Sunday
Assalamualaikum wbt..
Rasanya tidak terlambat utk saya mengucapkan Happy Eid Mubarak (selamat hari raya aidilfitri) kepada para pelanggan dan pembaca. Semoga ini adalah hari kemenangan setelah tamat kita berpuasa selama sebulan. Raikan kemenangan ini dengan memperbanyakkan takbir, tahmid dan hamdalah serta selawat kepada Rasulullah dan para sahabat. Sesungguhnya ini adalah hari yang ditunggu oleh anak-anak kecil untuk mendapat "duit raya" daripada keluarga dan jiran-jiran. Budaya ziarah menziarahi di bulan eid ini masih lagi dikekalkan di kampung saya, Kg Sg Kandis, Shah Alam. Harapnya ianya juga terjadi di kawasan bandar.
Memandangkan semalam dan hari ini adalah hujung minggu pertama pada bulan syawal ini, kami di Jariah Agro Farm menerima beberapa tempahan kambing bakar. Antaranya di Subang Bestari ditempah oleh En Huzaidy untuk aqiqah anak ketiganya, Muhammad Fikri. Menu nasi beriani dan tambahan daging rusa inisiatif tuan rumah cukup membuatkan para tetamu tersandar kekenyangan. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dengan kehadiran tetamu yang agak ramai. Antara tetamu istimewa bagi saya ialah Mazidul Akmal Sidek, personaliti TV3 yang menjadi salah seorang tetamu tuan rumah, juga merupakan rakan sekolej mereka suatu ketika dahulu. Bro Mazidul juga mengemaskini blognya mengenai majlis berkenaan di sini. Sempat para tetamu bergelak tawa dek ceritera dari Bro Mazidul, agak menarik ceritanya, kisah Penjara pudu yang saya pun tidak tahu.
Alhamdulillah, maklumbalas yang baik diberikan daripada En Huzaidy mengenai service kami membuatkan pamplet kami habis diedarkan untuk recommendation. Kambing bakar kami habis sebelum majlis melabuhkan tirainya, bermaksud ianya enak dimakan mungkin. Setelah siap, kami minta diri dan pada petangnya pula, Jariah Agro Farm ke Putrajaya utk sessi membakar kambing di Presint 11.
saya petik sedikit gambar dari laman blog bro mazidul
Bagi yang berminat untuk mendapatkan kambing panggang dari Jariah Ago Farm, sila hubungi kami di talian 013-2003482 (anas), 016-3415345 (Hj Ahmad Jamhari). Untuk maklumat lanjut, jgn segan utk hubungi kami atau klik sini. Untuk makluman, setiap hari sabtu sepanjang bulan syawal ini, sudah habis ditempah, hanya yang tinggal ialah pada hari Ahad dan weekdays sahaja. sehingga berjumpa lagi, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari kami, Jariah Agro Farm.
regards,
anas alnasrie
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment