Friday

Pasca 3 month

Assalamualaikum w.b.t.

Rasanya lama sangat saya xupdate blog ni..lebih sebulan, ramai gak yg tanya bila nak update..
abandoned ke ape?..hehe,bukan apa, kekangan masa yang membataskan utk saya update blog ni..maklumla, buat masa ni mmg xde pekerja lagi..dari A sampai Z saya yg buat..dari bancuh makanan, sapu kandang, tanam napier, tebang pokok kat padang ragut, suntik menyuntik, buat pagar padang ragut..mcm2 la..memang xsempat nak update..

Apa yang saya lakukan ini adalah untuk memahami dan mengenali bagaimana rasanya menternak kambing. Nanti bila dah ada pekerja, xblh la dorang nak tipu kita. Pengalaman ditipu cukuplah untuk dijadikan pedoman. Insyallah dalam bulan ini ada seorang pekerja yang akan bekerja di kandang, ringan la jgk beban nnt. Berkata tentang pengalaman, sepanjang 3bulan saya terjun dalam bidang peternakan ni, banyak jgk yang saya dapat

1. Kawan dan network bisnes yang mengkagumkan. Memang menakjubkan apabila ramai rakan-rakan peternak lain samada dari Selangor atau dari negeri lain datang melawat dan di situ ukhwah terjalin. Semuanya tak kenal. Dari sini saya terfikir, hebatnya meternak kambing sehingga kan jalinan silaturrahim sesama Muslim dapat dibina.


2. Pengalaman berdepan dengan kerenah-kerenah pelanggan dan permintaan market. Begitu mencabar, sehinggakan permulaan bisnes kami ini ditafsirkan sebagai kesilapan besar apabila membeli baka yang salah. (bukan baka yang terbaik untuk breed). Alhamdulillah, berkat ukhwah rakan-rakan ternak yang lain yang memberi nasihat, saya dalam proses untuk rolling kewangan supaya boleh tukar baka yang lebih baik.


3. Kematian dan kelahiran. Ini berlaku pada kambing batch pertama masuk, kebanyakkannya anak-anak mati. Punca kematian tidak dapat dipastikan. Tapi kesimpulan yang dibuat adalah banyak yang perlu dipelajari dan memantapkan lagi pengurusan kambing. Terutamanya dari segi kesihatan dan pemakanan. Kalau nak kira rugi, memang rugi, tapi pengalaman tidak dapat dibayar dengan wang ringgit. Kelahiran pertama di kandang JAF (Jariah Agro Farm) adalah si biri-biri. Seekor je anaknya. Lahir pada 21 mac lepas. Cepat betul membesar. Alhamdulillah bila tengok dia membesar dengan sihat. Melompat-lompat dia..hehe


4. Ilmu. Yang ini memang kena cari dan timba dari orang-orang yang dah berpengalaman. Apa yang menakjubkan ialah banyak sangat ‘mazhab’. Contohnya dari pemakanan kambing, ada yang kata molasses xelok, sedangkan JPV syorkan. Kemudian, ada yang kata jangan bagi makan kulit pisang, ada yang kata boleh, ada yang kata soya hull xbagus kerana tiada khasiat, walaupun saya tahu ianya memang bagus. Apa pun, kami ambil apa yang patut sambil2 melakukan eksperimen sendiri.


5. Dan akhir sekali, apa yang saya dpt sepanjang 3bulan ini ialah peningkatan aktiviti sel-sel melanosit di muka saya. Sel-sel ini mempunyai pigmen melanin (eumelanin dan pheomelanin) yang akan menjadikan kulit anda ‘gelap’…aduyaiii…ni disebabkan bekerja dibawah terik matahari walaupun dari Januari hingga sekarang..asyik hujan je petang2..dah bertambah2 gelap la ambo..hehe..nnt pakai ‘fair n lovely’ ok la kot..huhu

Dalam 3 bulan ini juga lah saya ada buat beberapa ‘business tour’ samada bersama ayah saya ataupun bersama rakan-rakan peternak. Tidak lain tidak bukan adalah untuk menimba ilmu dan pengalaman mereka. Dari Yong Peng, Kluang, Lenggeng, Marang, Kuala Terengganu, Dungun, Paka, Sepang, Labohan Dagang, Kapar, Meru, Shah Alam semua saya redah. Untuk melebarkan rangkaian perniagaan dan menimba ilmu. Dari situ la timbulnya banyak ‘mazhab’..hehe


