Tuesday

Susu kambing di China?

Bismillah
Assalamualaikum,

Hari ini saya tidur lambat sebab nak siapkan kerja yang bakal dihantar pada hari rabu. Maklumlah, status pelajar ni mmg banyak dateline yg perlu dicapai. Dalam pada stress mengadap laptop, seorang kawan saya kongsikan gambar dan kisah penjualan susu kambing yang berlaku di China. Terhibur sedikit hati ni apabila melihat kisah yang agak lucu bagi saya.

Kalau apa yang biasa JAF jual susu kambing di sini adalah dalam bentuk botol 250 ml dan beku untuk mengelakkan daripada basi. Tetapi di China, satu kelainan yang dibuat oleh peniaga ini ialah menjual susu kambing terus dari ambing kambing tersebut.!! Perah dan Jual! wow! hebat sungguh....

Saya paparkan sedikit gambar untuk melihat apa yang peniaga tersebut lakukan.

sumbat 5 ekor sekali gus!


Fresh and steady

Bab pelanggan jangan risau, oleh kerana kelainan yang ditunjukkan, ramai yang membelinya, siap beratur lagi!


Adakah mungkin JAF akan mengikuti jejak ini?hahhaa...xmungkin~



0 comments:

Newer Post Older Post Home