Tuesday

Siswazah tani


Assalamualaikum w.b.t.

"Zaman dah berubah, dunia dah maju"...mungkin ini satu frasa yang paling sesuai untuk menjawab bila ada orang bertanya kepada saya.."eh,Anas,ko ingat boleh hidup ke dengan bela kambing ni?"....aduiii...soalan ni mmg mencabar la bagi seorang yang baru nak berjinak2 dengan dunia peternakan ni..

Ada pula yang mengutuk."Kesian nye,belajar tinggi2, dpt 2nd class upper pun xdpt keje lagi"...ayat ni lagi la mencengkam jiwa. Tapi, semua tu saya tepis dengan kecekalan saya dan keyakinan saya dlm bidang ni. Mungkin mereka tidak tahu tentang peluang ni. Bukan ape, kerja ni kalau dimohon dapatla, masalahnya saya xapply, mmgla xdpt keje walaupun result tu boleh la tahan. Sebenarnya, ramai sgt graduan yang dah menceburkan diri dalam bidang ni, samada serius ataupun tidak. Mesti boleh hidup punya, para anbiya' pun bela kambing kan..

Gambar kat atas tu masa saya dianugerahkan segulung ijazah pada ogos 2008 lepas oleh Yang Amat Mulia Tunku Laxamana Tunku Dato' Seri Utama Naquiyuddin Ibni Tuanku Ja'afar. Yela, sebagai graduan jurusan sains kesihatan bersekutu, UKM, banyak sangat peluang keje yang menunggu, apatah lagi saya ni terikat dengan JPA (selagi xdipanggil). Malah, ada 2 profesor yang sudah menelefon saya untuk menyambung master dibawah kelolaannya. Tapi, masing2 ade own future plan. Bagi saya, biarlah saya go on dengan kambing dulu, yang lain kemudian pun xpe kot. Lagipun, bela kambing ni akan mendidik jiwa dan rohani kita sebenarnya.

Seronoknya bila dapat grad dan diraikan oleh ibubapa serta keluarga. Dan harapan mereka supaya dapat kerja yang bagus2, dpt gaji besar, kereta besar dan mcm2 yang besar (hutang pun besar). Bila tetiba je saya nak bela kambing dan xmahu keje, alhamdulillah ibubapa saya sokong 100% (sebab kami dilahirkan dlm 'family business')-cayala ayah!. So, ayah mak la banyak membantu dari segi kewangan dan sokongan moral. Alhamdulillah....

Jadi, segala kutukan, sindiran dapat dilenyapkan dengan sokongan ibubapa. Sekarang ni, saya kena la berusaha bersungguh2 dan kembang kan lagi bidang ni supaya dapat membuktikan ini adalah satu perniagaan yang menguntungkan. Nabi pun berniaga jugak kan..jadi, jika anda seorang graduan, jgn ragu2 utk terjun ke dunia ini kerana bukan sahaja "Perternakan adalah satu perniagaan", malah lebih dari itu. Percayalah.....

"MEMPERKUKUH EKONOMI UMMAH, MENYUSUR SUNNAH RASULULLAH"

"You don't have to be great to start, but you have to start to be great"

0 comments:

Newer Post Older Post Home