Friday

'Like' page baru kami!

KLIK SEBELAH KANAN INI UNTUK 'LIKE' PAGE JAF


Bismillah,
Assalamualaikum

Jariah Agro Farm telah mempunyai 'page' sendiri di laman sosial Facebook! (https://www.facebook.com/jariahagrofarmpage). Kami menjemput tuan-tuan untuk 'LIKE' page ini untuk memeriahkan lagi komuniti facebook kami. Istimewanya, setiap FB fan akan mendapat diskaun atau tawaran hebat bergantung pada tempoh tawaran. Sebagai contoh, buat masa sekarang, JAF telah memberi tawaran percuma baju bermotifkan Islam 'We are Muslim Brothers' eksklusif dari Da'wa Artwork. Tawaran terhad ini akan habis pada akhir bulan June! cepat dapatkan baju edisi terhad ini dengan setiap pembelian kambing aqiqah dan pakej masakan dari Jariah Agro Farm.


tawaran ini masih available!

Untuk pengetahuan tuan-puan, tawaran ini adalah sempena kemenangan Manchester City yang telah berjaya memenangi piala Barclay's Premier League. Walaupun ianya tiada perkaitan antara Man City dan JAF, tetapi ianya hanya tawaran sempena kemenangan mereka, huu...harap tiada fan Man United yang berkecil hati!

Setiap FB fan perlu print gambar tawaran utk bukti bahawa mereka adalah fan JAF dan private message kami terlebih dahulu untuk mendapatkan tawaran istimewa yang kami tawarkan. Selain itu, page JAF baru ini akan berkongsi dengan tuan-puan tentang apa-apa yang berkaitan dengan kambing samada info-info menarik, peringatan dan sebagainya. Menjadikan facebook sebagai medium pemasaran, page ini juga sekaligus menjadi medium dakwah dan peringatan kepada fan-fan kami. Sesungguhnya ingat-mengingati itu adalah memberi manfaat sesama muslim! (Hadis).

like untuk mendapatkan tawaran hebat kami



Jadi, jangan tunggu lagi, klik link ini https://www.facebook.com/jariahagrofarmpage dan 'like' kami untuk mendapatkan tawaran istimewa kami! Stay keep in touch n keep supporting us in this industry!

Regards,
Anas Alnasrie
0132003482

Jualan Aqiqah dan Masakan

Assalamualaikum wbt

Kami Jariah Agro Farm berbesar hati untuk menyediakan bekalan kambing aqiqah kepada tuan-tuan,  perkhidmatan melapah dan sembelih, perkhidmatan masakan katering, perkhidmatan BBQ dengan harga yang menarik. Hubungi kami untuk sebut harga.

Stok kambing yang ada ialah bebiri merino berat 35-40 kg, sesuai untuk BBQ dan gulai.  Perkhidmatan  katering masakan ialah set nasi beriani, ayam masak merah, daging rendang, dalca sayur, acar rampai, air kordial seuk dan buah. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa menu istimewa untuk tuan-tuan pilih. Hubungi kami!

Kami specialist untuk  perkhidmatan BBQ kambing pada hari majlis tuan-tuan. Disiapkan dengan sos lada hitam, sos cendawan, garlic bread, salad coleslaw dan mashed potato. Dibantu oleh 2 orang pelayan berpengalaman kami.



Kami sedia memenuhi keperluan tuan di sekitar Klang, Shah Alam, Subang Jaya, Petaling Jaya, Damansara, Kuala Lumpur, Putrajaya, Puchong, Banting dan lain-lain. Call kami dan tempah sekarang!

Anas 0132003482
Ahmad Jamhari 0163415345


Tuesday

JAF dalam akhbar Sinar Harian



Bismillah,
Assalamualaikum,

Hari ni mungkin dalam sejarah Jariah Agro Farm, sebab hari ini 3 April 2012 (selasa) JAF masuk dalam rencana akhbar Sinar Harian, mungkin bagi sesetengah orang ianya sesuatu yang biasa. Tapi bagi kami ianya adalah sesuatu yang amat mengujakan! Alhamdulillah, pagi tadi saya xsempat lagi beli paper Sinar Harian, ayah saya dah call, sebab seorang dari rakan ayah saya dah membacanya! terus saya keluar dan membeli satu unit, dan beli lagi satu unit pada sebelah petangnya. Terlalu teruja.

