Tuesday

Jualan susu kambing segar Shah Alam, Klang!

Bismillah
Asssalamualaikum

Jualan susu kambing segar kembali!
Kepada pelanggan sekitar Klang, Shah Alam, Damansara,Petaling Jaya, Puchong, Kuala Langat, Bukit Damansara, Sungai Buloh, Kuala Lumpur, Putrajaya dan kawasan-kawasan sekitar Lembah Klang, dapatkan stok susu kambing di Jariah Agro Farm!



Susu kambing kami dijual dalam botol 250ml dengan harga RM6 sahaja! (Area shah alam dah RM7)
Jika tuan-puan beli 10 botol, hrga saya turunkan RM5.50 sebotol. Nk beli banyak lagi?? xpe, saya turunkan harga lagi dengan pembelian 30 botol keatas, RM5.30 sahaja sebotol. Cepat datang ke tempat kami dan borong banyak2 sementara stok masih ada.

Sesuai untuk sesiapa yang mahu menjaga kesihatan dan anak-anak yang mengalami sakit kuning. Bagus juga buat ibu yang mengandung untuk mengelakkan anak yang bakal dilahirkan nanti tidak mengalami sakit demam kuning.

Buat pesakit asma, ini adalah usaha anda untuk sembuh! susu kambing penuh dengan khasiat, memiliki molekul yang kecil dan mudah dihadamkan. Ianya juga memmpunyai zat dan nutrien yang lebih tinggi daripada susu lembu. Untuk sesiapa yang sayang pada kesihatannya, hubungi kami sekarang dan amalkan minuman sunnah Rasulullah ini.

Hubungi:
Anas 013 200 3482
Hj Ahmad Jamhari 016 3415 345

Untuk melihat gambar dan mendapatkan update dari Jariah AgroFarm, LIKE page kami di www.facebook.com/jariahagrofarmpage

Monday

Event BBQ 8 Disember di Shah Alam

Bismillah
Assalamualaikum

Kami memenuhi tempahan BBQ kambing di Shah Alam sebanyak 2 ekor. Dan 2 ekor lagi dimasak betawi oleh saudara pelanggan. Terima kasih kerana menempah 4 ekor kambing daripada kami. Pelanggan juga menempah menu katering masakan kampung, nasi putih, masak lemak nangka, ulam-ulaman dan sambal belacan, ikan masin bulu ayam, buah-buahan, dan air sejuk.


Untuk tatapan gambar seterusnya, boleh lihat di FB rasmi kami


JGN LUPA LIKE!

Untuk tempahan, sila hubungi:
Anas 013 200 3482
Hj Ahmad Jamhari 016 3415 345

Wednesday

Akikah Shah Alam dan Klang


Jangan lupa hubungi kami Jariah Agro Farm utk kambing aqiqah dan BBQ kambing
kami juga menyediakan perkhidmatan katering

Kambing boleh pilih sendiri di ladang kami di Sg Kandis, Shah Alam
berdekatan dengan Alam Impian, Seri Muda, Kota Kemuning!

Hubungi no tertera!

Kambing Aqiqah Shah Alam

Assalamualaikum,







Musim cuti sekolah memang stok haiwan ternakan tidak mencukupi, tapi alhamdulillah kami mendapat bekalan dari penternak tempatan dan rakan-rakan untuk memenuhi permintaan kambing aqiqah ini. Namun, kepada yang berniat, sila hubungi kami secepat mungkin kerana stok haiwan aqiqah adalah sangat terhad.

Kami sedia melayani pelanggan dari sekitar Shah Alam, Klang, Damansara, Puchong, Subang Jaya, Petaling Jaya, Kuala Lumpur, Ampang, Cheras, Sungai Buloh, Kota Damansara, Pelabuhan Klang, Banting dan lain-lain. Pendek kata, semua kawasan lembah klang kami cover. Tapi, harus diingat, kami tidak boleh melayani perkhidmatan BBQ kambing yang bertindan dengan pelanggan lain. Anda harus cepat untuk booking tarikh yang ada.

Kambing yang kami sediakan adalah cukup syarat iaitu cukup umur, sihat dan tidak cacat. Berat hidup lebih kurang 35kg, tegap dan berdaging. Ianya sesuai untuk panggang BBQ dan gulai. Selain itu, kami juga menyediakan perkhidmatan katering dan masakan kambing. Sekiranya anda nak sedekah kan kepada anak yatim, insyallah kami boleh uruskan secara percuma, kami juga mahu saham membantu anak yatim, betul x?

