penghulu para pejuang, Rasul tercinta Muhammad s.a.w., para sahabat dan keluarga baginda, serta mereka yang mengikuti jalannya serta mencontohi perilaku baginda hingga ke hari pembalasan.

Sesungguhnya perasaan kita penuh dengan kerinduan kepada Rasulullah s.a.w. Sebagai seorang yang mencintai baginda, tentu sekali kita senantiasa terkenang akan sirah perjuangan dan lakaran pengorbanan Rasulullah s.a.w. sehingga kita semua dapat menerima cahaya keIslaman dan hidayah dari Allah untuk mengecapi nikmat berharga iman dan Islam. Sebagaimana yang kita tahu, semalam (27feb) adalah hari keputeraan junjungan besar kita Rasulullah SAW, kita digalakkan utk berselawat ke atas baginda bukan pada maulid sahaja, tetapi setiap masa, dengan harapan kita dpt sedikit belas syafaat baginda di hari pengadilan nnt.

Baginda Rasulullah s.a.w. telah pergi meninggalkan kita, dengan sama sekali tidak mewariskan kepada kita harta pusaka kekayaan, tetapi yang diwariskan adalah ilmu yang menjadi panduan hakiki, akhlak yang terpuji, sebuah perjuangan suci dan sebuah cara hidup yang sempurna.

Maulidurrasul tahun ini dimeriahkan lagi dengan 6ekor kambing yang diniatkan oleh customer sy (Dr Alias) utk sedekahkan kepada pelajar tahfiz di Dusun Tua dan Seri Petaling. Selesai kerja2 sembelih dan lapah pada hari khamis, karkas dihantar ke lokasi utk di perap dan dipanggang golek pada jumaat esoknye iaitu pada cuti hari maulid. Alhamdulillah sy berkesempatan utk menyertai majlis tersebut di Dusun Tua walaupun agak terlewat. Chef yg memanggang mmg terbaik, kambing hbs dlm masa singkat, cukup rasa, bak org kata, rangup diluar, berjus di dalam.

Disertai dengan sos lada hitam dan mint, salad serta garlic bread cukup membuatkan pelajar2 tahfiz Dusun Tua terliur. Keenakan dan kepuasan menjamah kambing segar panggang sudah pasti melebihi kambing frozen. Kami dari Jariah Agro Farm sedia menyediakan perkhidmatan seperti ini di setiap lokasi yang dikehendaki. Dengan kepakaran chef kami, tentu anda puas menjamah atau sedekahkan kepada yg diniatkan.

Saya ada sertakan beberapa gambar untuk tatapan pelanggan-pelanggan. Hanya yang segar dari Jariah Agro Farm.








Tuesday

Transformasi JAF

Bismillah...

Assalamualaikum wbt..

Tahun baru menjelma, xkira la tahun baru hijrah atau tahun baru masihi. Tanggal 1 Januari 2010 yang lepas, genaplah setahun Jariah Agro Farm beroperasi. Kita melihat pelbagai perubahan fizikal yang berlaku di ladang 'mini' kami. Juga, perubahan emosi dan tahap kematangan dlm bisnes livestock ni. Apa yang saya mahu kongsikan di sini adalah perubahan fizikal yang masih berkembang sehingga hari ni. Walaupun tidak serancak mana, tetapi bangun dari bawah mengajar kami erti menghargai dan sifat berhati-hati.

Pertukaran pola pemakanan, pertukaran supplier makanan dan ubatan, pertukaran supplier ternakan, pertukaran pekerja, perubahan bilangan kambing, perubahan sistem paddock dan kandang, perubahan wajah padang ragut, perubahan marketing dan fokus jualan, perubahan kemudahan ladang dan sebagainya.

Sebahagian daripada transformasi ini sy kongsikan dalam bentuk gambar. enjoy these pics!


ladang napier india


Kandang sebelum 1 jan 2009 dan sebelum 1 jan 2010


Jalan menuju ke JAF


chopper (tgk dlu2, dasat tol nk potong)


padang ragut berpagar


dan akhir sekali, tranformasi susu...hehe,walaupun begitu, susu segar masih dijual

Perubahan ini masih berkembang sehingga ke hari ini, insyallah kandang akan diperbesarkan dengan kapasiti kambing trading samada bebiri, feral, kampung dll. Matlamat JAF adalah untuk menjadikan JAF pusat ternakan dan sumber bekalan kambing. Rasa terpanggil untuk memenuhi fardhu kifayah kerana sebelum ini ramai pelanggan dari shah alam, subang jaya, klang, damansara yang mahu aqiqah mencari peternak india, kenapa tidak melayu islam?

ini lah cabaran pasaran.......sekian dulu. wsalam.


"MEMPERKUKUH EKONOMI UMMAH, MENYUSUR SUNNAH RASULULLAH"
'"You don't have to be great to start, but you have to start to be great"

Regards,
AnasJAF

Newer Posts Older Posts Home