Showing posts with label perkhidmatan. Show all posts
Showing posts with label perkhidmatan. Show all posts

Monday

Fenomena Kambing Golek

Assalamualaikum wbt

Lama juga tak update blog, semenjak dua menjak ni saya lebih aktif meng 'update' facebook rasmi Jariah Agro Farm sehingga blog agak terabai. Bagi yang belum LIKE facebook fan page kami, sila berbuat demikian di link ini https://www.facebook.com/jariahagrofarmpage

Kenapa perlu LIKE? ini kerana kadang-kadang saya akan membuat promosi sempena peristiwa yang berlaku di sekeliling kita. Hanya fan FB JAF sahaja layak mendapat keistimewaan ini. Jadi jgn tunggu lagi, LIKE cepat dan anda juga akan mendapat update event yang kami jalankan berserta peringatan, tazkirah, hadis dan kata-kata ulama' yang biasa saya kongsikan.

Kambing golek atau kambing panggang atau kambing BBQ atau nama yang sewaktu dengannya telah menjadi satu fenomena setiap kali majlis hari raya. Namun, kini tidak lagi kerana bukan sahaja majlis hari raya, malah majlis aqiqah pun ramai yang menempah kambing panggang dari kami. Ianya fenomena! Jadi, kepada sesiapa yang berhajat untuk menjalankan kenduri aqiqah anak, sila hubungi kami kerana kami mempunyai ladang sendiri utk stok aqiqah. Tuan-tuan boleh datang dan pilih kambing aqiqah atau serah sepenuhnya pada kami. Kami akan menjalankan tugas tersebut dengan penuh amanah.

Untuk memudahkan para pelanggan, kami juga siap menyediakan perkhidmatan katering pelbagai menu masakan. Pendek kata, dari pemilihan kambing, kambing panggang, menu katering, khemah (tertakluk pada syarat), pelayan semua nya kami boleh sediakan. Kami berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang katering insyallah memberikan perkhidmatan terbaik utk anda.

Kami sedia melayani pelanggan sekitar Lembah Klang termasuk Shah Alam, Klang, Damansara, Subang Jaya, Petaling Jaya, Kuala Lumpur, Cheras, Kajang, Bangi, Puchong, Putrajaya, Cyberjaya, Banting, Sungai  Buloh dan lain-lain!

Hubungi kami di talian tertera:
Anas 013-2003482
Hj Ahmad Jamhari 016-3415 345

hirisan daging kambing

event kambing bakar di Bandar Baru Bangi

Event kambing panggang di Putrajaya

Event aqiqah Ainul Mardhiah di Sungai Kandis

Event Perkahwinan di Bukit Kapar

Event Jamuan Hari Raya di Masjid Bukit Damansara

event Aqiqah di Kuala Selangor

Event Aqiqah di Seksyen 6 Shah Alam
Event Aqiqah Muhammad Al-Fateh

Event Hari Raya di SAMBEST





Wednesday

Promosi Aqiqah, Tshirt percuma dan beramal sedekah!


Bismillah,
Assalamualaikum wbt,

Setakat ini ramai juga yang telah memiliki tshirt percuma dari Da'wa Artworks dengan setiap pembelian kambing aqiqah dari JAF. Untuk pengetahuan tuan-tuan, promosi masih berjalan lagi sehingga akhir Jun ini. Masih tinggal 10 hari lagi promosi ini akan ditamatkan. Kepada yang masih belum mendapatkan promosi ini, lebih baik anda cepat sementara tempoh promosi masih ada.
share kan gambar ni di wall FB masing setelah membeli kambing aqiqah dgn kami!

dan gambar ini!

Stok aqiqah kami masih ada untuk tuan-tuan, sekiranya tuan-tuan cepat utk menempah, tuan-tuan akan dapat stok yang besar2 dan daging yang byk. Itu kira rezeki. Jadi, saya menyeru pada tuan-tuan supaya cepat dan jalankan ibadah aqiqah ini utk anak-anak tuan-tuan. Kami melayani setiap permintaan sekiranya tuan-tuan nk pakej masak kari/ kurma/ rendang dengan bayaran minimal. Kami juga menyediakan perkhidmatan catering utk majlis tuan-tuan samada majlis perkahwinan, majlis doa selamat, majlis aqiqah, majlis kesyukuran dan lain-lain. Kami ada set menu terbaik dari dapur kami, namun begitu, tuan-tuan blh request utk menu yang dihajati. Hubungi kami utk quotation!

