Tuesday

Pusat Aqiqah kambing Shah Alam, Klang, Petaling Jaya

Stok aqiqah musim cuti sekolah
====================

Susah nk cari bekalan kambing aqiqah dikawasan bandar dan disekeliling anda?Kami dari Jariah Agrofarm berpusat di Shah Alam, dekat dgn anda supaya dapat memenuhi bekalan kambing aqiqah masyarakat setempat. Kami menyediakan stok untuk tujuan aqiqah anak-anak anda di musim cuti sekolah ini, ternakan bebiri cukup umur dan sihat, berat hidup 35-40 kg. Sangat sesuai dimasak panggang dan kari/kurma. Khidmat sembelihan, melapah dan mencincang kami sediakan dengan kos minima.

Mudah untuk anda menyelesaikan hajat ibadah aqiqah ini dengan kami kerana kami akan uruskan semuanya dari A-Z, from farm to table kerana kami juga boleh menyediakan perkhimatan masak serta katering majlis anda.

Untuk yang berhajat untuk sedekah kan kepada yang kurang berkemampuan, kami juga boleh uruskan. Ada beberapa rumah asnaf, fakir miskin, anak yatim, madrasah tahfiz di sekitar Klang, Shah Alam, Kuala Langat untuk disedekahkan pada mereka.

============
Hubungi kami :

013-200 3482 (ANAS)
016-3415 345 (HJ AHMAD JAMHARI)
013-661 0121 (AHMAD ARIF)
============


BOLEH JUGA RUJUK LAMAN FACEBOOK KAMI DI www.facebook.com/jariahagrofarmpage


antara haiwan sembelihan aqiqah



perkhidmatan kambing aqiqah panggang 

side dishes utk pakej kambing golek/ BBQ/ panggang 

masakan kari 

masakan kicap paprik 

masakan kurma

Kambing Aqiqah BBQ Kg Idaman

Assalamualaikum

Kami menerima tempahan daripada rakan pelanggan saya. Pelanggan baru di Kg Idaman ini adalah rakan kepada pelanggan saya dulu. Kami pernah serve kambing aqiqah bakar BBQ di rumah nya dan rakan berminat untuk mendapatkan khidmat dari kami.



Ini namanya pemasaran mulut ke mulut, apa yang membuatkan pelanggan ini mahu menempah kambing aqiqah utk anaknya jika tidak rasa dan kelazatan kambing aqiqah BBQ kami, hehehe...cewah...alhamdulillah, apa yang lakukan ini adalah untuk memudahkan masyarakat Islam menjalankan aqiqah. Jika dulu trend nya anda akan dapat kambing mentah, kini kami pakej kan sekali dengan perkhidmatan masak dan BBQ, katering juga ada jika anda mahu. Mudah kan? kira mcm one stop centre untuk majlis aqiqah anak anda.

Kami juga mempunyai ladang kambing kami sndiri untuk tuan-puan pilih sndiri kambing aqiqah. Ini kelebihan kami, terus pada penternak. Dan ini dapat mengurangkan kos orang tengah. Jika ambil kambing dari org lain dan masak orang lain, kos anda mungkin lebih tinggi. Penyembelih kami adalah mendapat pentauliahan daripada JAIS dan insyallah penyembelihan dilakukan dengan sempurna.



Event kali ini kami menerima temapahan 2 ekor kambing BBQ aqiqah utk anak Pn Sheila dari Kg Idaman, Port Klang. Suasana sangat meriah dengan kehadiran tetamu yang x jemu2 dengan hidangan lazat kambing BBQ kami, Alhamdulillah. Set pakej BBQ kami adalah termasuk side dishes spt mashed potato, garlic bread, coleslaw dan sos lada hitam. Ianya juga termasuk stainless steel grill stall, khemah utk grill stall, meja bufet side dishes, pinggan polistren,  dan 2 orang pelayan berpengalaman. Sekiranya anda menempah 2 ekor keatas, kami akan beri garden salad with thousand island dressing secara percuma. enjoy these pictures!



