Saya ada post kan dalam facebook utk tatapan rakan2 facebook, dan respon dari mereka juga memberangsangkan. Juga ayah saya menerima dari pakcik saya yang merangkap Pengerusi Pertanian Bahagian Kota Raja UMNO, yang dia berbangga dengan kami setelah ada aktiviti pertanian yang berkembang maju di kawasannya. Insyallah, dan harap2 akan dapat bantuan nnt. Hehehe

Ramai juga rakan2 saya yang masih tak tahu aktiviti saya dalam menternak kambing ini sehingga lah artikel ini dikeluarkan. Alhamdulillah kerana ianya juga menjadi satu metod pemasaran kpd rakan2 saya diluar sana. Hari ini adalah hari sibuk melayan komen-komen, private message, call dan SMS yang berkenaan dengan artikel ini. Besar juga penangan akhbar ni ye.

Untuk artikel penuh, klik sini

Saya kongsikan sedikit gambar dan artikel di dalam Sinar Harian di sini utk tatapan tuan-tuan. Walaubagaimanapun, saya mahu mewar-warkan bahawa kami mempunyai bekalan aqiqah sepanjang tahun. Sekiranya tuan-tuan berhajat untuk menjalankan aqiqah sekitar lembah klang, meliputi Klang, Shah Alam, Subang Jaya, Petaling Jaya, Damansara, Puchong, Putrajaya danKuala Lumpur, sila hubungi kami di talian dibawah:

Ahmad Jamhari 016-3415 345
Anas 013-2003482

Dengan caj perkhidmatan minima sembelih dan melapah, masak gulai, BBQ whole lamb, perkhidmatan katering, sudah pasti memudahkan anda untuk menyelesaikan tanggungjawab aqiqah anak anda. Hubungi kami sekarang!

Sehingga berjumpa lagi!!

saya dan ayah saya di muka besar akhbar Sinar Harian

artikel yang memuatkan satu muka suku

Memang saya sangat perlu sokongan dari ibu dan bapa saya!

ternak kambing kena pada cara akan membuahkan hasil yang lumayan!

album dalam facebook saya, mendapat 'like' yang tidak pernah sy dapat sebelum ini, thanks kwn2!

Sunday

Temuramah JAF bersama Sinar Harian



Bismillah...
Assalamualaikum wbt

Minggu lepas saya dihubungi oleh wartawan Sinar Harian untuk ditemuramah mengenai perusahaan saya iaitu Jariah Agro Farm, penternakan kambing pedaging dan tenusu. Dengan temujanji mengejut, kami ditemuramah pada rabu lepas 28 Mac 2012 di ladang. Syukur tak terhingga kerana JAF mula dikenali di mata masyarakat sehingga menarik perhatian wartawan untuk kami ditemubual. Apa yang kami kongsikan dengan wartawan tersebut adalah serba serbi mengenai ladang kami dan misi serta matlamat kami dalam bidang pertanian ini.

Jam 10 pagi kami didatangi oleh wartawan Sinar Harian En Sofyanrizal dan jurugambar En Shahril Badri dan temubual memakan masa selama 2 jam setengah. Banyak yang kongsikan bersama mereka bermula dari tertubuhnya Jariah Agro Farm sehingga sekarang. Juga akan perancangan akan datang, misi dan visi kami. Sudah tentu kami akan besarkan perusahaan ini ke peringkat yang lebih tinggi. Saya ditanya pelbagai soalan yang saya kira soalan " apakah cabaran dan halangan yang dihadapi En Anas?" adalah soalan yang saya suka.



Sessi temuramah antara JAF dan Sinar Harian di ladang



Cabaran

Cabaran utama dikalangan penternak ialah, sikap dan daya tahan. Ramai yang membuka kandang untuk berternak kambing serta lembu. Ini adalah petanda baik untuk Malaysia merealisasikan matlamat sumber daging negara yang masih lagi di tampuk lama. Fenomena ini bermula seawal tahun 2006 sejak Perdana Menteri di pegang oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi. Beliau memang mengutamakan sektor pertanian dan banyak dana disalurkan kepada sektor pertanian untuk menambahbaik industri ini. Dana ini yang direbut oleh ramai pihak sehinggakan kandang tumbuh seperti cendawan selepas hujan.

