Salam Aidilfitri
Semoga panjang umur untuk kita bertemu lagi dengan RAMADHAN KAREEM tahun depan..ameen.
"MEMPERKUKUH EKONOMI ISLAM, MENYUSUR SUNNAH RASULULLAH"
'"You don't have to be great to start, but you have to start to be great"
Regards,
JAF
Posted by Jariah Agro Farm at 1:08 PM 0 comments
Posted by Jariah Agro Farm at 2:00 PM 0 comments
Posted by Jariah Agro Farm at 4:46 PM 0 comments
◊ Baik untuk mereka yang alah kepada susu lembu
◊ Kaya dengan Protein, Enzim, Mineral & Vitamin yang penting untuk kesihatan
◊ Menolong mencegah Kanser, merawat Gastric, Ulser Perut, Demam Kuning,
Asthma (semput), Sukar Tidur, Penyakit Kulit, Hepatitis A, Migrain, Masalah
Buah Pinggang, Awet Muda dll. Susu terbaik selepas susu ibu.
◊ Menguatkan sistem imunisasi paru-paru, juga bersifat anti-arthritis (inflamasi sendi)
◊ Menyeimbangkan kandungan gula dalam darah
◊ Tingkatkan daya ingatan, kepekaan & tumpuan diri.
◊ Kombinasi Susu Kambing, Laktosa, Gula Mikrotal, Gum Arabic
◊ Mengandungi Protein, Lemak, Karbohidrat, Enzim, Kalsium, Zat Besi, Vit A, Vit B1, Vit
B2, Vit C, Sodium & Potassium
◊ Sebagai makanan tambahan, amat baik untuk demam kuning, penyakit kulit,
pembentukan dan pemelihara tulang & gigi, mencegah Ulser Perut, Gastrik dll.
Malah, Ianya tidak mengandungi beta-lactoglobulin iaitu penyebab alahan yang boleh menyebabkan asma, masalah pernafasan, radang telinga, infeksi kulit dan gangguan saluran pencernaan.
Posted by Jariah Agro Farm at 12:54 AM 0 comments
Assalamualaikum w.b.t.
Rasanya lama sangat saya xupdate blog ni..lebih sebulan, ramai gak yg tanya bila nak update.. abandoned ke ape?..hehe,bukan apa, kekangan masa yang membataskan utk saya update blog ni..maklumla, buat masa ni mmg xde pekerja lagi..dari A sampai Z saya yg buat..dari bancuh makanan, sapu kandang, tanam napier, tebang pokok kat padang ragut, suntik menyuntik, buat pagar padang ragut..mcm2 la..memang xsempat nak update..
Apa yang saya lakukan ini adalah untuk memahami dan mengenali bagaimana rasanya menternak kambing. Nanti bila dah ada pekerja, xblh la dorang nak tipu kita. Pengalaman ditipu cukuplah untuk dijadikan pedoman. Insyallah dalam bulan ini ada seorang pekerja yang akan bekerja di kandang, ringan la jgk beban nnt. Berkata tentang pengalaman, sepanjang 3bulan saya terjun dalam bidang peternakan ni, banyak jgk yang saya dapat
1. Kawan dan network bisnes yang mengkagumkan. Memang menakjubkan apabila ramai rakan-rakan peternak lain samada dari Selangor atau dari negeri lain datang melawat dan di situ ukhwah terjalin. Semuanya tak kenal. Dari sini saya terfikir, hebatnya meternak kambing sehingga kan jalinan silaturrahim sesama Muslim dapat dibina.
2. Pengalaman berdepan dengan kerenah-kerenah pelanggan dan permintaan market. Begitu mencabar, sehinggakan permulaan bisnes kami ini ditafsirkan sebagai kesilapan besar apabila membeli baka yang salah. (bukan baka yang terbaik untuk breed). Alhamdulillah, berkat ukhwah rakan-rakan ternak yang lain yang memberi nasihat, saya dalam proses untuk rolling kewangan supaya boleh tukar baka yang lebih baik.
3. Kematian dan kelahiran. Ini berlaku pada kambing batch pertama masuk, kebanyakkannya anak-anak mati. Punca kematian tidak dapat dipastikan. Tapi kesimpulan yang dibuat adalah banyak yang perlu dipelajari dan memantapkan lagi pengurusan kambing. Terutamanya dari segi kesihatan dan pemakanan. Kalau nak kira rugi, memang rugi, tapi pengalaman tidak dapat dibayar dengan wang ringgit. Kelahiran pertama di kandang JAF (Jariah Agro Farm) adalah si biri-biri. Seekor je anaknya. Lahir pada 21 mac lepas. Cepat betul membesar. Alhamdulillah bila tengok dia membesar dengan sihat. Melompat-lompat dia..hehe
4. Ilmu. Yang ini memang kena cari dan timba dari orang-orang yang dah berpengalaman. Apa yang menakjubkan ialah banyak sangat ‘mazhab’. Contohnya dari pemakanan kambing, ada yang kata molasses xelok, sedangkan JPV syorkan. Kemudian, ada yang kata jangan bagi makan kulit pisang, ada yang kata boleh, ada yang kata soya hull xbagus kerana tiada khasiat, walaupun saya tahu ianya memang bagus. Apa pun, kami ambil apa yang patut sambil2 melakukan eksperimen sendiri.