Sekiranya anda berminat untuk menjalankan aqiqah anak anda, hubungi kami utk keterangan lanjut di talian 013-2003482 (Anas) dan
016-3415 345 (Hj Ahmad Jamhari)

LIKE juga FB kami di sini utk update event yang kami jalankan!

Sunday

Majlis anak yatim Dr Alias



Assalamualaikum

Pelanggan tetap kami dari awal membeli susu kambing segar yang saya hantar setiap minggu ke Ara Damansara, Dr Alias menempah lagi kambing BBQ pada MAC 2013 untuk santapan pelajar tahfiz anak yatim. Terima kasih daun keladi.

Seperti biasa, pakej kami seekor kambing BBQ dilengkapi sekali dgn side dishes seperti:
  -Mashed potato
  -Garlic bread
  -Coleslaw
  -Sos lada hitam
  -Sos BBQ tomato
  -Stainless steel grill stall
  -Khemah untuk grill stall
  -Meja bufet utk side dishes
  -Set perkakas bufet yang menarik
  -Pelayan 2 orang
  -Pinggan polistren

Prosedur kami adalah, bakar dahulu di tempat kami. Apabila sampai di tempat majlis, kami akan panaskan dengan api arang dan slice kan kecil-kecil bagi memudahkan untuk makan. Tuan-tuan jangan risau jika tidak masak, kerana kami akan pastikan daging yang dipotong akan dimasak/ dipanaskan lagi untuk menjamin kepuasan tuan-tuan.

Untuk pengetahuan, kambing yang disediakan adalah daripada baka bebiri yang berat karkas lebih kurang 16-18kg yang mana ianya boleh disajikan sehingga 80-100 orang tetamu (bergantung pada cara makan tetamu). Jika tempahan tuan-tuan adalah kambing aqiqah, saya sarankan untuk tuan datang dan pilih kambing aqiqah di ladang kami.

Untuk Dr Alias ini, beliau menempah bebiri frozen yang berharga pakej RM950. Special offerdari kami, jika anda menempah 2 ekor keatas, kami diskaun lagi RM100 bagi kambing kedua dan seterusnya. Bermaksud, RM950 untuk kambing pertama dan kambing kedua adalah RM850 sahaja! malah kami juga beri PERCUMA garden salad with thousand island dressing kepada anda! menarik? Hubungi kami segera di talian:

013-2003 482 (Anas)
016-3415 345 (Hj Ahmad Jamhari)
013-6610 121 (Arif)
017-6141 420 (Hasan)

Kami juga boleh dicapai di Facebook, KLIK dan LIKE kami disini!

Cepat kepada penduduk Shah Alam, Klang, Puchong, Damansara, Kelana Jaya, Petaling Jaya, Subang jaya, Pelabuhan Klang, Meru , Kapar, Kuala Selangor, kami jamin kepuasan! insyallah




Friday

Majlis Aqiqah Taman Melawati, Kuala Lumpur

Bismillah
Asssalamualaikum wbt

Kalau sebelum ini kami hanya melihat sahaja dari MRR2 rumah2 di tepi2 bukit Taman Melawati, 10 Febuari 2013 yang lepas kami datang ke sini untuk serve kambing aqiqah BBQ. Dua ekor kambing ditumbangkan untuk baby imran, cucu kepada tuan rumah. Biasa lah, anak pertama kedua mesti buat majlis aqiqah kat umah atok. Lagi meriah.

Kali ini saya dibantu oleh 2 orang pekerja baru yang perlu saya latih. Alhamdulillah, dipermudahkan urusan, pekerja baru ini tidak perlu diajar lebih, dia tahu apa yang perlu dibuat. Ini kelebihan kami, pekerja2 kami yang akan melayan ( memotong kambing di rumah anda) adalah terlatih dan pantas membuat kerja.

