Monday

Kambing Golek "Take Away"


Bismillah
Assalamualaikum wbt

Seperti yang saya janjikan dalam post sebelum ini, saya akan tunjuk bagaimana kambing golek JAF dapat dinikmati tanpa kami pergi membakar di tempat pelanggan. Kaedah ini mungkin sesuai untuk pelanggan yang mahu membuat majlis di pejabat. Khuatir dengan asap berbau harum yang mengganggu hidung orang-orang lain sehinggakan membuatkan mereka terliur, anda boleh mencuba kaedah ini. Kang kalau mereka dah terliur, dan tidak dijemput bersama (sedangkan anda hanya membuat majlis utk jabatan sendiri tnpa jabatan lain), nnt apa pula kata mereka. hehe...

Untuk hari ini, 19 september 2011, JAF menyediakan 2 ekor kambing untuk Suruhanjaya Sekuriti dan Kementerian Kerja Raya. Siap hantar ke pejabat anda tanpa bayaran tambahan pengangkutan. Dibungkus dengan 2 disposal tray aluminium, 3 bekas sos lada hitam, 3 bekas coleslaw dan 3 bekas salad/ garlic bread. Semuanya disposal ware sbb memudahkan kami dan pihak pelanggan. Ala-ala take away KFC gitu..hehe

walaupun begitu, sekiranya anda mahu untuk kami membakar di pejabat, mungkin blh diadakan di kawasan lapang seperti parking atau kaki lima. Cume asap nya akan membuat orang lain terliur dan menyumpah seranah sekiranya mereka tidak dijemput, hehe


2 tray daging, tulang, 3 bekas coleslaw, 2 bekas sos lada hitam, 3 bekas salad/garlic bread sedia utk dihantar ke tempat pelanggan.


Sekiranya pantri pejabat anda mempunyai mikrowave, adalah baik untuk memanaskannya terlebih dahulu supaya dapat menikmati kehangatan daging kambing yang dicecah dengan sos lada hitam istimewa kami. Untuk tempahan, hubungi kami di talian:

013-2003482 (Anas)
016-3415345 (Haji Ahmad Jamhari)

Kambing golek lagi di Dinihari Dinar Raya



Assalamualaikum

Penganjur Dinihari Dinar sekali lagi menempah kambing golek Jariah Agro Farm untuk sambutan Majlis Raya yang diadakan pada 17 hb september lepas. Kali ini dengan tempahan nasi beriani, ayam masak merah, rendang daging, dalca sayur, acar rampai, papadom, 2 jenis air sejuk, buah dan 2 jenis air panas percuma. Untuk kambing golek, penganjur menempah 3 ekor kambing untuk anggaran 300 tetamu. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar dan kambing habis licin dijamah tetamu. Ada juga menu lain seperti nasi arab, cendol dan western.

sekitar suasana majlis Dinihari Dinar Raya 2011

3 orang team JAF sedang menyiapkan kambing BBQ 3 ekor

diceriakan dengan belon hidrogen warna emas dan perak, meriah sekali!



Apa yang menarik adalah penganjur sekali lagi membayar tempahan diatas dengan transaksi Dinar dan Dirham. Total semua adalah 5 dinar 28 dirham dengan nilaian RM4950 dalam ringgit. Kami di Jariah Agro Farm berbesar hati untuk menerima DnD supaya dapat memartabatkan matawang syariah sunnah. Terima kasih saya ucapkan kepada pihak penganjur seperti Pn Alawiyah, Kak Yusmilawati, Kak Finie, Abg Khalidshah, Sidi Irwan Ambak, Sidi Mazli Alias, En Jamal, Haji Awaluddin dan nama-nama yang tak sempat saya sebutkan. Mereka pendokong dan pengamal muamalah DnD dan tidak mengharapkan pembalasan dunia melainkan di akhirat nnt.