Oleh itu, saya seru kepada pelanggan diluar sana, hubungi kami cepat untuk booking date!
Anas 0132003482
Hj Ahmad Jamhari 0163415345

untuk melihat gambar event-event terdahulu, anda boleh layari blog ini atau LIKE fan page Facebook kami di www.facebook.com/jariahagrofarmpage

PROMOSI CUTI SEKOLAH

Bismillah
Assalamualaikum wbt

Cuti sekolah kembali lagi. Saat ini rasanya pelajar dan guru lah paling gembira sekali. Cuti sekolah juga memberi peluang kepada masyarakat untuk merencanakan aktiviti seperti kenduri perkahwinan dan kenduri kesyukuran aqiqah. Oleh itu, kami dari Jariah Agrofarm menawarkan kepada anda kambing aqiqah untuk majlis anda. Samada dimasak, digulai, dipanggang, kami boleh uruskan. Berikan kami yang berpengalaman menguruskan hal ehwal makanan pada  majlis anda. Kami juga menawarkan perkhidmatan katering menu masakan seperti:

Nasi Beriani
Nasi Minyak
Nasi tomato
Nasi putih berlauk kampung
Nasi arab
Dll...




Aktiviti kambing golek/ kambing BBQ/ kambing panggang juga menjadi keutamaan kami.
Anda boleh pilih kambing tersebut diladang kami sendiri di Sg Kandis, Shah Alam.
Pakej kambing golek kami bermula RM950 (bukan aqiqah) dan RM1250 (aqiqah), ini termasuk:
-Mashed potato
-garlic bread
-coleslaw
-sos lada hitam
-sos BBQ
-salad dgn dressing (jika 2 ekor)
-1@2 orang pelayan
-pinggan polistren
-peralatan membakar
-meja bufet dan bufet side dish









Sempena cuti sekolah ini, kami menawarka hadiah misteri buat para pelanggan yang bernilai RM25 bagi setiap transaksi jualbeli kambing dgn kami. Oleh kerana dijangkakan ramai yang akan menjalankan majlis aqiqah pada cuti sekolah ini, kami sarankan kepada anda supaya cepat booking kambing dan tarikh majlis anda supaya kami dapat menyediakan perkhidmatan kepada anda.

Cepat hubungi kami:
Hj Ahmad Jamhari : 016-3415 345
Anas : 013-2003482
Hasan : 017-6141 420
Arif : 013-6610121

Jika anda tidak mempunyai masa utk melaksanakan aqiqah ini, serahkan amanah tersebut kpd kami dan kami akan menguruskan dengan penuh amanah, daging tersebut akan di masak dan disedekah kan kepada rumah anak yatim, rumah asnaf atau maahad tahfiz di sekitar klang dan shah alam.

kami sedia melayani kawasan di Lembah Klang seperti Shah Alam, Petaling Jaya, Subang Jaya, Puchong, Sungai Buloh, Puncak Alam, Damansara, Kuala Lumpur, Banting, Kuala langat dan lain-lain. Cepat hubungi kami!

November 2012


Tuesday

Event kambing Aqiqah BBQ

Assalamualaikum wbt

Seperti biasa hujung minggu pasti jadual kami dipenuhi dengan tempahan kambing bakar. Kali ini semuanya adalah kambing aqiqah. Ada dua tempat pada hari ahad lepas, Kg Kuantan yang ditempah oleh En Firdaus dan Taman Menara Maju Klang ditempah oleh sahabat lama saya Elia. Pada mulanya en Firdaus bercadang untuk aqiqah kan anaknya seekor sahaja, tetapi beliau menukar fikiran untuk menambah lagi seekor kambing aqiqah. Tiada masalah bagi kami kerana kami mempunyai sendiri ladang kambing yang mempunyai banyak stok kambing.

En Firdaus menerima satu menu percuma dari kami kerana beliau menempah 2 ekor kambing. Sudah menjadi pakej kami, sekiranya 2 ekor, pelanggan akan mendapat salad with dressing sebagai token dan menu tambahan secara percuma. Dengan menu side dish yang lain seperti mashed potato, garlic bread, coleslaw, sos lada hitam dan sos berbeku, pasti menu kambing bakar anda bertambah meriah.