Tuan rumah yang baik hati membuatkan kami selesa untuk menjalankan tugas kami. Dalam masa sejam setengah, dua ekor kambing habis licin dikerjakan. Tuan rumah berpuas hati dengan perkhidmatan kami

saya update majlis ni dalam FB menggunakan instagram place

Untuk bakal pelanggan, kami pakar dalam menyediakan kambing bakar BBQ, insyallah memuaskan hati anda! Untuk yang menjalankan aqiqah, anda blh memilih sendiri kambing di ladang kami untuk disembelih. Pakej BBQ kami dilengkapi dengan side dishes, Mashed potato, garlic bread, coleslaw, blackpepper sauce, sour BBQ sauce, khemah pembakar, stainless steel grill stall, meja bufet side dishes, 2 orang pelayan dan pinggan polistren. LENGKAP!

untuk tempahan 2 ekor keatas, kami beri anda percuma garden salad with thousand island dressing! Ya, PERCUMA! hubungi kami ditalian dibawah untuk tempahan dan maklumat lanjut

Haji Ahmad Jamhari 016- 3415 345 (call)
Anas Alnasrie 013-200 3482 (call & sms)
Ahmad Arif 013-661 0121 (call & sms)
Hasan 017-6141 429 (call & sms)

Anda juga boleh melawati facebook rasmi kami DISINI!


side dish coleslaw


side dish garden salad with thousand island dressing

mashed potato

hirisan daging kambing yang menyelerakan bukan? 


setup side dishes 

dua jenis sos

our setup

Tuesday

BBQ event Mr & Mrs Khairul Shah Alam Seksyen 7




Assalamualaikum

Tempahan kambing panggang makin rancak, alhamdulillah. Mulut pelanggan xlekang dari memuji kambing panggang istimewa kami yang enak dan lembut. Dipadankan sekali dengan sos lada hitam dan side dish yang lain seperti mashed potato, coleslaw, garlic bread, dan garden salad, ianya pasti adalah makanan yang cukup mengenyangkan dan berkhasiat, cukup seimbang.

Mashed potato mempunyai karbohidrat, coleslaw dan garden salad mempunyai vitamin dan serat, coleslaw juga mempunyai mayonis dalam kuantiti yang sedikit, cukup sekadar memenuhi keperluan lemak dalam badan. Manakala daging kambing pula mempunyai protien yang rendah lemak tepu. Garlic bread pula sumber karbohidrat dan garam serta lemak tidak tepu yang sedikit.

Event kali ini mengaqiqahkan anak Mr & Mrs Khairul (suami isteri bernama khairul). Anak mereka ini kembar lelaki yang juga bernama Khairul. Menarik kan? Dua ekor kambing di aqiqah kan selepas pelanggan memilih sendiri kambing di ladang ternakan kami. Disembelih secara halal oleh penyembelih bertauliah, ditempat yang bersih dan diperlakukan kambing tersebut dengan baik.

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar sehingga ke petang, macam biasa, kambing panggang kami tidak pernah berlebihan. Ada seorang tetamu ( Dr perubatan) yang datang ambil sedikit pada mulanya kerana alasan mahu merasa, beliau datang lagi ke grill kami untuk menambah! bkn 2 kali, tetapi 3,4 kali, siap kikis-kikis tulang mencari daging! sedap sangat ke Dr ?? hehe, Apa pun kami merasa puas dapat menyediakan kambing panggang halal dari awal sembelihan hingga proses masakan (panggang).

Terima kasih tetamu dan pelanggan kami!
Untuk melihat gambar lagi, LIKE pada page kami dan lihat albumnya disini

p/s:
Untuk tempahan kambing panggang aqiqah mahupun untuk majlis kesyukuran, hubungi kami:
Anas 013-2003482
Hj Ahmad Jamhari 016-3415 345

Hanya untuk Facebook Fans sekitar Klang dan Shah Alam, kami ada promosi untuk anda disini

 Jangan lupa LIKE page kami dahulu!


Newer Posts Older Posts Home