Monday

Transaksi jual beli di JAF kini dengan Dinar dan Dirham!


Bismillah...
Assalamualaikum wbt..

dinar emas

Dirham

Sebenarnya saya dah lama sedia maklum mengenai urus niaga dalam matawang syariah ini, tapi kepopularan matawang ini dahulunya tidak dicanang-canangkan dan tiada urusniaga yang menggunakan matawang ini, Saya juga berfikir, kalau kita xmulakan nya dulu, siapa lagi? Maka, dengan inisiatif mengembangkan urusniaga matawang syariah, kami di JAF menerima transaksi jual beli dengan Dinar dan Dirham. Satu evolusi peniagaan dari JAF.

Sebetulnya, inisiatif ini bermula apabila semalam saya terjumpa satu laman facebook Dinar dan Dirham dan juga teringat pada ucapan YB Dato' Paduka Husam Musa, YB Salor yang mengatakan matawang Dinar adalah sangat stabil dengan beliau mengambil contoh jualbeli kambing pada zaman rasulullah, adalah dengan harga 1 dinar. Ternyata, jika dinilai kan dengan nilai emas sekarang, ianya menyamai dengan harga kambing sekarang. Bayangkan, harga kambing pada zaman Rasulullah yang lebih 1400 tahun dahulu adalah tidak berbeza dengan harga kambing pada masa sekarang. Subhanallah!

Jadi, untuk itu, buat para pelanggan yang mahukan aqiqah, khidmat masak, susu kambing segar, khidmat BBQ, daging kambing, kami alu-alukan sekiranya dengan transaksi Dinar dan Dirham!

Harga kambing aqiqah = 1 Dinar
Susu kambing 250ml (6botol) = 1 Dirham
khidmat BBQ = 17 Dirham
daging kambing ( 1 kilo ) = 1 Dirham


Memperkukuh ekonomi ummah, menyusur sunnah Rasulullah
Regards,
Anas Alnasrie

0 comments:

Newer Post Older Post Home