Hasil transaksi di Dinihari Dinar 17 september 2011


Kami di JAF juga sentiasa mendokong dan menerima muamalah dlm DnD sekiranya pelanggan mahu. Aplikasinya mungkin agak sukar dizaman kebiasaan kita menggunakan wang kertas, tetapi dengan penjelasan yang kukuh, dan kefahaman yang semakin hari semakin meluas ini, menidakkan kesukarannya pada masa akan datang. Insyaallah.

syedapnyeerrrr kambing BBQ JAF!

Ada seorang tetamu yang di bawa oleh Sidi Abu Ilkiya menyatakan " Alhamdulillah, luar biasa akh! Pertama kali hadir dalam Dinihari Dinar, dapat pencerahan, silaturrahmi, melihat langsung orang bermuamalah menggunakan dirham, dan yang tidak kalah pentingnya, merasakan BBQ yang barkah ini" Demikian pengakuan saudara Saeful yang Abu Ilkiya bawa menghadiri program Dinihari Dinar semalam. Ya! ianya menjadi barkah apabila akad yang dijalankan adalah berbentuk "tunai" (dinar emas) bukannya "hutang" (wang kertas) disamping menjalankan sunnah dan menegakkan matawang syariah.

Pada keesokkan hari nya, JAF menyediakan catering di Cahaya Alam U12 di Shah Alam dengan kambing aqiqah golek, dan set nasi beriani. Terima kasih pada saudara Uzwan dan Pn Umi kalsom.

Untuk menempah khidmat BBQ dan katering kami, sila hubungi kami JAF di talian:

013-2003482 (Anas)
016-3415345 (Haji Ahmad Jamhari)

"memperkukuh ekonomi ummah, menyusur sunnah Rasulullah"

Thursday

kambing tergolek di HUKM


Bismillah
Assalamualaikum wbt

Kambing tergolek di HUKM? ya, tergolek selepas diletakkan di atas bara api. Kami menyediakan kambing golek a.k.a kambing BBQ di Jabatan Kualiti HUKM pada 14 September (semalam). Terima kasih En Shah, pegawai tadbir dari jabatan kualiti HUKM. Pada mulanya, beliau meminta kami membakar di tingkat 2 (ofis mereka), tapi atas alasan keselamatan, kami membakar di bawah dan membawa daging yang dah siap masak ke atas. Risau gak dgn fire detector dlm ofis tu, kang xpasal2 bomba dtg ingat kebakaran. Walaupun ada tingkap, tapi asap yang dihasilkan tidak dapat dijangka. Nah, masa kami bakar di bawah, berkepul2 asap menjulang ke langit. Nasib baik xbakar di dalam.

daging dihiris nipis sebelum dijamah

Untuk pengetahuan tuan-tuan, tempat yang sesuai untuk membakar kambing golek ini adalah diluar bangunan dan di tempat yang terbuka. Supaya asap tidak mengganggu ketenteraman penghuni bangunan. Sempat saya berjumpa dengan ketua jabatan kualiti Prof Aziah (kalau xsilap saya) dan berborak mengenai akademik (memandangkan saya seorang akademia). Baik dan ramah orangnya, bab makan, beliau xberkira walaupun dgn staf bawahan. Ini contoh yang perlu diikuti.

Seperti biasa, tidak lekang pujian dari pelanggan mengenai kesedapan kambing panggang kami, syukur Alhamdulillah. TERBARU. Saya terpaksa menolak beberapa tempahan kambing bakar dari pelanggan kerana masa yang diminta sudah penuh diisi. Kepada pelanggan tersebut, saya minta maaf dan mohon membuat tempahan lebih awal memandangkan musim rumah terbuka sedang memuncak pada setiap hujung minggu. Tidak mengapa, tahun depan blh hubungi kami lagi untuk tempahan.

Hanya yang terbaik dari Jariah Agro Farm

Pada pejabat-pejabat yang merancang untuk merasai kesedapan kambing golek kami tanpa mempunyai tempat yang sesuai untuk membakar, kami ada cara nya. Kami siap potong kecil2 daging bakar tersebut dan hantar ke rumah/ pejabat siap dengan coleslaw, sos lada hitam dan garlic bread di dalam bekas pakai buang. Isnin ini 19 september saya akan menyediakan 2 ekor kambing bakar menggunakan kaedah ini ke Security Commission yang ditempah oleh Datuk Hani dan Kementerian Kerja Raya. Nantikan kemunculannya, akan saya kongsikan di laman blog ini kemudiannya.

