Wednesday

BBQ di Masjid Al-Hasanah Bangi sempena Dinihari Dinar



Bismillah..
Assalamualaikum wbt..

25 June 2011, Sabtu menyaksikan sekali lagi pihak penganjur Dinihari Dinar menempah BBQ kambing golek dari Jariah Agro Farm untuk menjamu para tetamu program di Masjid Al-Hasanah Bangi. Ianya di bayar dengan matawang syariah Dinar dan Dirham, sebanyak 1/2 dinar KGT dan 18 dirham KGT. Juga ianya hasil infak para tetamu dan pihak penganjur, semoga Allah murahkan rezeki kalian. Oleh kerana pada sessi lepas, ramai yang tidak dapat merasa keenakan BBQ kami, kali ini, saya datangkan kambing yang lebih besar hampir 19 kilo untuk tetamu Dinihari Dinar. ALhamdulillah, semua tetamu dan pihak penganjur dapat makan dengan puas. Kali ini, JAF menawarkan promosi tambahan menu garlic bread dan mushroom cream soup dengan tambahan bayaran RM100. Promosi ini akan berlanjutan sehingga akhir tahun 2011 yang mana selepas ini caj menu garlic bread dan mushroom soup adalah RM150. Jadi, cepat hubungi kami untuk menempah perkhimatan BBQ di rumah anda sementara promosi masih ada.

Berbalik pada BBQ di Masjid AL-Hasanah, JAF berpuas hati kerana SEMUA tetamu menyatakan feedback yang baik terhadap perkhidmatan yang JAF sediakan, semua dapat makan, bahkan berlebih dan dibungkus oleh para tetamu. ALhamdulillah! licin, sehinggakan tulang pun mereka bawa balik utk dimasak sup tulang. Untuk pengetahuan tuan-tuan, selepas kami menghidangkan daging kambing BBQ, tulang-tulang yang masih tertinggal masih boleh dimasak sup kerana masih ada saki baki daging yang tak dapat dikeluarkan. Kebiasaannya, tulang tersebut diberi kepada tuan rumah utk diuruskan (dimasak sup). Rasa sungguh lazat, kerana rempah kami masih ada pada daging tersebut.


Majlis tersebut selesai pada waktu zuhur dan transaksi disempurnakan oleh sidi Irwan Ambak kepada saudara Anas dengan bayaran seperti disebutkan di atas.


Perkhimatan JAF mencakupi seluruh kawasan lembah kelang tanpa sebarang caj pengangkutan. JAF menjamin keenakan BBQ yang kami sediakan. Ini kerana kebanyakkan testimonial pelanggan kami meceritakan segalanya. Pakej BBQ kami sediakan adalah seekor kambing, blackpepper sauce, mint sauce, mayonis, salad dan 2 orang pelayan, kami juga membawa bersama stall pemanggang, pinggan polistrin, meja dan tray untuk memudahkan tuan rumah.

Kenapa JAF menerima Dinar Dirham dalam urusniaga?

Saya selalu ditujukan soalan ini daripada pelanggan saya, apa yang saya katakan ialah, dinar dan dirham adalah matawang syariah yang bebas dari spekulasi dan amalan riba. Matawang ini stabil dan dapat mengelakkan krisis inflasi. JAF mengambil tindakan ini adalah kerana berpandangan jauh supaya dapat mempersiapkan diri di kala kesempitan akibat krisis inflasi. Harga emas (dinar) juga meningkat saban tahun menyebabkan keputusan ini adalah yang terbaik kami lakukan. Selain itu, JAF juga merasakan bahawa urusniaga menggunakan Dinar Dirham ini adalah amalan sunnah Rasulullah, sama seperti membela kambing, pasti ada hikmahnya sekiranya melaksanakan apa yang Rasulullah lakukan. Menternak kambing merupakan tarbiyah Rasulullah, berniaga sunnah Rasulullah, urusniaga menggunakan Dinar Dirham juga sunnah Rasulullah, apa yang kami lihat adalah keberkatan dalam urusniaga sejajar dengan mengamalkan sunnah Rasulullah. Ini adalah selari dengan tagline JAF iaitu " memperkukuh ekonomi ummah, menyusur sunnah Rasulullah"

Sehingga berjumpa lagi,

Best regards,
Anas Alnasrie

0 comments:

Newer Post Older Post Home