Sunday

Transaksi pertama JAF dalam Dinar dan Dirham


Bismillah...
Assalamualaikum wbt,

14 mei 2011 merupakan sejarah bagi jual beli di JAF kerana kami menerima matawang syariah dinar dan dirham. Kejadian berlaku di Bukit Damansara selepas perjumpaan seminar Dinihari Dinar di rumah Haji Awaludin. Kami sungguh teruja ada sekumpulan manusia yang memperjuangkan matawang syariah ini biarpun masa dan keringat mereka dikorbankan. Semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah dalam urusan muamalah seharian. Matawang syariah ini mengekalkan kuasa membeli di kalangan pengguna, yang semestinya kuasa tersebut di Malaysia ini semakin berkurangan. TERBARU, harga gula sudah naik 20sen, ini sangat membebankan pengguna. Jadi, kami di JAF menyokong matawang syariah ini dan menggalakkan pelanggan kami mengunakan dinar dan dirham sebagai transaksi. Ianya sangat menguntungkan kedua-dua belah pihak!

Dengan jualan permulaan susu kambing set 6 botol berharga 1 dirham, kami berjaya jual 18 botol dalam masa yang sangat singkat, terlalu singkat! itu pun majlis dah hbs dan saya terpaksa balik ke KL (saya dtg lambat sebenarnya ke majlis tersebut). Alhamdulillah, saya harap ini adalah permulaan yang baik bagi JAF mengorak langkah dengan lebih jauh.

transaksi pertama JAF

set susu kambing 6 botol 250 ml = 1 Dirham



untuk tempahan susu kambing area KL, Damansara, Bangsar, Petaling Jaya, Shah Alam sila hubungi Anas di talian 013-2003482. Urusan penghantaran boleh diuruskan secara percuma dengan pembelian minimum 2 set susu kambing (12 botol)- untuk pembelian dirham KGT sahaja. Untuk cash money, minimum 10 botol untuk dapatkan penghantaran percuma mengikut temujanji (isnin sahaja)

Jangan lupa hubungi Anas 013-2003482 untuk mengalami anjakan khasiat susu kambing sunnah Rasulullah!

"memperkukuh ekonomi ummah, menyusur sunnah Rasulullah"
Best Regards,
Anas Alnasrie

0 comments:

Newer Post Older Post Home