Showing posts with label Sedekah. Show all posts
Showing posts with label Sedekah. Show all posts

Wednesday

Promosi Aqiqah, Tshirt percuma dan beramal sedekah!


Bismillah,
Assalamualaikum wbt,

Setakat ini ramai juga yang telah memiliki tshirt percuma dari Da'wa Artworks dengan setiap pembelian kambing aqiqah dari JAF. Untuk pengetahuan tuan-tuan, promosi masih berjalan lagi sehingga akhir Jun ini. Masih tinggal 10 hari lagi promosi ini akan ditamatkan. Kepada yang masih belum mendapatkan promosi ini, lebih baik anda cepat sementara tempoh promosi masih ada.
share kan gambar ni di wall FB masing setelah membeli kambing aqiqah dgn kami!

dan gambar ini!

Stok aqiqah kami masih ada untuk tuan-tuan, sekiranya tuan-tuan cepat utk menempah, tuan-tuan akan dapat stok yang besar2 dan daging yang byk. Itu kira rezeki. Jadi, saya menyeru pada tuan-tuan supaya cepat dan jalankan ibadah aqiqah ini utk anak-anak tuan-tuan. Kami melayani setiap permintaan sekiranya tuan-tuan nk pakej masak kari/ kurma/ rendang dengan bayaran minimal. Kami juga menyediakan perkhidmatan catering utk majlis tuan-tuan samada majlis perkahwinan, majlis doa selamat, majlis aqiqah, majlis kesyukuran dan lain-lain. Kami ada set menu terbaik dari dapur kami, namun begitu, tuan-tuan blh request utk menu yang dihajati. Hubungi kami utk quotation!

Sekiranya tuan-tuan mahu aqiqah dan terus sedekah pada Rumah Kebajikan, kami ada beberapa rumah kebajikan dan maahad tahfiz yang sedia utk menerima sedekah tuan-tuan. Kami uruskan. Tuan-tuan hanya pilih kambing, akad bayaran, sembelih, masak dan sedekah. Mudah kan? Kalau tidak sempat ke ladang utk pilih kambing pun tidak mengapa kerana kami akan jalankan amanah tuan-tuan dengan sebaiknya. Antara rumah kebajikan yang kami pilih:

-Rumah Asnaf Al-Barakh, Olak Lempit
-Rumah Kebajikan dan Anak Yatim Al-Munirah, Johan setia, Klang.
-Maahad Tahfiz Al-Muqri, Puchong
-Madrasah Tahfiz Ar-Rashid, Sungai Udang, Klang.
-Rumah Kebajikan Anak Yatim Al-Khairiyah, Jalan Kapar, Klang.

Sedekah daging mentah di Rumah Anak Yatim Al-Khairiyah, Jalan Kapar Klang.

Sedekah BBQ kambing pada Rumah Anak Yatim di Hulu Langat

Perkhidmatan Aqiqah ini termasuklah kepada seluruh muslimin dan muslimat seluruh dunia khususnya masyarakat setempat seperti warga Lembah Klang, Damansara, MOunt Kiara, Kuala Lumpur, Puchong, Subang Jaya, Petaling Jaya, Shah Alam, Klang, Putrajaya, Cyberjaya, Serdang, Banting, Bangi, Kajang, Sungai Buloh dan Cheras. Juga kami ada jualan susu kambing segar. Dapatkannya sekarang !! Anda mahu sesuatu yang baru?dengan aqiqah barbeque?hubungi kami kerana kami terbaik dalam hal berbeque!

set BBQ kami, daging hirisan, coleslaw, garlic bread, mashed potato dan sos lada hitam! pasti anda teruja!


Kunjungi kami di laman Facebook DISINI dan LIKE utk dapatkan promosi terkini!

Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Anas 013-2003482
Haji Ahmad Jamhari 016-3415 345

Monday

Sambutan Isra' dan Mikraj dan "saya xmkn kambing"

Bismillah..

Assalamualaikum wbt..

Di tempat saya, iaitu Kg Sg Kandis telah mengadakan majlis isra' dan mikraj pada malam tadi, 26 June 2011. Ianya diisi dengan majlis ilmu dari selepas magrib sehingga lajak waktu isyak. Ustaz yang memberi ceramah juga cukup menarik dengan susunan ayat dan bijak mengambil perhatian pendengar. Tak hairan lah ianya mampu menarik jemaah seramai 200 orang pada mlm tersebut. Selepas itu, ada sedikit jamuan yang disediakan oleh pihak masjid.

