Friday

Kambing Aqiqah sempena cuti sekolah



Bismillah
Assalamualaikum

Cuti sekolah menjelma lagi. Saya pasti ada ibu bapa yang ingin mengambil peluang menjalankan kenduri aqiqah semasa cuti sekolah ini. Pihak JAF mengucapkan tahniah atas kelahiran anak yang baru lahir, pasti ianya menjadi satu kenangan indah lebih-lebih lagi pada ibu kelahiran sulung. Anak ialah anugerah Allah, sebagai ibu bapa, haruslah anak itu dilaksanakan aqiqah keatasnya seperti tersebut dalam hadis:

"Setiap anak itu perlu dipajakkan (berhutang) dengan aqiqah, disembelih untuknya pada hari ke-7 umurnya, dan diberi nama dan dicukur rambut kepalanya"

Walaupun begitu, sekiranya umur anak melebihi 7 hari pun tidak mengapa, asalkan tanggungjawab kita sebagai ibu bapa adalah untuk meng aqiqah kan anak kurniaan Allah ini. Hikmah aqiqah ini adalah menunjukkan rasa syukur kita kepada Allah di atas kelahiran anak ini. Daging aqiqah tersebut elok disedekahkan kepada orang miskin, anak yatim selepas dimasak. Afdalnya dimasak manis, tidak terlalu manis yang memudaratkan. Sekiranya boleh disedekahkan setiap bahagian anggota kambing tersebut, termasuk kaki, kepala, organ dalaman, lebih baik berbuat begitu kerana sekurang-kurangnya ianya tidak membazir dan dapat panjangkan sedekah tersebut.

Sempena cuti sekolah ini, JAF mempunyai stok kambing aqiqah yang banyak untuk tuan-tuan. Kambing yang kami sediakan ini adalah cukup syarat dari sisi Islam iaitu, cukup umur, sihat, gemuk, dan tidak cacat semasa lahir. Kambing kami purata berat hidup adalah 35kg keatas. Sesuai untuk masak secara panggang, ataupun kari/ kurma.

Kami juga mempunyai perkhidmatan sembelih dan lapah dengan kos minima, serta perkhidmatan masak samada BBQ, kari atau kurma. Hubungi kami untuk keterangan lanjut. Bab kambing golek, kambing panggang, kambing BBQ untuk majlis anda, serah pada kami, kami juga menyediakan perkhidmatan katering untuk tuan-tuan. Untuk pengetahuan tuan-tuan, kami juga boleh menguruskan urusan sedekah kepada rumah anak yatim, rumah asnaf dan pelajar tahfiz yang memerlukan. Ini adalah untuk kemudahan tuan-tuan yang tidak mempunyai kesempatan masa untuk melakukan kenduri.

Perkhidmatan katering

Perkhidmatan kambing panggang

Masakan kurma daging kambing disedekahkan kepada Rumah Amal Asnaf di Olak Lempit


Sempena musim cuti sekolah ini, JAF membuat tawaran menarik untuk fan facebook page kami,
www.facebook.com/jariahagrofarmpage. Sekiranya anda belum LIKE page ini, sila LIKE dan SHARE gambar ini dan anda layak mendapatkan satu tshirt percuma dari Da'wa Artwork sekiranya anda membeli kambing akikah berserta pakej masakan dari kami. Tawaran ini hanya dibuka semasa cuti sekolah sahaja.

tawaran yang diiklankan di facebook page kami, LIKE and SHARE!


JAF sedia melayani pelanggan-pelanggan untuk tujuan kambing akikah dari seluruh Lembah Klang termasuk Damansara, Puchong, Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Ampang, Putrajaya, Subang Jaya, Sg Buloh dan sekitarnya...

Untuk keterangan lanjut dan tempahan, sila hubungi:
Anas 013-2003482
Hj Jamhari 016-3415 345


0 comments:

Newer Post Older Post Home