Tuesday

PUSAT JUALAN KAMBING AQIQAH SHAH ALAM, KLANG, SUBANG JAYA DAN PETALING JAYA

AQIQAH?
APA ITU AQIQAH? 
============== 



Kepada ibu bapa yang berhajat yang buat aqiqah untuk anak mereka. Kami adalah pembekal kambing aqiqah/ kambing bakar di kawasan Klang Shah Alam. Ladang kami berada di Sungai Kandis, seksyen 36 bersebelahan dengan Alam Impian.


Anda boleh pilih kambing sendiri, sembelih sendiri jika mahu dan kami akan sediakan sijil aqiqah dan cenderahati utk tuan/puan. Kami juga menyediakan perkhidmatan memasak seperti kuzi, kari, kurma, sup, stew, rendang palembang, rendang pak kasim, kicap paprik dan yang mendapat permintaan paling hangat iaitu GOLEK/ BAKAR berserta dengan side dishes dan NASI ARAB MANDHY.

Stew kambing power

Nasi Arab Mandhy


Kari kambing Kaw

1)APA ITU AQIQAH?
“Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ke-7 (daripada hari kelahirannya), dicukur rambutnya dan diberi nama” – riwayat Abu Daud, At-Tarmizi dan Ibnu Majah.

2)PERLUKAH MELAKSANAKAN AQIQAH?
Aqiqah adalah Sunat muakad – sunat yang sangat-sangat dituntut. Jika tidak dilaksanakan amatlah rugi. Disyariatkan oleh rasulullah saw “bayi tergadai dengan aqiqahnya.” – riwayat At-Tarmizi.
Sebagai tanda ibu bapa mensyukuri nikmat mendapat anak. Ianya juga sunnah Rasulullah S.A.W.

3)AQIQAH BAGI ANAK PEREMPUAN & LELAKI?
“Rasulullah S.A.W. telah menyuruh kami mengerjakan aqiqah bayi lelaki 2 ekor kambing yang bersamaan kedua-duanya dan bayi perempuan seekor kambing” – riwayat At-Tarmizi.
Bagi anak lelaki adalah 2 ekor kambing manakala untuk anak perempuan seekor kambing sahaja.


4) JIKALAU TERLEPAS HARI-7 UTK LAKSANAKAN AQIQAH?
Sekiranya terlepas, laksanakanlah aqiqah sebelum anak itu baligh. Tetapi sekiranya anak itu sudah baligh atau sudah dewasa maka ibu bapa juga bertanggungjawab untuk melaksanakan aqiqah kerana itu tanggungjawab mereka.

5) SEKIRANYA IBU BAPA TIDAK MAMPU ATAU TELAH MENINGGAL DUNIA?
Boleh buat utk diri sendiri dan sekiranya mereka sudah meninggal pun boleh laksanakan sendiri kerana Rasulullah sendiri mengaqiqahkan diri baginda selepas baginda diangkat menjadi rasul. Hukum aqiqah adalah sunnat muakkad iaitu sunat yang hampir kepada wajib. Tanggungjawab aqiqah dikenakan ke atas orang yang wajib memberi nafqah kepada anak yang diaqiqahkan seperti bapanya.

Pendapat yang menyatakan, “Jika seseorang anak tidak diaqiqahi, maka ia tidak akan memberi syafaat kepada orang tuanya pada hari kiamat nanti”, ini adalah pendapat oleh Ibnu Qayyim.

Hubungi kami di talian di bawah:

013.661.0121 (Arif- call, msg, whatapps)
016.3415.345 (Hj Ahmad- call sahaja)
013.200.3482 (Anas- call, msg, whatapps)
017.6141.420 (Ust Hasan- call, msg, whatapps)
0111.085.1990 (Zainal- call, msg, WhatsApp)

www.jariahagrofarm.blogspot.com
IG: Jariah AgroFarm

0 comments:

Newer Post Older Post Home