Monday

BBQ di Masjid Umar Al-Khatab Bukit Damansara



Bismillah...
Assalamualaikum wbt...

Syukur alhamdulillah kepada empunya alam, kerana JAF dapat bermuamalah sekali lagi dalam matawang syariah dinar dan dirham. Ianya berlaku pada 21 Mei 2011 yang lepas di Masjid Umar Al-Khatab Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Saudara Mazli Alias selaku organizer dan aktivis Group Dinar dan Dirham (DnD) telah menempah seekor kambing BBQ untuk jamuan selepas sessi ceramah DnD. Dimaklumkan ini adalah sumbangan infak dari para aktivis DnD yang budiman, semoga Allah merahmati dan memberkati kalian. Dengan harga 30 dirham, para tetamu nyata puas dan memberi maklumbalas yang baik kepada JAF. Alhamdulillah wa syukrillah! Ternyata ada juga yang tidak sempat utk merasa BBQ kami sehingga kan tulang juga di jamahnya. Tidak mengapa tuan-tuan, lain kali ada lagi. =)

JAF juga membuka gerai menjual susu kambing segar dengan harga 1 dirham untuk 6 botol 250 ml dan seperti yang dijangka, susu kambing habis dijual kerana saya percaya bahawa sahabat-sahabat dari DnD mengetahui khasiat yang telah menjadi amalan Rasulullah kita ini. JAF mengucapkan jutaan terima kasih kepada pembeli yang menyokong urusniaga DnD yang penuh barakah ini.

Terdahulu, saya dijemput oleh pihak penganjur untuk memberi ucapan ringkas mengenai DnD dan mengapa saya menerima Dinar dan Dirham. Ditemani ayah tercinta di atas pentas, saya nyatakan bahawa JAF optimis dengan apa yang Rasulullah sebutkan dalam hadis sahih Baginda.

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda:
"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)". Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Hatta tertubuhnya JAF ini adalah juga kerana kami optimis dengan hadis Rasulullah, Dari Abu Said Al-Khudri r.a. dia berkata : Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda makdsudnya:

"Akan datang kepada manusia di satu zaman di mana harta terbaik yang pernah dimiliki oleh seorang muslim adalah kambing. Dia membawa kambingnya menyusur puncak-puncak bukit dan tempat-tempat turunnya hujan, untuk menjauhkan agamanya dari fitnah." (Hadis Riwayat Al-Bukhari).

Juga saya menyatakan bahawa tarbiyah pertama yang diberi kepada nabi-nabiNya adalah menternak kambing, jadi JAF ingin menyingkap apakah maksud dan tarbiyah yang Allah telah maksudkan itu. Sesuai dengan 'tagline' JAF, "memperkukuh ekonomi ummah, menyusur sunnah Rasulullah", JAF kearah keberkatan dan keredhaan Allah dalam perniagaan. Alhamdulillah ucapan saya di beri beberapa kali tepukan tanda menyokong kenyataan saya. Tiada yang lebih indah selain kemanisan berukhwah dengan sahabat-sahabat DnD.

Program di Masjid Umar Al-Khatab ditemani oleh ayah saya dan dua pelajar praktikal dari Kolej Pertanian Malaysia. Dianggarkan 40minit sahaja diperlukan untuk menghabiskan seekor kambing panggang yang kami sediakan. Sessi pembayaran di wakili oleh En Alterchronic kepada Pengurus JAF, ayah saya dengan 30 dirham tunai. Majlis selesai setelah solat zuhur berjamaah.
Saya sertakan gambar utk tatapan tuan/puan.


sila perhatikan logo DnD di bunting kami! "we accept Dinar and Dirham"!


BBQ kambing sebelum dijamah

Tetamu yang hadir (BBQ kambing selepas dijamah,hehe)

Wakil JAF (saudara Anas) memberi ucapan kepada pendengar


upacara penyerahan/ pembayaran/ mualamah/ transaksi 30 dirham kepada pengurus JAF (Haji Ahmad Jamhari)

Hidangan BBQ kami!





0 comments:

Newer Post Older Post Home