Sekiranya tuan-tuan mahu aqiqah dan terus sedekah pada Rumah Kebajikan, kami ada beberapa rumah kebajikan dan maahad tahfiz yang sedia utk menerima sedekah tuan-tuan. Kami uruskan. Tuan-tuan hanya pilih kambing, akad bayaran, sembelih, masak dan sedekah. Mudah kan? Kalau tidak sempat ke ladang utk pilih kambing pun tidak mengapa kerana kami akan jalankan amanah tuan-tuan dengan sebaiknya. Antara rumah kebajikan yang kami pilih:

-Rumah Asnaf Al-Barakh, Olak Lempit
-Rumah Kebajikan dan Anak Yatim Al-Munirah, Johan setia, Klang.
-Maahad Tahfiz Al-Muqri, Puchong
-Madrasah Tahfiz Ar-Rashid, Sungai Udang, Klang.
-Rumah Kebajikan Anak Yatim Al-Khairiyah, Jalan Kapar, Klang.

Sedekah daging mentah di Rumah Anak Yatim Al-Khairiyah, Jalan Kapar Klang.

Sedekah BBQ kambing pada Rumah Anak Yatim di Hulu Langat

Perkhidmatan Aqiqah ini termasuklah kepada seluruh muslimin dan muslimat seluruh dunia khususnya masyarakat setempat seperti warga Lembah Klang, Damansara, MOunt Kiara, Kuala Lumpur, Puchong, Subang Jaya, Petaling Jaya, Shah Alam, Klang, Putrajaya, Cyberjaya, Serdang, Banting, Bangi, Kajang, Sungai Buloh dan Cheras. Juga kami ada jualan susu kambing segar. Dapatkannya sekarang !! Anda mahu sesuatu yang baru?dengan aqiqah barbeque?hubungi kami kerana kami terbaik dalam hal berbeque!

set BBQ kami, daging hirisan, coleslaw, garlic bread, mashed potato dan sos lada hitam! pasti anda teruja!


Kunjungi kami di laman Facebook DISINI dan LIKE utk dapatkan promosi terkini!

Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Anas 013-2003482
Haji Ahmad Jamhari 016-3415 345

Sunday

Transaksi pertama JAF dalam Dinar dan Dirham


Bismillah...
Assalamualaikum wbt,

14 mei 2011 merupakan sejarah bagi jual beli di JAF kerana kami menerima matawang syariah dinar dan dirham. Kejadian berlaku di Bukit Damansara selepas perjumpaan seminar Dinihari Dinar di rumah Haji Awaludin. Kami sungguh teruja ada sekumpulan manusia yang memperjuangkan matawang syariah ini biarpun masa dan keringat mereka dikorbankan. Semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah dalam urusan muamalah seharian. Matawang syariah ini mengekalkan kuasa membeli di kalangan pengguna, yang semestinya kuasa tersebut di Malaysia ini semakin berkurangan. TERBARU, harga gula sudah naik 20sen, ini sangat membebankan pengguna. Jadi, kami di JAF menyokong matawang syariah ini dan menggalakkan pelanggan kami mengunakan dinar dan dirham sebagai transaksi. Ianya sangat menguntungkan kedua-dua belah pihak!

Dengan jualan permulaan susu kambing set 6 botol berharga 1 dirham, kami berjaya jual 18 botol dalam masa yang sangat singkat, terlalu singkat! itu pun majlis dah hbs dan saya terpaksa balik ke KL (saya dtg lambat sebenarnya ke majlis tersebut). Alhamdulillah, saya harap ini adalah permulaan yang baik bagi JAF mengorak langkah dengan lebih jauh.

transaksi pertama JAF

set susu kambing 6 botol 250 ml = 1 Dirham



untuk tempahan susu kambing area KL, Damansara, Bangsar, Petaling Jaya, Shah Alam sila hubungi Anas di talian 013-2003482. Urusan penghantaran boleh diuruskan secara percuma dengan pembelian minimum 2 set susu kambing (12 botol)- untuk pembelian dirham KGT sahaja. Untuk cash money, minimum 10 botol untuk dapatkan penghantaran percuma mengikut temujanji (isnin sahaja)

Jangan lupa hubungi Anas 013-2003482 untuk mengalami anjakan khasiat susu kambing sunnah Rasulullah!

"memperkukuh ekonomi ummah, menyusur sunnah Rasulullah"
Best Regards,
Anas Alnasrie

Thursday

Khas Ramadhan2!



Assalamualaikum wbt..

Jariah Agro Farm menyediakan perkhidmatan Barbeque (BBQ) untuk Majlis Berbuka Puasa dan Majlis Rumah Terbuka sempena Ramadhan dan Syawal nnt. Untuk pelanggan Lembah Klang, penghantaran percuma. Kami sediakan pakej yang berpatutan untuk anda merasai kelazatan daging boer premium empuk yang dibakar perlahan dan diperap dengan rempah-ratus. Disertai dengan sos lada hitam dan mint pasti membuatkan anda terliur. Pakej yang kami sediakan juga termasuk garlic bread, salad, mayonis dan onsite service.

Apa tunggu lagi, hubungi kami dan rasai kelazatan barbeque (BBQ) resepi khas dari Jariah Agro Farm!

Anas 013-2003482
Hj Ahmad Jamhari 016-3415 345

Older Posts Home