Bagi yang mahu menempah kambing golek kami, tarikh yang available pada bulan September adalah hari bekerja sahaja. Bulan Oktober masih lagi kosong sekiranya mahu membuat jamuan hari raya selepas bulan Syawal. Tak salah kan?

HUBUNGI JARIAH AGRO FARM
013-2003482 (ANAS)
016-3415345 (HAJI AHMAD JAMHARI)

Sunday

Kambing Golek Rumah Terbuka


Bismillah
Assalamualaikum

Minggu ni juga tak lepas dari musim orang membuat rumah terbuka, dan sekali lagi, menu kambing golek JAF juga menjadi menu wajib. Rata-rata orang sekarang ni kalau nk buat rumah terbuka, pasti ada menu ini, seolah sudah menjadi trend dan kewajiban. Minggu ni team saya ke Bukit Jelutong Shah Alam untuk memanggang 2 ekor kambing. Seperti biasa, tidak lekang dari bibir-bibir pelanggan kami yang mengatakan ianya sungguh lazat (sambil menunjukkan tanda bgus dari jauh, hehe). Kami berpuas hati dapat menyediakan hidangan kambing golek yang menyelerakan bagi tekak-tekak pelanggan. Agak meriah juga majlis di bukit jelutong, mungkin kerana tuan rumahnya Dato', ramai lah sahabat handai yang menghadiri, menu seperti lontong, ketupat, rendang, ayam, sate, cendol dan lain-lain sudah menjadi kebiasaan. Begitu juga dengan kambing golek kami.

Kambing golek kami didatangkan sekali dengan coleslaw, garlic bread, mayonis dan sos lada hitam. Sekiranya anda berminat untuk menempah, sila hubungi:

013-2003482 (anas) atau
016-3415345 (Hj Ahmad Jamhari).

Sila klik di SINI untuk keterangan lanjut atau FAQ. Saya sertakan gambar semasa majlis rumah terbuka di Bukit Jelutong.

kelihatan boss besar JAF (tengah) sedang memantau perjalanan sessi membakar kambing
team BBQ JAF bertungkus lumus menyiapkan kambing bakar

Happy Syawal 1432H




Bismillah
Assalamualaikum wbt..

Rasanya tidak terlambat utk saya mengucapkan Happy Eid Mubarak (selamat hari raya aidilfitri) kepada para pelanggan dan pembaca. Semoga ini adalah hari kemenangan setelah tamat kita berpuasa selama sebulan. Raikan kemenangan ini dengan memperbanyakkan takbir, tahmid dan hamdalah serta selawat kepada Rasulullah dan para sahabat. Sesungguhnya ini adalah hari yang ditunggu oleh anak-anak kecil untuk mendapat "duit raya" daripada keluarga dan jiran-jiran. Budaya ziarah menziarahi di bulan eid ini masih lagi dikekalkan di kampung saya, Kg Sg Kandis, Shah Alam. Harapnya ianya juga terjadi di kawasan bandar.

Memandangkan semalam dan hari ini adalah hujung minggu pertama pada bulan syawal ini, kami di Jariah Agro Farm menerima beberapa tempahan kambing bakar. Antaranya di Subang Bestari ditempah oleh En Huzaidy untuk aqiqah anak ketiganya, Muhammad Fikri. Menu nasi beriani dan tambahan daging rusa inisiatif tuan rumah cukup membuatkan para tetamu tersandar kekenyangan. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dengan kehadiran tetamu yang agak ramai. Antara tetamu istimewa bagi saya ialah Mazidul Akmal Sidek, personaliti TV3 yang menjadi salah seorang tetamu tuan rumah, juga merupakan rakan sekolej mereka suatu ketika dahulu. Bro Mazidul juga mengemaskini blognya mengenai majlis berkenaan di sini. Sempat para tetamu bergelak tawa dek ceritera dari Bro Mazidul, agak menarik ceritanya, kisah Penjara pudu yang saya pun tidak tahu.