Kali ini saya sendiri terpaksa turun padang untuk servis kerana beberapa petugas kami tidak hadir saat akhir. Juga tiada masalah buat kami kerana kami mahir dalam mengendalikan majlis2 seperti ini. Kami menerima maklumbalas yang baik daripada kedua-dua pelanggan. Terima kasih.

Untuk bakal pelanggan kami yang masih mencari kambing panggang atau kambing BBQ atau kambing golek atau bahasa lainnya Lamb roasted, kami sedia membantu anda. Anda boleh melawat ke ladang kami untuk memilih kambing yang besar2 dan kami akan sembelih sendiri pada 2 hari sebelum majlis untuk proses perapan. Kami juga sedia menawarkan perkhidmatan katering masakan seperti nasi beriani, dalca, ayam masak merah, daging rendang, acar rampai, air dan buah. Selain itu, kami juga menerima apa-apa jua menu seperti masakan kampung, masakan arab, BBQ party dll...

Rata-rata para pelanggan kami amat berpuas hati dengan perkhidmatan kami dan mudah kerana kami menyediakan hampir semua perkara, dari kambing, masakan dan panggang. Khemah juga boleh disediakan dengan terma dan syarat.

Bagi bakal pelanggan kami sekitar lembah klang, cepat hubungi kami untuk tempahan.
Call Haji Ahmad Jamhari 016-3415 345
atau Anas 013-2003482


kami juga mempunyai laman facebook, anda boleh rujuk juga di sana, jgn lupa like !
www.facebook.com/jariahagrofarmpage










Sehingga berjumpa lagi!
~wasalam~



Monday

Fenomena Kambing Golek

Assalamualaikum wbt

Lama juga tak update blog, semenjak dua menjak ni saya lebih aktif meng 'update' facebook rasmi Jariah Agro Farm sehingga blog agak terabai. Bagi yang belum LIKE facebook fan page kami, sila berbuat demikian di link ini https://www.facebook.com/jariahagrofarmpage

Kenapa perlu LIKE? ini kerana kadang-kadang saya akan membuat promosi sempena peristiwa yang berlaku di sekeliling kita. Hanya fan FB JAF sahaja layak mendapat keistimewaan ini. Jadi jgn tunggu lagi, LIKE cepat dan anda juga akan mendapat update event yang kami jalankan berserta peringatan, tazkirah, hadis dan kata-kata ulama' yang biasa saya kongsikan.

Kambing golek atau kambing panggang atau kambing BBQ atau nama yang sewaktu dengannya telah menjadi satu fenomena setiap kali majlis hari raya. Namun, kini tidak lagi kerana bukan sahaja majlis hari raya, malah majlis aqiqah pun ramai yang menempah kambing panggang dari kami. Ianya fenomena! Jadi, kepada sesiapa yang berhajat untuk menjalankan kenduri aqiqah anak, sila hubungi kami kerana kami mempunyai ladang sendiri utk stok aqiqah. Tuan-tuan boleh datang dan pilih kambing aqiqah atau serah sepenuhnya pada kami. Kami akan menjalankan tugas tersebut dengan penuh amanah.

Untuk memudahkan para pelanggan, kami juga siap menyediakan perkhidmatan katering pelbagai menu masakan. Pendek kata, dari pemilihan kambing, kambing panggang, menu katering, khemah (tertakluk pada syarat), pelayan semua nya kami boleh sediakan. Kami berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang katering insyallah memberikan perkhidmatan terbaik utk anda.

Kami sedia melayani pelanggan sekitar Lembah Klang termasuk Shah Alam, Klang, Damansara, Subang Jaya, Petaling Jaya, Kuala Lumpur, Cheras, Kajang, Bangi, Puchong, Putrajaya, Cyberjaya, Banting, Sungai  Buloh dan lain-lain!

Hubungi kami di talian tertera:
Anas 013-2003482
Hj Ahmad Jamhari 016-3415 345

hirisan daging kambing

event kambing bakar di Bandar Baru Bangi

Event kambing panggang di Putrajaya

Event aqiqah Ainul Mardhiah di Sungai Kandis

Event Perkahwinan di Bukit Kapar

Event Jamuan Hari Raya di Masjid Bukit Damansara

event Aqiqah di Kuala Selangor

Event Aqiqah di Seksyen 6 Shah Alam
Event Aqiqah Muhammad Al-Fateh

Event Hari Raya di SAMBEST





Newer Posts Older Posts Home