5. Dan akhir sekali, apa yang saya dpt sepanjang 3bulan ini ialah peningkatan aktiviti sel-sel melanosit di muka saya. Sel-sel ini mempunyai pigmen melanin (eumelanin dan pheomelanin) yang akan menjadikan kulit anda ‘gelap’…aduyaiii…ni disebabkan bekerja dibawah terik matahari walaupun dari Januari hingga sekarang..asyik hujan je petang2..dah bertambah2 gelap la ambo..hehe..nnt pakai ‘fair n lovely’ ok la kot..huhu
Dalam 3 bulan ini juga lah saya ada buat beberapa ‘business tour’ samada bersama ayah saya ataupun bersama rakan-rakan peternak. Tidak lain tidak bukan adalah untuk menimba ilmu dan pengalaman mereka. Dari Yong Peng, Kluang, Lenggeng, Marang, Kuala Terengganu, Dungun, Paka, Sepang, Labohan Dagang, Kapar, Meru, Shah Alam semua saya redah. Untuk melebarkan rangkaian perniagaan dan menimba ilmu. Dari situ la timbulnya banyak ‘mazhab’..hehe
Untuk memantapkan aliran kewangan, saya dan pengarah projek (ayah saya) decide untuk start ber’trading’ kambing smada kambing daging ataupun aqiqah. Ini kerana aliran kewangan yang lembab, asyik duit je kuar, duit masuk kurang…yela orang kata, ROI paling awal pun 2tahun..tp nak tggu 2tahun tu brape puluh ribu lagi yang akan dilaburkan. Semoga Allah mudahkan segala urusan saya dalam bidang peternakan ni dan semoga diberkati segala usaha saya untuk meningkatkan ekonomi keluarga khasnya dan ekonomi ummah umumnya…amennn….
Minggu ni kambing baka jamnapari dan anglo pure akan masuk ke kandang JAF. Saya akan postkan gmbar2 terbaru nnti.
Sehingga berjumpa lagi
Posted by Jariah Agro Farm at 9:59 PM 0 comments
JARIAH AGRO FARM menyediakan perkhidmatan berikut :-
1- Pembekalan pelbagai jenis baka kambing seperti boer, jamnapari, feral, bebiri dll (baka atau untuk sembelihan).
2- Menyediakan kambing untuk tujuan akikah, korban, kenduri & BBQ termasuk dengan khidmat sembelihan dan lapah serta PERKHIDMATAN KATERING
3- Menjual tinja kambing untuk dijadikan baja organik.
4-Menjual dan membekal susu kambing segar dari ladang.
5- Membantu dari segi khidmat nasihat kepada bakal penternak baru.
6- Latihan & kursus dalam bidang penternakan kambing.
Harga kambing & perkhidmatan kami :-
1) Kambing akikah, korban, kenduri & sembelihan
Bebiri Merino = RM900 ~ RM950 seekor (35kg-45kg)
Kambing = RM850 ~ RM900 seekor (27 kg - 33 kg)
2) Sembelihan, lapah & cincang
= RM50/ekor (tolak RM20 jika tidak cincang)
3) Penghantaran
Klang & Shah Alam (10km radius) = PERCUMA
Lembah Klang = RM50-100/trip
Lain-lain tempat = bergantung kepada destinasi
4) Upah Masak
= RM250/ekor (untuk masakan kari/ kurma/ kicap paprik/ sup
atau set pakej kambing aqiqah masak kari/kurma/ kicap paprik/ sup (all inclusive) RM1250
= RM300/ekor (untuk masakan rendang, pak kasim, rendang palembang)
atau set pakej kambing aqiqah masak rendang, pak kasim, rendang palembang, kuzi (all inclusive) RM1250
= RM1390/ ekor untuk kambing aqiqah masak KUZI
5) Upah BBQ (*bergantung pada budi bicara kami)
=RM450-RM500 (upah BBQ)/ ekor (bergantung pada saiz beserta side dishes mashed potato, garlic bread, coleslaw dan sos lada hitam) RUJUK POST BBQ KAMI!
6) PAKEJ BBQ AQIQAH
=RM 1450 (Pakej mashed potato, garlic bread, coleslaw dan sos lada hitam)
Termasuk grill stall, khemah utk grill stall, meja bufet side dishes dan 2 orang pelayan.
7) PAKEJ BBQ BUKAN AQIQAH
=RM1000 (Pakej mashed potato, garlic bread, coleslaw dan sos lada hitam)
Termasuk grill stall, khemah utk grill stall, meja bufet side dishes dan 2 orang pelayan.
8) Kami menerima tempahan untuk tuan-puan terus SEDEKAH kan ke rumah anak yatim, madrasah tahfiz, Rumah Asnaf dan pertubuhan kebajikan fakir miskin. Kami uruskan sedekah tuan-puan
Kami juga menyediakan PAKEJ BUFFET untuk keraian (masakan berasaskan daging kambing segar) oleh Jariah Jaya Catering Sercives.
Hubungi kami untuk tempahan atau keterangan yang lebih lanjut.
HADIAH MISTERI MENANTI ANDA PADA SETIAP TRANSAKSI AQIQAH DARI JARIAH AGRO FARM!!
*Sementara stok masih ada & bergantung pada budi bicara kami
Jariah Jaya Enterprise (SA 0059396-W)
Jariah Agro Farm
Jariah Jaya Catering Services
Jariah Jaya T-Shirt & Premium
Lot 2442/1A, Batu 3,
Sungai Kandis, Off Jalan Kota Raja,
40460 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
016-3415 345 (Hj Ahmad Jamhari)
013-200 3482, 017-3433 194 (Anas)
017-6141 420 (Hasan)
03-3371 3571 (Office)