Untuk memantapkan aliran kewangan, saya dan pengarah projek (ayah saya) decide untuk start ber’trading’ kambing smada kambing daging ataupun aqiqah. Ini kerana aliran kewangan yang lembab, asyik duit je kuar, duit masuk kurang…yela orang kata, ROI paling awal pun 2tahun..tp nak tggu 2tahun tu brape puluh ribu lagi yang akan dilaburkan. Semoga Allah mudahkan segala urusan saya dalam bidang peternakan ni dan semoga diberkati segala usaha saya untuk meningkatkan ekonomi keluarga khasnya dan ekonomi ummah umumnya…amennn….

Minggu ni kambing baka jamnapari dan anglo pure akan masuk ke kandang JAF. Saya akan postkan gmbar2 terbaru nnti.

Sehingga berjumpa lagi

Wednesday

Kemasukan Kumpulan Boer ke-2

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah pada 23hb Februari lepas, sekumpulan lagi boer masuk ke kandang kami..
sebanyak 10 ekor boer induk (muda2 lagi) memeriahkan lagi jumlah boer kami..jadi, sekarang ni ada lebih kurang 60 ekor kambing terdiri daripada kambing kampung, bebiri, jamnapari dan boer..

yaaa....yaaa...mcm sebelum2 ni jugak, boer ni juga kami beli dari pemilik yang sakit (apasal aku ni beli dari org sakit je??)-cina tu dah xlarat nak bela..dia borong satu kandang, jadi aku beli 10 ekor je..(ikut kan hati nak 20 ekor, tp xdak duit laaa...)harga RM5500 utk 10 ekor..nak kata murah, ntahla..nak kate mahal pun ntah la..mcm tengah2 je..huhu..


setakat 10 ekor je..naik strom je la..huhu

Jd makin terbeban la aku dgn jumlah yg byk ni..pening2..tp tu la, skrg ni mencungap2 gak dgn situasi kewangan aku skrg..bil2 rumah pun tertunggak..haha..ujian betul..tp dah bayar dah..rezeki Allah..sekarang ni aku decide utk jual sape2 yg berminat nak beli kambing aku (kecuali boer-hehe)..dgn tu, kandang pun agak lengang dan aku blh fokus utk trading akikah, kenduri etc...

ha, lupa..patutnya kandang dah sesak, tp nak masuk boer punya pasal, kne la buat extension skit..khas utk boer..huuu..kos lagi..xpe2,sabar2..(tgk gambar)


kandang asal dan extension (yg kecik tu)

mungkin sekarang ni patut utk fokus bela boer dan jamna pure..
dan produk susu jugak..insyallah akan dilaksanakan pertengahan tahun ni..
dan mungkin juga akan tambah kandang lagi di kawasan berhampiran (30' X 100')
tu la perancangan..dgn niat yg baik ni semoga Allah permudahkan..ameennnn....
layan sedikit gambar boer terbaru dari JAF...zasss

boer terbaru dari JAF

sampai2 je terus melantak..nafsu makan lain mcm

sempat lagi mengintai tuu...xtahannnn...aih

tangkap lentokkk...

Pejantan yang bakal meramaikan penghuni boer di kandang JAF

kepada shbt2 AKHI AGRO, semoga perkembangan Jariah Agro Farm ini akan membuat kalian kembali bersemangat dlm industri ini..kerana masa tidak menunggu kita shbt2..AKHI AGRO perlu buat sesuatu meskipun ianya perlahan..kne melangkah walaupun setengah tapak..ingat ayat yg slalu aku pegang...'"You don't have to be great to start, but you have to start to be great"

adios..sehingga berjumpa lagi..wsalam..

"MEMPERKUKUH EKONOMI ISLAM, MENYUSUR SUNNAH RASULULLAH"
'"You don't have to be great to start, but you have to start to be great"

Monday

KAMPUNG UTK DIJUAL

Assalamualaikum w.b.t.

Di sini kami ingin menjual kambing kampung kami dengan harga RM5000...
ada 4induk bersama 6 anak-anak meraka dan 4 jantan... SOLD!!!

Dan biri-biri sepasang (betina bunting) dengan harga RM1300

Jika berminat, hubungi saya di talian 013-200 3482 (Anas)



'MEMPERKUKUH EKONOMI UMMAH, MENYUSUR SUNNAH RASULULLAH'
'"You don't have to be great to start, but you have to start to be great"

Sunday

Ilmu dipraktik kan

Assalamualaikum w.b.t.

