Thursday

Hari Raya Qurban 1432H



Bismillah
Assalamualaikum wbt,

Hari Raya Eiduladha atau lebih dikenali sebagai Raya Qurban telah melabuhkan tirainya semalam (rabu), ianya meliputi raya pertama dan Hari Tasyriq pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah, bermaksud, tiada lagi ibadah qurban pada selepas tarikh ini utk tahun 1432H. Insyallah dipanjangkan umur, kita dapat berjumpa kembali pada tahun akan datang. Qurban atau udhiyyah ini melatih diri daripada sifat bakhil dan mendekatkan diri kepada Pencipta Rabbul Jalil Allah SWT. Islam sangat menggalakkan umatnya yang mampu untuk melakukan ibadah ini sekaligus menyucikan harta yang diperolehi selain daripada zakat.

Daripada Aisyah R.Anha, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

"Amal yang paling disukai Allah pada hari penyembelihan ialah mengalirkan darah haiwan qurban, sesungguhnya haiwan-haiwan yang dikorbankan akan datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan tulang-tulangnya. Sesungguhnya pahala yang datang dari haiwan qurban ini adalah datang dari Allah sebelum jatuh ke bumi, maka lakukanlah kebaikan ini" (HR Tarmidzi)

" Darah yang menitis jatuh ke bumi itu dapat menghapuskan dosa-dosa yang telah lalu"

Alhamdulillah Jariah Agro Farm seperti biasa membekalkan bekalan lembu dan kambing untuk sesiapa yang mahu menjalankan ibadah ini. Semua berjalan lancar dan semoga Allah menerima ibadah tuan-tuan. Apa yang menarik yang ingin dikongsikan di sini ialah, berbanding tahun-tahun lepas kami hanya menerima wang kertas sahaja. Tetapi tahun yang penuh barakah ini kami juga menerima dinar dan dirham sebagai transaksi. Syukur kerana ada beberapa pelanggan yang menggunakan matawang syariah ini untuk melakukan qurban, bertambah berkah juga ibadahnya.

Ada bekalan lembu kambing yang kami hantar ke masjid, sekolah, dan ada juga yang kami uruskan penyembelihannya di tempat kami sendiri. Daging-daging tersebut terus disedekahkan ke rumah anak yatim dan madrasah tahfiz sekitar lembah klang. Gambar yang saya sediakan ini adalah urusan penyembelihan di tempat saya dan disaksikan oleh penama-penama qurban. Ada diantara mereka adalah menggunakan dinar dan dirham sebagai transaksi.

satu bahagian dr lembu korban ini dibayar dengan 1/2 dinar oleh Mohd Firdaus dari putrajaya

lembu korban dinar dan dirham dari wakil Pn Amirah dari Damansara

lembu korban dinar dan dirham dari Pn Zaharah juga dari Damansara

0 comments:

Newer Post Older Post Home