Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Sunday

Transaksi pertama JAF dalam Dinar dan Dirham


Bismillah...
Assalamualaikum wbt,

14 mei 2011 merupakan sejarah bagi jual beli di JAF kerana kami menerima matawang syariah dinar dan dirham. Kejadian berlaku di Bukit Damansara selepas perjumpaan seminar Dinihari Dinar di rumah Haji Awaludin. Kami sungguh teruja ada sekumpulan manusia yang memperjuangkan matawang syariah ini biarpun masa dan keringat mereka dikorbankan. Semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah dalam urusan muamalah seharian. Matawang syariah ini mengekalkan kuasa membeli di kalangan pengguna, yang semestinya kuasa tersebut di Malaysia ini semakin berkurangan. TERBARU, harga gula sudah naik 20sen, ini sangat membebankan pengguna. Jadi, kami di JAF menyokong matawang syariah ini dan menggalakkan pelanggan kami mengunakan dinar dan dirham sebagai transaksi. Ianya sangat menguntungkan kedua-dua belah pihak!

Dengan jualan permulaan susu kambing set 6 botol berharga 1 dirham, kami berjaya jual 18 botol dalam masa yang sangat singkat, terlalu singkat! itu pun majlis dah hbs dan saya terpaksa balik ke KL (saya dtg lambat sebenarnya ke majlis tersebut). Alhamdulillah, saya harap ini adalah permulaan yang baik bagi JAF mengorak langkah dengan lebih jauh.

transaksi pertama JAF

set susu kambing 6 botol 250 ml = 1 Dirham



untuk tempahan susu kambing area KL, Damansara, Bangsar, Petaling Jaya, Shah Alam sila hubungi Anas di talian 013-2003482. Urusan penghantaran boleh diuruskan secara percuma dengan pembelian minimum 2 set susu kambing (12 botol)- untuk pembelian dirham KGT sahaja. Untuk cash money, minimum 10 botol untuk dapatkan penghantaran percuma mengikut temujanji (isnin sahaja)

Jangan lupa hubungi Anas 013-2003482 untuk mengalami anjakan khasiat susu kambing sunnah Rasulullah!

"memperkukuh ekonomi ummah, menyusur sunnah Rasulullah"
Best Regards,
Anas Alnasrie

Thursday

Khas Ramadhan!


Assalamualaikum wbt.

Untuk muslimin dan muslimat yang mengalami penyakit sepert gastrik dan ulser perut, sudah pastinya anda berasa sukar untuk menjalani ibadah puasa yang datang setahun sekali ini. Rugi rasanya kalau melepaskan peluang untuk berpuasa di bulan yang penuh mulia ni. Tapi apakan daya, disebabkan penyakit yang dialami, anda terpaksa melupakan untuk berpuasa (sedangkan Doktor perubatan mengatakan pasakit gastrik tidak bermasalah untuk berpuasa). Sakitnya menahan perit berlapar hanya Allah yang tahu.

Tapi kini anda tidak perlu risau lagi, kerana Jariah Agro Farm ada menjual produk yang membuat anda tidak berasa lapar semasa berpuasa, iaitu susu kambing segar. Bukan sahaja susu kambing ini menyembuhkan penyakit anda, malah ianya memberi satu 'lapisan' kepada perut anda kerana sifat susu kambing adalah alkali. Maka, jus gaster (asid hidroklorik) dapat dineutral dengan kehadiran susu kambing! Ajaib bukan?!

Selain dari itu, susu kambing segar juga mempunyai protein dan khasiat lain yang tinggi supaya memastikan anda bertenaga sepanjang hari tanpa gangguan menjalani ibadah di bulan Ramadhan ini.

Jangan tunggu lagi! Hubungi kami Jariah Agro Farm di talian 016-3415 345 dan 013-200 3482

Older Posts Home