Namun, sejak 2 tahun kebelakangan ini, saya perhati kan ramai pula yang mula tutup kandang satu per satu. Pelbagai alasan diberi dan ini lah cabaran yang paling besar yang tidak ramai penternak mampu atasi masalah ini, iaitu SIKAP. Sikap yang mudah menyerah kalah menunjukkan ramai yang tidak dapat bertahan dalam industri ini. Apabila masalah muncul seperti penyakit, tak nak belajar bagaimana untuk mengatasinya. JAF sendiri telah mengalami kerugian dan jatuh bangun dalam industri ini. Tetapi kami masih lagi bertahan sehingga hari ini. Bagi JAF sendiri, saya bersyukur kerana ayah saya memberi sokongan yang tidak belah bahagi untuk kami terus berusaha menapak ke tangga teratas. Juga, kami mempunyai ahli keluarga yang sama2 menjayakan industri ini. Kegagalan yang lepas menjadikan sebagai pengajaran dan semangat untuk terus bertahan.

Dengan pemikiran yang sentiasa positif dan mahu belajar, kami keluarga JAF sentiasa memerah otak dan keringat untuk kekal dan maju dalam sektor pertanian. Kami juga sedar akan kepentingan menyediakan kemudahan aqiqah untuk umat islam yang mana ianya menjadi fardhu kifayah buat kami. Selain itu, penghasilan susu segar dari JAF menggalakkan masyarakat untuk kembali kepada sunnah Rasulullah dengan mengamalkan meminum susu kambing.

Kembali kepada tajuk, JAF berterima kasih kepada wartawan Sinar Harian kerana sudi untuk menemuramah kami dan menjadikan JAF sebagai ladang pilihan untuk dimuatkan dalam artikel. Dalam secara tidak langsung, ianya juga akan menjadi satu kaedah pemasaran JAF kepada masyrakat. Kesempatan yang kami miliki ini, kami gunakan untuk mewar-warkan juga keterimaan kami menggunakan dinar dan dirham dalam muamalah seharian.

Difahamkan bahawa artikel ini akan dikeluarkan pada hari SELASA 3 APRIL 2012 dan diedarkan ke seluruh Malaysia dengan artikel sebanyak satu setengah muka dan bergambar warna.

Jadi, Tungggguuuuuuuuuuuuu...............!!!!!!!!!!!!!

Bergambar kenangan bersama kru Sinar Harian

Tuesday

Susu kambing di China?

Bismillah
Assalamualaikum,

Hari ini saya tidur lambat sebab nak siapkan kerja yang bakal dihantar pada hari rabu. Maklumlah, status pelajar ni mmg banyak dateline yg perlu dicapai. Dalam pada stress mengadap laptop, seorang kawan saya kongsikan gambar dan kisah penjualan susu kambing yang berlaku di China. Terhibur sedikit hati ni apabila melihat kisah yang agak lucu bagi saya.

Kalau apa yang biasa JAF jual susu kambing di sini adalah dalam bentuk botol 250 ml dan beku untuk mengelakkan daripada basi. Tetapi di China, satu kelainan yang dibuat oleh peniaga ini ialah menjual susu kambing terus dari ambing kambing tersebut.!! Perah dan Jual! wow! hebat sungguh....

Saya paparkan sedikit gambar untuk melihat apa yang peniaga tersebut lakukan.

sumbat 5 ekor sekali gus!


Fresh and steady

Bab pelanggan jangan risau, oleh kerana kelainan yang ditunjukkan, ramai yang membelinya, siap beratur lagi!


Adakah mungkin JAF akan mengikuti jejak ini?hahhaa...xmungkin~



Friday

Karnival Produk Muslim 2012


Bismillah
Assalamualaikum wbt

Aktiviti hujung minggu JAF diisi dengan penglibatan dalam Karnival Produk Muslim anjuran Masjid AlMuhsinin Kg Sg Kandis, Shah Alam. Pelbagai gerai telah dibuka dan semuanya adalah produk muslim. Antara matlamat penganjuran karnival ini adalah untuk memperkenalkan produk-produk yang orang islam hasilkan. Mungkin kita tidak mengetahui akan kehadiran produk ini. Dalam usaha kita memartabatkan produk muslim, kita juga dapat mempertingkatkan kuasa ekonomi orang islam. Disamping itu, kita juga boleh memperkemaskan gerakan pemboikotan produk yahudi yang dah bersepah sehingga kan orang islam terpaksa juga beli dek kerana tiada alternatif.

JAF seperti biasa memasarkan produk-produk ladang antaranya susu kambing segar, daging kambing perapan istimewa dan baja organik. Di gerai kami juga, ada jualan baju t-shirt muslimah, t-shirt islamic creation, tudung lycra labuh, jeli kelapa dan jeli nangka. Bagi kami, ianya adalah latihan keusahawanan yang cuba kami terapkan pada adik-adik. Sesungguhnya, berniaga itu adalah sunnah. Gerai kami dikendalikan sepenuhnya oleh adik- adik saya. Ini sekaligus melatih mereka tidak segan menghadapi pelanggan dan cuba berinteraksi dengan masyarakat.

