Wednesday
Salam E'dul Adha
Salam Hari raya E'dul Adha daripada kami (jariah Agro Farm) kepada seluruh Rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam.
Hari Raya Korban E'dul Adha merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam sedunia bagi menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di Mekah, yang merupakan rukun Islam kelima yang terakhir bagi mereka yang mampu, dan menandakan bermulanya ibadat korban untuk dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin.
E'dul Adha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan E'dul Adhadha ialah ibadat korban. Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Bersama- samalah kita Rakyat Malaysia menghayati erti kata sebenar Pengorbanan dengan saling menghormati sesama masyarakat.
Disamping itu sama-sama kita mendoakan agar umat Islam yang berada di Tanah suci Mekah berada pulang selamatkan selepasa mengerjakan Ibarat Haji.
Posted by Jariah Agro Farm at 2:10 PM 0 comments
Thursday
Khas Ramadhan2!


Assalamualaikum wbt..
Jariah Agro Farm menyediakan perkhidmatan Barbeque (BBQ) untuk Majlis Berbuka Puasa dan Majlis Rumah Terbuka sempena Ramadhan dan Syawal nnt. Untuk pelanggan Lembah Klang, penghantaran percuma. Kami sediakan pakej yang berpatutan untuk anda merasai kelazatan daging boer premium empuk yang dibakar perlahan dan diperap dengan rempah-ratus. Disertai dengan sos lada hitam dan mint pasti membuatkan anda terliur. Pakej yang kami sediakan juga termasuk garlic bread, salad, mayonis dan onsite service.
Apa tunggu lagi, hubungi kami dan rasai kelazatan barbeque (BBQ) resepi khas dari Jariah Agro Farm!
Anas 013-2003482
Hj Ahmad Jamhari 016-3415 345
Posted by Jariah Agro Farm at 3:01 PM 0 comments
Labels: barbeque, BBQ, perkhidmatan
Khas Ramadhan!


Assalamualaikum wbt.
Untuk muslimin dan muslimat yang mengalami penyakit sepert gastrik dan ulser perut, sudah pastinya anda berasa sukar untuk menjalani ibadah puasa yang datang setahun sekali ini. Rugi rasanya kalau melepaskan peluang untuk berpuasa di bulan yang penuh mulia ni. Tapi apakan daya, disebabkan penyakit yang dialami, anda terpaksa melupakan untuk berpuasa (sedangkan Doktor perubatan mengatakan pasakit gastrik tidak bermasalah untuk berpuasa). Sakitnya menahan perit berlapar hanya Allah yang tahu.
Tapi kini anda tidak perlu risau lagi, kerana Jariah Agro Farm ada menjual produk yang membuat anda tidak berasa lapar semasa berpuasa, iaitu susu kambing segar. Bukan sahaja susu kambing ini menyembuhkan penyakit anda, malah ianya memberi satu 'lapisan' kepada perut anda kerana sifat susu kambing adalah alkali. Maka, jus gaster (asid hidroklorik) dapat dineutral dengan kehadiran susu kambing! Ajaib bukan?!
Selain dari itu, susu kambing segar juga mempunyai protein dan khasiat lain yang tinggi supaya memastikan anda bertenaga sepanjang hari tanpa gangguan menjalani ibadah di bulan Ramadhan ini.
Jangan tunggu lagi! Hubungi kami Jariah Agro Farm di talian 016-3415 345 dan 013-200 3482
Posted by Jariah Agro Farm at 1:03 PM 0 comments
Labels: gastrik, kesihatan, produk, susu kambing
Tuesday
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak
Kami di JAF mengucapkan Selamat menyambut bulan penuh barakah bulan rahmat dan bulan maghfirah bulan Ramadhan kepada semua pelanggan dan para peternak. Semoga bulan rahmat ini menjadi satu titik tolak untuk meningkatkan ketaqwaan kita padaNya.
Posted by Jariah Agro Farm at 11:50 PM 0 comments
Monday
Harga mampu milik Jamnapari Ettawa susu!
Bismillah..
Assalamualaikum wbt..
Khas kepada para peternak yang ingin mendapatkan baka jamnapari susu, kami menawarkan anda baka terbaik jamnapari susu. Untuk pengetahuan para peternak, baka jamnapari susu ini adalah hasil breeding dari UK Farming Sdn Bhd. Hasil susu yang lumayan, kira-kira 1.5 liter susu sehari, baka yang sesuai diternak utk penghasilan susu selain dari sannen. Sila hubungi untuk harga:
kherman 016-3469212
falah 017-3103117
Anas 013-2003482
Posted by Jariah Agro Farm at 11:39 AM 0 comments
Saturday
Induk Boer utk Di jual
Bismillah..
Assalamualaikum w.b.t.
Jariah Agro Farm mempunyai stok induk Boer F2-F3 untuk dijual. Kira-kira 8 ekor semuanya dgn harga RM600 seekor. Sesuai utk diternak, umur cukup matang sedia utk dikahwinkan. Juga ada 3 ekor Pejantan Boer dgn harga bawah RM1000..harga diskaun sekiranya lump sum dengan pakej induk dengan pejantan. Hubungi kami sekiranya berminat. Lokasi Shah Alam.
Haji Ahmad Jamhari 016-3415 345
Anas 013-200 3482



Posted by Jariah Agro Farm at 10:00 PM 0 comments