Untuk menjamin kesihatan kambing, kita perlu sediakan ubat2an. Hari tu saya beli ubat2 di bukit pelanduk atas rekomen kwn yg dah lama dlm peternakan ni. Beli itu ini...tup..tup...RM417...peghhhh..mahal jgk..tp xpe la ...utk kesihatan kambing jgk, spya sihat dan kuat..hehe

Amoxykel L.A. , D-bloat, multivitamin, pinkeye, ivomec, negasunt, syringe, needle...


Dengan adanya ubat2 ni, blh la rawat kambing2 yg dibeli dlm keadaan xsihat tu..kne cucuk cacing, bg vitamin dll. Pening jgk...bkn ape, sume tu duit tu..hehe..

Bukan JPV daerah xbuat keje, tp xnak susah kan depa..lagipun, kan graduan kesihatan, bab2 suntik2 ni tahu la skit2..dah pernah buat masa subjek toxicology..tp buat kat tikus je, ni haiwan peringkat tinggi ni..(kambing)..kne la berani mencuba.. ayah saya pun dah blh buat sendiri..yg penting yakin..bkn susah pun..akhirnya ilmu yg blaja kat UKM KL ni berguna jgk kat bidang kekambingan ni..ape2 pun msti perlukan ilmu.


siap sedia utk suntikan cacing..mask tu eksyen je tu,
dah biasa kat lab pakai mask..hehe


Saya xberapa setuju sbnrnya kalau ada staf JPV dtg utk suntik etc dan minta 'duit kopi' daripada peternak..bg pandangan saya, ianya berbentuk rasuah melainkan niat kita mmg nak hadiah kerana dah tolong suntik etc. Tapi hadiah ni bkn menjadi satu kemestian apabila setiap kali dtg, kne bg 'duit kopi'..ini dah dikategorikan sebagai rasuah. Lagipun itu kan dah tugas dia utk suntik kambing?? tanpa meminta bayaran?

ini lah yang mnyebabkan saya suntik kambing saya sendiri, post mortem sendiri dan lain2. Cuma nak xnak, khidmat nasihat sgt diperlukan dari pihak JPV....emmm..

Sekarang ni kesalahan pun dipandang sebelah mata dan di'salut' dgn alasan.

pikir la sndiri.......

'MEMPERKUKUH EKONOMI UMMAH, MENYUSUR SUNNAH RASULULLAH'
'"You don't have to be great to start, but you have to start to be great"

Friday

Kemasukan Kumpulan Boer

Assalamualaikum w.b.t.

21 hb Januari 2009 pada sebelah petangnya aku dapat berita yang ada org nak jual kambing 'kampung baka baik' (bak kate org2 kampung) kat meru. Sebab pemiliknya dah terlantar kerana lumpuh. Hanya mengharapkan isteri dia utk bagi makan. Yela, pompuan kan, mne la kuat, nk urus kambing lagi, anak2, masak, jg suami, kesian tgk. Jadi hasrat pemilik tu utk jual kesemua kambing nya.

Mati-mati ingat kambing kampung, rupenya bila dah tgk, laaa....boer cross laa...deal punya deal, dia bg RM4050 utk 12 ekor boer. Alhamdulillah, agak murah la. Patutnya ada 13 ekor, tp sekor tu sakit dan mati selepas kitorang angkut kambing pada 24hb Januari. Nasib baik xamik..huhu. Tapi biasa la, bila orgnya sakit, kambing pun ikut sakit sebab xdijaga betul. Baik selamatkan cepat2. Semua boer berbulu tegak, cacing la tu. Dan hari ni 30hb baru sempat nak cucuk dorang dgn ivomectin.


loading dlm lori, kne ikat woo..nnt melompat kang, dahla xde pengadang tepi


ha..terpaksa la dukung, nasib baik muda lagi..xberat sgt



Salah satu kambing boer di kandang, Mentel nama die, sbb mmg mentel pun!
cross je..tp okla nmpk cantik, baru 5bulan


bila kambing menjadi 'pet'...

boer sedang menjamu selera..insyallah akan datang amik yg lebih elok


ni la pejantan cross di kandang JariahAgro. Umur setahun..walaupun xFB,
ok la, bentuk bdn pun cantik....sori amik gmbar tgh melepas..hehe