Semasa karnival juga terdapat aktiviti lain seperti pertandingan gubah bunga tanah liat, mewarna kanak-kanak, menjawikan tulisan rumi, dan lain-lain aktiviti akademik. Saya patut puji kesungguhan AJK masjid dalam khidmat sosial ini. Cuma, pihak penganjur perlu mempromosikan karnival ini dengan lebih berkesan untuk menarik lebih ramai pengunjung. Selain daripada itu, karnival ini dibuat untuk mengumpul dana bagi membina tempat wudhuk dan tandas wanita. Bagi sesiapa yang mahu membuat sumbangan, sila hubungi secara langsung AJK masjid Al-Muhsinin Kg. Sg. Kandis, Sekyen 36, Shah Alam. (Untuk pengetahuan tuan puan, masjid ini berusia lebih 100 tahun dan merupakan antara masjid tertua di daerah shah alam dan klang.)

Saya ada kongsikan sedikit gambar semasa karnival tersebut, enjoy!







duta kecil dirhams!

Thursday

Tahun baru dan BBQ!


Bismillah
Assalamualaikum wbt

Rasanya masih belum terlambat utk saya ucapkan Selamat Tahun Baru kepada tuan-tuan. Kita sudah melangkah tahun baru masihi 2012. Ia bermakna ianya memulakan buku baru untuk memperbaiki apa yang berlaku pada tahun 2011. Bagi Jariah Agro Farm sendiri, kami mempunyai azam baru utk apa yang kami lakukan dalam industri ternakan ini, dengan matlamat baru, perancangan baru. Semoga apa yang kami rancangkan berjalan dengan lancar dalam usaha utk mempertingkatkan kebolehupayaan JAF dalam industri ternakan dan makanan ini. Bagaimana dengan anda? Pastinya tahun baru dengan azam dan matlamat yang baru juga...

Seperti biasa, kami menawarkan kambing aqiqah untuk keperluan tuan-tuan pada pembukaan tahun baru ini. Kambing yang kami tawarkan adalah kambing aqiqah yang cukup umur dan berat mencapai 40kg berat hidup. Ini bermakna, karkas nya adalah 20kg. Ianya adalah besar!!

Ramai yang bertanya, kenapa besar sangat?xde yang kecil lagi?atas alasan harga. Bagi kami, harga RM800 adalah berpatutan dengan kambing yang besar dan berat. Biar kita beri yang terbaik utk anak kita, duit boleh dicari. Sedekah pun akan berpanjangan jika ramai yang akan menjamah daging hasil aqiqah anak kita. Walaubagaimana pun, kami juga ada stok kambing aqiqah yang agak kecil daripada biasa, dengan harga RM700 anda akan mendapat karkas lebih kurang 14-15 kg. Stok kecil sentiasa habis awl, bagi yang mahu kambing harga RM700, sila hubungi kami seawal yang mgkin utk tempahan.

Bagi yang mahu menempah kambing dan perkhidmatan BBQ, kami ada sediakan khidmat tersebut. Dengan harga yang berpatutan, saya yakin anda pasti akan berpuas hati dengan apa yang kami sediakan...kami sediakan side dish seperti salad coleslaw, garlic bread, mesh potato, blackpepper sauce dan mushroom sauce. Sila rujuk gambar utk melihat event yang pernah kami lakukan

kambing akan dipanggang di tempat pelanggan

salad coleslaw

mesh potato

garlic bread

daging kambing BBQ siap dihidang

kelengkapan yang kami sediakan utk set BBQ

siapa tak terliur tengok kambing bakar BBQ ni??


Selain itu juga, kami juga mengambil tempahan sekiranya tuan-tuan mahu masak kari dan kurma, perkhidmatan katering dan khemah. Kebiasaannya, pelanggan akan menempah set nasi beriani kami yang 'superb'!

nasi beriani yang kami sediakan, sentiasa kekal panas!

antara lauk yang bersama set nasi beriani, hubungi kami segera untuk pertanyaan lanjut!



Hubungi kami utk quotation! kami sedia melayani permintaan anda di mana pun anda berada.

Hubungi :
Anas :013-2003482
Haji Ahmad Jamhari :016-3415 345
Hasan :017-6141420
Arif :013-6610121

Newer Posts Older Posts Home