Alhamdulillah, maklumbalas yang baik diberikan daripada En Huzaidy mengenai service kami membuatkan pamplet kami habis diedarkan untuk recommendation. Kambing bakar kami habis sebelum majlis melabuhkan tirainya, bermaksud ianya enak dimakan mungkin. Setelah siap, kami minta diri dan pada petangnya pula, Jariah Agro Farm ke Putrajaya utk sessi membakar kambing di Presint 11.


saya petik sedikit gambar dari laman blog bro mazidul

Bagi yang berminat untuk mendapatkan kambing panggang dari Jariah Ago Farm, sila hubungi kami di talian 013-2003482 (anas), 016-3415345 (Hj Ahmad Jamhari). Untuk maklumat lanjut, jgn segan utk hubungi kami atau klik sini. Untuk makluman, setiap hari sabtu sepanjang bulan syawal ini, sudah habis ditempah, hanya yang tinggal ialah pada hari Ahad dan weekdays sahaja. sehingga berjumpa lagi, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari kami, Jariah Agro Farm.

regards,
anas alnasrie

Wednesday

Selamat Menyambut Ramadhan Mubarak




Bismillah
Assalamualaikum wbt



Dah berlalu 3 hari umat islam seluruh dunia menyambut kedatangan bulan mulia bulan Ramadhan. Masih berada pada 10 malam terawal yang mana pada 10 hari awalnya adalah rahmat. Jangan kita lepaskan peluang untuk melakukan ibadah sebanyak2nya sementara Allah bagi peluang keemasan ini. Dan jangan pula amalan yg di buat di bulan Ramadhan ini ditinggalkan pada bulan2 seterusnya. Kekal lah dengan amalan, insyallah ada manisnya.

Jariah Agro Farm seperti biasa menjalankan aktiviti harian penternakan dan jualan juga dijalankan seperti biasa, samada jualan ternakan hidup, aqiqah dan susu kambing segar. Cuma yang agak relevan pada masa bulan Ramadhan ini ialah susu kambing. Ini kerana susu kambing meyediakan bekalan protien yang cukup untuk kekal cergas menjalani ibadah puasa di siang hari. Amalkan bersahur dengan susu kambing segar dan kurma, pasti anda rasa segar sepanjang hari.

Bagi pengidap masalah gastrik, masalah anda untuk beribadah puasa kini dapat diselesaikan dengan amalan meminum susu kambing amalan Rasulullah ini. Ini disebabkan oleh susu kambing mampu membentuk satu lapisan protein yang melindungi perut anda dari gejala sakit perut. Jus gaster (asid hidroklorik) yang tentunya bersifat asid dineutralkan oleh susu kambing yang bersifat alkali secara semulajadi. Ini lah kebaikan yang ada pada susu kambing yang menjadi amalan junjungan besar Nabi Muhammad, kerana setiap yang dilakukan oleh baginda, pasti ada kebaikan dan ganjaran yang mungkin kita tidak dapat memikirkan secara kasar.



Bagi anak-anak yang mahu belajar berpuasa pada tahun ini, saya sarankan ibubapa untuk memberi anak-anak anda susu kambing supaya mereka yang kita sayangi ini dapat menjalankan latihan puasa dengan baik. Harapan kita adalah untuk tidak mendengar anak-anak kita merungut kelaparan dan keletihan. Insyallah dengan ikhtiar mengkonsumsi susu kambing, anda akan menjalani puasa dengan cergas dengan hari2 yang ceria. Juga, insyallah jika diniatkan menghidupkan sunnah dengan meminum susu kambing, akan digandakan pahalanya pada bulan mulia ini.




