Showing posts with label Praktikal. Show all posts
Showing posts with label Praktikal. Show all posts

Tuesday

Terima Kasih


Bismillah..
Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, pelajar praktikal dari Kolej Pertanian Malaysia, Salim, telah berjaya menamatkan latihan industri nya di Jariah Agro Farm pada 24 jun lepas selama 3 bulan. Semoga dapat dimanfaatkan apa yang dipelajari di JAF. Kami di JAF sentiasa mengalu-alukan kedatangan mana-mana pelajar untuk menjalankan latihan industri di sini. Ini adalah salah satu khidmat sosial kepada masyarakat dari JAF untuk memudahkan penempatan pelajar praktikal. Semua ini adalah untuk mendokong usaha murni kerajaan yang bertungkus lumus menjayakan pertanian adalah satu perniagaan dan menggalakkan belia untuk bertani, sekaligus mencapai sasaran keperluan makanan negara.

Pelajar bersama pengurus JAF dan saudara Anas


JAF bangga dengan pencapaian yang cemerlang sepanjang latihan industri yang ditunjukkan oleh pelajar ini, diharapkan kerajaan dapat melahirkan petani dan penternak yang komited dan berilmu tinggi. Sebagai tanda terima kasih, JAF menghadiahkan 2 pasang baju dan satu keychain JAF yang esklusif kepada pelajar tersebut.

Disini juga saya ingin berkongsi beberapa hasil breeding yang berjaya JAF hasilkan, antaranya kami sudah mendapat baka ala-ala British Alpine hasil kacukan baka Toggenburg. JAF telah membeli kacukan Toggenburg betina pada setahun lepas yang saya namakan sebagai Sepat. Sepat telah bunting semasa kami membelinya, dipercayai Sepat dikahwinkan dengan pejantan berwarna hitam. Selepas melahirkan anak, warna anak yang saya namakan sebagai Bella ini berwarna coklat dan ada sedikit hitam dibadannya. (lihat gambar anak panah)

Setelah matang utk kahwin, Bella dikahwinkan dengan baka Fullblood Toggenburg (nama Toggy) kami dan hasilnya mengejutkan kami. JAF mendapat baka British Alpine secara tidak sengaja. Walaupun ianya jantan, tapi kami mahu simpan utk membela kerana jarang dapat warna sebegini. Ini bermaksud, baka kambing yang dihasilkan di dunia ini seperti Toggenburg, Saanen, British Alpine, Anglo Nubian, Jamnapari, Boer, Savannah, Black Boer, Red Kalahari adalah hasil kacukan-kacukan antara spesis kambing, dan dinamakan oleh manusia. Tak mustahil, Malaysia juga dapat menghasilkan baka yang berkualiti tinggi yang menjadi trademark kepada baka dari Malaysia. Hehehe...~

ini adalah Bella

dan ini adalah anaknya yang berwarna seperti British Alpine, saya namakan sebagai ......Alpine~ Sehingga berjumpa lagi di post yang akan datang. Sempena bulan Syaaban ini, kami mempunyai stok kambing aqiqah dan potong utk dijual, cepat sebelum stok besar-besar ini disambar orang.

Adios~
Anas Alnasrie

Friday

Pelajar Praktikal dari Kolej Pertanian


Bismillah..
Assalamualaikum wbt..

Jariah Agro Farm sudah menerima pelajar praktikal dari Kolej Pertanian Malaysia selama 2 bulan, ada lagi sebulan untuk pelajar tersebut menghabiskan masa praktikal di JAF dan pulang dengan keputusan cemerlang. JAF amat berbesar hati dan mengalu-alukan mana-mana pelajar yang mahu praktikal di JAF dengan niat mengalami sendiri kehidupan harian sebagai seorang penternak. Terdahulu kami menerima 6 orang pelajar dari UUM dan kini hanya 1 orang sahaja dari KPM. Alhamdulillah, pencapaian yang sungguh memberansangkan, pertukaran ilmu antara kami dan pelajar berkenaan dapat dimanfaatkan kemudian hari.

Rutin harian seperti bagi makan pagi, potong rumput, bersihkan kandang, cuci lantai tinja, membuat silaj, penyelenggaraan jentera, tanam rumput, membaja, bagi makan petang, rawatan kesihatan dilalui dengan tabah selain kerja-kerja tambahan seperti memproses baja organik, mempromosi hasil ladang, menjual hasil ladang dan pemasaran. Sedikit sebanyak dapat menaiktaraf JAF dan membantu kerja-kerja ladang.

Pelajar juga dapat membina keyakinan diri dalam bidang ini yang mana banyak lagi perlu diterokai untuk menjadikan pertanian sebagai salah satu cabang perniagaan. JAF berterima kasih kepada pelajar berkenaan dan KPM kerana sudi menghantar pelajar ke JAF.

aktiviti mempromosi hasil ladang

bersih tol kalau cuci hari-hari

rawatan kesihatan


Disamping itu, jualan aqiqah diteruskan sempena musim cuti sekolah ini dengan harga dari RM650- RM750. JAF juga sedia menyediakan perkhidmatan memasak catering dan BBQ kambing sekiranya mahu. Jualan susu kambing juga diteruskan meskipun khidmat delivery susu kami setakat ini dihentikan buat sementara waktu.

BIRI-BIRI AQIQAH

KAMBING AQIQAH


Stok aqiqah sentiasa ada, hubungi kami sekarang untuk tempahan. Hadiah misteri menanti anda setiap kali transaksi aqiqah dengan JAF.

Hubungi 013-2003482 atau 016-3415345

Regards,
Memperkukuh ekonomi ummah, menyusur sunnah Rasulullah
Anas Alnasrie

Older Posts Home