Apa yang menarik yang saya nk kongsikan disini ialah kesemua masakan dan lauk tersebut bukan dimasak oleh pihak masjid. Tetapi ianya adalah hasil masakan dari Jariah Agro Farm. Menu yang disediakan adalah nasi putih, sayur campur, tempe goreng, ikan bulu ayam, kari daging kambing dan daging kambing masak rendang palembang, yang mana rendang ini merupakan menu istimewa dari Jariah Agro Farm.

Sebanyak 2 ekor kambing di tumbangkan. Daging kambing yang dimasak adalah hasil daging aqiqah atas nama makcik saya (meninggal selepas lahir) seekor dan seekor lagi adalah hasil infak salah seorang jemaah masjid. Semoga Allah merahmati beliau. Rata-rata jemaah yang tidak makan daging kambing, mula belajar makan daging kambing kerana daging yang JAF masak tiada bau kambing langsung, terutamanya rendang palembang.

Ramai orang mengatakan bahawa daging kambing yang berbau adalah disebabkan oleh si penyembelih. Sesetengah orang juga mengatakan si pemasak tidak pandai masak. Untuk pengetahuan tuan-puan para pembaca sekalian, kambing-kambing JAF hanya disembelih oleh saya sendiri dan dimasak oleh ibu saya sendiri.

Petua? untuk saya yang menyembelih, tiada petua khsusus, saya hanya sembelih atas nama Allah dan niatkan pada si penama aqiqah, itu sahaja. Bagi ibu saya yang memasak rendang palembang, juga tiada petua, kerana dah tentu ibu saya masak sedap, dipuji ramai. Mana tidaknya, kalau masakan tak sedap, mana blh buat perniagaan katering. (Ibu saya mempunyai syarikat katering dengan pengalaman masak hampir 17 tahun). Apa yang kami boleh kata, hanya pujian kepada Allah kerana perkhidmatan yang kami sediakan memuaskan hati semua pelanggan kami. Tiada bau kambing pada produk kami.

Baru-baru ini juga, JAF ada menerima tempahan BBQ kambing di Masjid Al-Hasanah Bangi. Ada seorang kakak yang mengatakan dia tak makan kambing kerana baunya tidak tahan. Maka, saya menyuruh dia mencuba secubit daging BBQ yang kami panggang untuk rasa. Dengan rasa takut, die mencuba dan alhamdulillah, selepas itu, die terus ambil pinggan dan makan seperti orang biasa. Dia kata " daging tak berbau langsung!, rempah yang enak dan membuatkan seperti saya mahu tambah lagi". Rugi betul tak makan awal2...."

Apa yang ditekankan disini ialah, kambing (produk) yang keluar dari Jariah Agro Farm, kami pastikan ianya memenuhi citarasa pelanggan dan memuaskan hati pelanggan. Kalau nk cuba, tempah lah kambing dari kami dan biar kami masak samada BBQ, rendang palembang atau kari/kurma. Kami sedia membantu anda mendapatkan yang terbaik untuk majlis anda. Dengan upah serendah RM250 anda mampu memperolehi rasa rendang palembang yang enak, kari/kurma yang menyelerakan dan RM500 untuk BBQ siap di rumah anda (Harga kambing adalah berasingan).

Sempena bulan Rejab ini dan Syaaban yang bakal menyusul, Jariah Agro Farm mempunyai stok kambing Aqiqah yang sedia untuk dipotong dan bagus untuk sedekah kan pada masyarakat, jamu jemaah masjid dan anak yatim. Dengan harga serendah RM700 seekor kambing, anda layak mendapat kambing cukup umur, sihat tubuh badan, tiada penyakit, gemuk dan berat 40kg (berat hidup). Cepat, sebelum stok kambing aqiqah yang besar2 disambar orang.

Hubungi Jariah Agro Farm di talian:
016-3415 345 Haji Ahmad Jamhari
013-2003482 Anas

"memperkukuh ekonomi ummah, menyusur sunnah Rasulullah"
Anas Alnasrie

Older Posts Home