Bagi ibu-ibu yang mengandung, ibu-ibu yang selesai melahirkan anak, ini lah masanya untuk anda mengamalkan susu kambing kerana ianya memberi antibodi kepada anak secara langsung melalui breastfeeding dan ianya mudah dicernakan. Ini kerana molekul susu kambing adalah lebih kecil dan simple berbanding susu lembu atau susu formula. Oleh kerana molekul yang kecil dan simple, ianya mudah diuraikan di dalam perut selepas berinteraksi dengan enzim. Susu kambing juga dapat mengelakkan anak yang baru lahir daripada menghidap demam kuning. Bak kata pepatah, "mencegah lebih baik dari merawat". Alhamdulillah, sejarah family saya, tiada kes kuning kerana kami telah mengamalkan minum susu kambing dari awal lagi.

Apa tunggu lagi, hubungi kami untuk mendapatkan bekalan susu segar dari ladang dengan harga RM5 untuk 250ml. Bekalan boleh didapati alamat kami Jariah Agro Farm, Kg Sg Kandis (klik menu lokasi) atau hubungi kami di talian :

013-2003482 (Anas) atau
016-3415 345 (Haji Ahmad Jamhari).

Di kesempatan ini, JAF mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada muslimin dan muslimat. Semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramdhan yang terbaik utk kita mendekatkan diri kepada Sang Pencipta

Tuesday

Terima Kasih


Bismillah..
Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, pelajar praktikal dari Kolej Pertanian Malaysia, Salim, telah berjaya menamatkan latihan industri nya di Jariah Agro Farm pada 24 jun lepas selama 3 bulan. Semoga dapat dimanfaatkan apa yang dipelajari di JAF. Kami di JAF sentiasa mengalu-alukan kedatangan mana-mana pelajar untuk menjalankan latihan industri di sini. Ini adalah salah satu khidmat sosial kepada masyarakat dari JAF untuk memudahkan penempatan pelajar praktikal. Semua ini adalah untuk mendokong usaha murni kerajaan yang bertungkus lumus menjayakan pertanian adalah satu perniagaan dan menggalakkan belia untuk bertani, sekaligus mencapai sasaran keperluan makanan negara.

Pelajar bersama pengurus JAF dan saudara Anas


JAF bangga dengan pencapaian yang cemerlang sepanjang latihan industri yang ditunjukkan oleh pelajar ini, diharapkan kerajaan dapat melahirkan petani dan penternak yang komited dan berilmu tinggi. Sebagai tanda terima kasih, JAF menghadiahkan 2 pasang baju dan satu keychain JAF yang esklusif kepada pelajar tersebut.

Disini juga saya ingin berkongsi beberapa hasil breeding yang berjaya JAF hasilkan, antaranya kami sudah mendapat baka ala-ala British Alpine hasil kacukan baka Toggenburg. JAF telah membeli kacukan Toggenburg betina pada setahun lepas yang saya namakan sebagai Sepat. Sepat telah bunting semasa kami membelinya, dipercayai Sepat dikahwinkan dengan pejantan berwarna hitam. Selepas melahirkan anak, warna anak yang saya namakan sebagai Bella ini berwarna coklat dan ada sedikit hitam dibadannya. (lihat gambar anak panah)

Setelah matang utk kahwin, Bella dikahwinkan dengan baka Fullblood Toggenburg (nama Toggy) kami dan hasilnya mengejutkan kami. JAF mendapat baka British Alpine secara tidak sengaja. Walaupun ianya jantan, tapi kami mahu simpan utk membela kerana jarang dapat warna sebegini. Ini bermaksud, baka kambing yang dihasilkan di dunia ini seperti Toggenburg, Saanen, British Alpine, Anglo Nubian, Jamnapari, Boer, Savannah, Black Boer, Red Kalahari adalah hasil kacukan-kacukan antara spesis kambing, dan dinamakan oleh manusia. Tak mustahil, Malaysia juga dapat menghasilkan baka yang berkualiti tinggi yang menjadi trademark kepada baka dari Malaysia. Hehehe...~

ini adalah Bella

dan ini adalah anaknya yang berwarna seperti British Alpine, saya namakan sebagai ......Alpine~ Sehingga berjumpa lagi di post yang akan datang. Sempena bulan Syaaban ini, kami mempunyai stok kambing aqiqah dan potong utk dijual, cepat sebelum stok besar-besar ini disambar orang.

Adios~
Anas Alnasrie

Newer Posts Older Posts Home