Jantan boer dan 'Mentel' (betina) ni saya amik daripada seorang kawan lama dgn hrga yang susah nak dapat. Bersama dengan seekor jamnapari jantan (5 bulan juga)-tengok la badan jamnapari ni..kalau dah besar ni mesti jadi jaguh..



anjang namanya


ni dia bapak dia, besar gila...insyallah anjang akan jd cam bapak dia


'MEMPERKUKUH EKONOMI UMMAH, MENYUSUR SUNNAH RASULULLAH'
'"You don't have to be great to start, but you have to start to be great"

Kemasukan kambing

Assalamualaikum w.b.t.

1 Januari 2009, hari yang ditunggu telah tiba. Kemasukan kambing-kambing yang dibeli dari owner lama, kira proses pemindahan kambing ni banyak jugak cabaran nye (sabor je laa)..sebanyak 36 ekor kambing kampung, jamnapari dan anak-anak mereka telah dipindahkan dengan lori 2.5tan. Macam-macam ragam kambing ni bila nak pindah, lagi2 jantan jamnapari yang paling besar (harga RM2k-kate owner lama). Patutla bela kambing ni mentarbiyah jiwa, kne la banyak2 sabor..ada sedikit gambar semasa proses tersebut...



Cabaran pertama, lori yang akan digunakan untuk pindahkan kambing terbenam
dan xleh nak jln, jd penyelesaiannya.....


kena la tarik dengan case! haha..


baik2..jgn sampai terlepas..kang jenuh lak nak ngejar


susah tol nak pindah kan kambing ye..sekor2


unloading...


lari2...ade orang nak kejar!..ni anak2 kampung dan jamnapari


tu tgh ckp kat kambing la tu..suruh naik


masing2 kepenatan..termasuk la tuan nye..

So, pendek kate, masa proses pemindahan ni mmg byk dugaan..pulak tu sekor jantan jamnapari xnak naik kandang. Penat saya berlawan dgn die..xnak jgk..last2 tambat je kat pokok memandangkan hari pun nak malam..Malam pun dugaan lagi, hujan selebat2nya..kesian kat kambing yang kne tambat tu, hujan2 tu la saya redah utk letakkan zink untuk die teduh..kol 1 pagi baru balik dari kandang..dugaan tol!

Sekarang ni alhmdillah,sume dah semakin stabil, makan dah selera..anak2 sihat..semoga dipermudah kan!! ameen....

"MEMPERKUKUH EKONOMI UMMAH, MENYUSUR SUNNAH RASULULLAH"

"You don't have to be great to start, but you have to start to be great"

Best regards,
Anas Alnasrie

Wednesday

Progress

Assalamualaikum w.b.t.

Kerja-kerja melapangkan tanah dah lama buat(setakat tebas2 je), tapi pada awal bulan disember 2008 dah clear dgn menggunakan case (kapal korek). Habis hancur tanah, tanah jadi 'bonyok' dek kesan tayar die. At last, saya amik keputusan utk clear guna tenaga manusia, lebih murah, efektif dan ekosistem terjaga, cume lambat skit..huhu. So, ni gambar2 yang saya amik semasa progress membina kandang.

kawasan tapak kandang yang telah dibersihkan, yang belah sana tu kandang jiran


Ni adalah potongan kayu satu2 nya pokok binjai yang manis di kampung.
Tertekan dgn worker tu, disuruh tebang pokok lain, pokok binjai dicantasnye



dah tegak tiang..big boss tinjau tapak projek


Alhamdulillah..dah naik skit

Ha..dah nmpk rupe kandang..xbesar, cume 30' X 20' je buat permulaan ni..
untuk menampung 36 ekor kambing yang akan masuk


Sekarang ni masih lagi dlm progress sebab nak tambah stor tempat simpan makanan..cume bawah kandang tu saya xsimen, letak pasir je..sebab pada pendapat saya, ianya boleh mengurangkan bau apabila air kencing kambing terus meresap ke dalam pasir. Jadi, tinja xberapa basah, gas ammonia xterbentuk dan bau pun kurang..(betul ke?)

Ape2 pun, doakan la yang terbaik untuk permulaan ni..

"Memperkukuh ekonomi ummah, Menyusur sunnah Rasulullah"
"You don't have to be great to start, but you have to start to be great"

Newer Posts Older Posts Home